Melangkau ke alam sains fiksyen, menjadikan ibu tidak tentu arah. Teruja tidak semena-mena dan otak mula memetakan angan-angan.
Eh? berangan itu suatu yang sihat bukan.
Hakikatnya, sejak kelahiran Aisyah, sifat berangan semakin menipis. Ini kerana, penghayatan dalam sains & fantasi memerlukan ketajaman akal untuk mengolah keterbalikan normal dan realiti. Mencari punca yang adakalanya tidak masuk akal tetapi dikira logik dari segi penerimaan sains.
Tiba-tiba mengimbau minat sendiri yang semakin menyusut. Ada masanya mencuri masa untuk mengadap minat saat si kecil sudah tidur dan segala kerja-kerja rumah telah selesai.
Konsentrasi tidak boleh tersasar, seolah sesuatu yang sudah terikat dan menjadi persoalan hingga masuk waktu tidur. Selagi tidak habis, hati berbolak balik ingin mengetahui penyelesaian dan pengakhirannya.
Terus terang, ibu gemar Blog Kubu Buku. Pemilik bernama Fadli Al-Akiti. Tiap kali membaca entrinya, seolah jiwa ini terikut sama dalam khayalan dan maksud terjemahannya.
Kredit to Google
Kredit to Google
Beberapa novel yang pernah ibu hayati. Tidak termasuk hampir kesemua karya RAM. Gemar novel sebegini kerana memerlukan otak bergerak aktif mengolah dan menggambarkan maksud disebalik ayat. Dalam masa yang sama cuba membayangkan situasi yang penulis cuba sampaikan.
Nota Kaki : Novel cinta terlalu simple untuk digambarkan..
8 Ulasan
karya RAM byk yg memerlukan imaginasikan..niesa suka gak baca novel2 RAM..lagi2 pasal sunan tu..buat kita rasa kejap kurun ke15,kejap abad 21..sgt menarik!hhe
BalasPadammasa spm je dulu lya rajin baca novel karya RAM ni :)
BalasPadamfuhyoooo kagum2 iols ngan uols ni
BalasPadamleh bc novel mcm ni
iols jgn kan baca novel..suratkhabar pun mmg x hadap dah hahahahahahaha
xsempat uols...ms dihabiskan ngan anak2 je..teruk kan mama el ni..
zaman blajar je rajin layan lani malas sgguh T__T
BalasPadamdah lama tak spend masa betul2 baca novel. dulu kegilaan
BalasPadamYes....novel RAM memg best...antara penukis feveret sy...suka dgn karya dia
BalasPadamTggi sastera novel2 ni..
BalasPadamhehee..aida tak suka novel yang ber sains fiksyen ni..sebab malas nak layan perasaan yang bukan2 ..hihihi..cuma suka novel cinta je..feeling lovey dovey je..kikiki
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.