Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Mengapa Wanita Tercipta Dari Tulang Rusuk Lelaki




Duhai insan yang bergelar lelaki, dengarlah..
Seorang wanita akan mengembalikan yang lebih untuk lelaki..

Jika kamu memberinya rumah, dia akan memberimu kehangatan dalam rumahmu..

Jika kamu memberinya beras, dia akan menanak nasi untukmu..

Jika kamu memberinya cinta, dia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya..

Tapi jika kamu memberinya penghinaan, dia akan memberimu doa dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta keburukan..

Jika kelmarin kamu berdoa dan yakin bahawa dialah wanita yang sudah terpilih untukmu, maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna melainkan sebagai wanita yang terbaik..

Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah tapi dia yang selalu berkata maaf untuk setiap kesalahannya dan dia yang punya sejuta maaf untuk kesalahanmu..

Dia yang mahu menerima masa lalumu dan siap merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya kepadamu..

Dia yang selalu cemas dan hilang akal ketika kamu tidak memberinya khabar..

Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa lucu..

Cemburunya bererti dia sayang padamu..

Airmatanya boleh menyayat hatimu..

Renunglah sejenak..

Mengapa dalam pelbagai keistimewaan wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki..

Bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki..

Bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki..

Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati..

Dekat dengan hati untuk disayangi..

Wanita akan terlelap dalam dakapan lelaki kerana wanita tahu dari mana asalnya..

Maka dengan itu kenali dan sayangi Tulang Rusukmu..


~Sumber : WeChat



Nota Kaki : Sesuai untuk orang yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin jangan over gedik..


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. tu gambar uols ke..wahhh sweet sgt
    tanpa wanita siapalah lelaki (suami)
    dan tanpa lelaki siapalah wanita (isteri) dua2 saling memerlukan

    BalasPadam
  2. Betul...ada hikmah n sbb wanita dicipta dr tulg rusuk kiri

    BalasPadam
  3. Sweet sangat madah ni n totally agree dengan semuanya..kita adalah saling melengkapi kan..

    BalasPadam
  4. ayat yg last tu best...:)
    cantik la pasangan dalam gambar tu..auww..:)

    BalasPadam
  5. Yg belum kawen boleh juga Mar tapi dgn mak-ayahlah...:)

    BalasPadam
  6. InsyaAllah semoga Mar adalah tulang rusuk yg menjadi tonggak kepada sang suami....

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code