Perkara yang paling ibu takuti sejak Aisyah tidak mahu duduk di car seat adalah emergency brake! Dan perkara itu berlaku juga akhirnya. Selalunya, bukan tidak pernah brek emergency tetapi masih dapat dikawal dan kereta juga tidak laju mana.

Jalan pun tidak sampai gear 5, asyik tukar gear 2, 3. Membelok, jalan tidak rata. Kalau kereta korang auto, korang tak pernah ambil pusing pasal gear kan? Kan..kan.. Jangan tipu..hehehhe..



Betul kata Kak Zakie. Pagi ini ibu diuji dengan kejadian yang paling ibu tidak mahu lalui.


Di simpang 3, kereta ibu bergerak terus seperti selalu dan siapa sangka sebuah kereta proton wira hitam meluru keluar dari simpang ke arah bertentangan. Maunye tak brek emergency kan? Terkejut mak nak...

Aisyah yang sedang enak berdiri di seat sebelah, jatuh terpelosok ke bawah dashboard. Kereta pula memang automatik matilah sebab gear masih ada. Terkejut sangat-sangat. Marah giler kat pemandu wira hitam tu. Dasar K. Kereta proton saga di hadapan pula siap berhenti dan menghulurkan bantuan andai perlu. Tapi, anak ibu tidak ada apa-apa cuma meraung lah dia. Mengadu sakit sambil menunjuk kakinya.

Ibu gerak terus ke rumah pengasuh sebab pengasuh lebih arif tentang budak-budak. Sampai di rumah pengasuh, nampak berbekas kesan calar di dahi Aisyah. Pengasuh segera melakukan apa yang patut. Harap ibu? Emm..kurang arif.




Nota Kaki : Balik kerja petang ni, pasang balik car seat.. Mood ke laut hari ni..