Ketika usia Aisyah menginjak 2 tahun, Aisyah dedar beberapa hari. Bila tengah malam, suhu badannya naik. Panas. Ibu sekadar tidur-tidur ayam. Menuam seluruh badannya dengan air paip meskipun sesekali dia merengek kerana tidurnya terganggu.
Hari Rabu (7.5.2014), terpaksa EL kerana dia merengek satu hari. Akan tiba-tiba sihat bila dapat naik kereta. Puaslah ibu bawa pusing-pusing. Janji dapat naik kereta kan..
Alang-alang sudah tidak kerja, kami mahu bawa Aisyah untuk check-up 2 tahun yang sering bertangguh. Niat di hati bawa sahaja ke KK Masai (kami harus ke situ ye). Tetapi, Aisyah meragam dan tertangguh lagi.
Hujan lebat yang membasahi bumi tidak meredakan rengekannya malah bertambah kerana siaran Astro terganggu. Eleh..bayar mahal tau!!
Sebelum jam 8 malam, terus ke Klinik Rabbisyafina (maaf andai tersalah taip) di taman rinting. Dekat je pon tapi PERLU datang awal kerana ramai pengunjung. Bukan KK sahaja yang ramai, klinik ibu dan anak ini pun ramai tau mungkin kerana harganya yang berpatutan dan doktornya yang sangat mesra.
Ibu kerap ke klinik ini sekiranya Aisyah mengalami apa-apa yang tidak diketahui. Doktornya sangat mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu. Kadang kala, lama dia terangkan hingga ibu pula yang serba salah kerana ramai yang menunggu.
Budak ngada-ngada nak naik kereta..dia kata nak balikkk (manja dengan pengasuh)
Aisyah mengalami kegatalan yang tidak kelihatan (suka bergaru tidak semena-mena). Gambar di atas seolah ruam-ruam, berbiji halus dan kelihatan merah kerana terlebih garu. Aisyah tidak bagi ibu pegang tangannya untuk ibu lihat dengan teliti. Tanda kurang vitamin A.
Di belakang telinga Aisyah juga ada seperti kesan melecet dan gatal. Dari situ doktor membuat kesimpulan Aisyah mengalami alahan. Banyak juga yang doktor tanya dan doktor menasihatkan agar hentikan memberi Aisyah makan ayam. Ayam tu bersih tetapi yang kotornya tidak kelihatan kerana mungkin ayam itu telah dicampak-campak dan jatuh ke lantai.
Perlu beri Aisyah makan sayur organik. Sayur biasa boleh diberi tetapi perlu dibasuh bersih. Rendam dengan sukatan air + cuka seketika. Kemudian, basuh sayur dengan air paip sebanyak 3 kali.
Kalau kami tinggal di kawasan perumahan yang tidak kedekut tanah, dapat juga bercucuk tanam. Ini...emmm..tanah diberi adalah 5 kaki..Hadoihhh... Nak tanam dalam pasu pun perlu mengukur keluasan dulu.
Kebersihan persekitaran juga harus dititikberatkan. Kebetulan dapur kami baru siap dari renovation. Ini memburukkan lagi keadaan Aisyah.
Nota Kaki : Sambung nanti..
11 Ulasan
keasian aisyah kan sis..kalau lya pun risau gak
BalasPadamalahai kesiannya..cepat baik ya Aisyah..anak kaksura si afif tu pun kulit sensitif..tergaru2 slalu... eczema..
BalasPadamKesiannyee kat Aisyah....
BalasPadambudak2 kena alahan mcm ni mang mncabar ibu bapa...hope aisyah sembuh cepat...
semoga Aisyah cepat sembuh, amin...
BalasPadamkesian aisyah, kalau iolss pun akan risau jugak... hurmm... get well soon aisyah...
BalasPadamSalam Jummat ..
BalasPadamMoga2 Aisyah cepat sembuh ya ..
Owh.. Ilmu baru.. Moga aisyah cpt smbuh..
BalasPadamadakah lepas ni aisyah x boleh makan ayam mar?
BalasPadamget well soon ok aisyah
hope kegatalan tu x berpanjangan n takan timbul lg ok
alolo sian aisyah.smga cpat baik ye.mesti gatal kan.air bisa tu..
BalasPadamkeisan aisyah.anak sy afia pun selalu juga alahan macam ni masa baby,skang dh kurang la..cuma waktu panas naik juga ruam
BalasPadamKesian Aisyah... siapa yg tak risaukan klu anak kena hal2 mcm tu... semoga sembuhlah nanti hendaknya..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.