Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Meluahkan atau Melepaskan?


Bila godek-godek fesbuk, macam-macam status yang mereka publish. Ada yang berkongsi kegembiraan, ada berkongsi kemarahan. Ada juga meluahkan perasaan secara terbuka dan terang-terang bila baca ayatnya, kita tahu kepada siapakah ayat itu ditujukan.

Pada ibu, ini adalah pendekatan yang salah untuk menegur. Seorang isteri tidak berpuas hati dengan kelakuan suaminya, tolong jangan diceritakan atau dihebahkan di laman sosial. Sila bercakap terus terang kepada suami. Moga suami memahami.

Kita sering berpendapat, isteri memahami suami dan suami juga perlu memahami suami. Suami adalah seorang lelaki. Makanya seorang lelaki tidak sama dengan seorang perempuan iaitu isteri. Dan peribadi setiap orang juga berbeza. Ada yang ego tinggi melangit, ada yang berfikiran terbuka. Ada yang buat endah tak endah, ada yang lambat ambil pusing.

Biarlah kita sebagai seorang isteri bercakap secara terus terang kepada suami andai ada perkara yang kita tidak puas hati. Cari masa yang sesuai. Jangan bertindak mengikut amarah diri. Kelak memakan diri.

Apa yang ibu lihat, saat dikau marah melihat perilaku suami, terus dikau online fesbuk dan mencurahkan apa yang dikau tidak puas hati. Bila ada rakan lain yang drop komen, baik pula dikau membalas..."heheh... meluahkan perasaan je"

Tetapi, ayat yang dikau publish panjang lebar itu terang-terangan diketahui ditujukan kepada siapa empunya diri (suami dikau sendiri). Secara tidak langsung, ini menjatuhkan maruah si suami yang tidak mengetahui apa yang terkandung dalam hati dikau saat itu. Tidak semena-mena niat untuk meluahkan perasaan itu terhebah bukan sekadar dikalangan teman-teman tetapi juga dikalangan orang luar yang tidak mengenali suami dikau.


Bukankah isteri itu pakaian bagi suami dan suami pula pakaian bagi isteri.


Berhati-hatilah dalam mencurahkan perasaan. Jangan menyalahkan laman sosial, gadjet yang sedia ada tetapi salahkan diri sendiri yang ternyata cetek ilmu kerana kita manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Meluahkan perasaan tertentu boleh tetapi ada juga yang tidak wajar lebih-lebih lagi di laman sosial yang tidak diketahui penghujungnya.

Beristighfarlah saat marah datang. Buangkan segala perasaan syak wasangka. Jika kita ditimpa kesusahan, ingatlah Allah sentiasa ada bersama kita. Ini tidak, kita lebih utamakan laman sosial dari Allah SWT.


Pinjam dari blog Cik Akak




Nota Kaki : Ketahuilah isteri dan ibu itu tinggi darjatnya.. Tidak perlu menjeruk rasa andai kita mampu melihat di 'sana'..




Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. pasal suami atau rumahtangga tak ado... tapi pasal orang lain ado... sebab hari tu tak tahan punya burst sebab dah 2 tahun dok sibuk kena sinis dan sindir jer kan...jadi ter-burst... ha ha ha... lepas dah burst dah lega dah... pas tu, i just ignore... (not......ha ha ha)... kira2 macam i know what you did last summer lah ni...

    BalasPadam
  2. erm.. betul tu, ada segelintir sahabat mama juga gemar menulis sesuatu yang buruk mengenai suaminya, tak sepatutnya perkara begitu terjadi sedemikian, seburuk mana pun suami kita, jangan sesekali kita buka aibnya di khalayak umum..
    jatuh air muka beliau,..

    BalasPadam
  3. meluahkan atau melepaskan. tepat tajuk tu untuk entry ni. pada saya, ia bergantung kepada apa sebenarnya niat si isteri tersebut. dia sebenarnya nak meluahkan perasaan atau nak melepaskan marah/geram/dendam.

    BalasPadam
  4. tak elok sangat meluahkan yg terbuku kat lama sosial..apatah lg pasal pasangan..memalukan diri sendri..kalau bukan pasal personal pun tak elok jugak buat status maki2..tak puas hati ke apa..itu menunjukkan keperibadian kita yang bagaimana...:)

    BalasPadam
  5. mengaibkan org lain itu berdosa apatah lagi suami sendiri ... semoga terbuka pintu hatinya utk memohon maaf .

    BalasPadam
  6. Kadang2 kita tak fikir panjang kesan tulisan kita

    BalasPadam
  7. itulah padah kalau silap menggunakan menggunakan laman sosial..tak baik,tak baik,tak baik..

    BalasPadam
  8. harap-harap benda tu dapatlah dijadikan pengajaran. main sedap rasa, nak bagi satu dunia tahu.

    sis di tag dalam liebster award nomination :)

    http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/05/liebster-award-nomination-part-2.html

    BalasPadam
  9. bab meluahkan perasaan ni... jrg guna laman sosial yg ada... sy mengadu aje smpai terjelupuk lembik pendam punya pasal.. dh tak tahan amik kertas dan pen tulis... lepas tu dah calm down... ok je lah... mengadu je pada Allah... mengadu kt laman sosial tak dapat pape...

    BalasPadam
  10. keterlaluan dalam meluahkan perasaan dalam facebook, hanya akan mendedahkan diri sebenar kita..Jadi bersederhana saja. Kisah rumahtangga, sepatutnya tak di kirai-kirai dalam laman sosial macam facebook ni

    BalasPadam
  11. setuju sangat dengan entry ni. kalau ada button like, dah like dah =)

    tu lah sebab utama jarang ke fb sekarang
    luahan emosi yang keterlaluan

    BalasPadam
  12. Kdg2 mmg ada yg smpai kita geleng kepala bila tengok hal2 suami isteri gaduh2 masuk facebook. Walaupun ia bukan hal yg besar tp memalukan...
    Pernah terjumpa status dari isteri yg tak puas hati suaminya keluar mengeteh malam2 kat mamak.. update dalam fb huhu.. haru.. :D

    BalasPadam
  13. Sangat-sangat tak suka bila buka fesbuk dan terbaca status personal luah meluah perasaan macam ni apatah lagi hal-hal rumahtangga. Oh, sungguhlah memualkan dan memalukan rasanya!

    BalasPadam
  14. Better kalo xpuas hati kt suami berdepan atau kalo xnk berdepan wassup atau sms suami ckp pe yg awk suke ke x..xperlu luah kt fb...sy skang jrg online fb...online pun sbb link dgn instagram...slalu share something kt fb..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code