2014, adalah sambutan hari guru kali ke-43 dengan bertemakan "Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".
Sejarah 16 Mei - Refresh
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama di tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of The Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran kebangsaan semenjak itu.
=====================================================
Throwback
Ketika masih di bangku sekolah menengah, ibu belajar dalam aliran sains tulen. Subjek kegemaran adalah matematik. Tetapi, subjek matematik tambahan pula ke laut. Jangan ditanya kenapa. Dasar bebal.
Tetapi, ibu sangat respect pada Cikgu Razali, guru yang mengajar matematik tambahan. Berkat usaha beliau membuat kelas tambahan tanpa meminta sebarang bayaran, ibu lulus juga subjek tersebut. Agregat 5. Tu pon nak cite..
Subjek matematik biasa, of course la A1. Memang dah minat kan. Tapi, jangan pulak korang suruh ibu jawab soalan matematik, memang tak boleh nak jawab dah. Sebab terlalu lama tinggal. Kerja pula takde kena mengena dengan pengiraan dan engineering. Makanya, semuanya ke laut hokey. 10 + 10 pun kalau boleh nak tekan calculator. Tipu jek..
Zaman sekolah dulu, ibu takde guru kesayangan. Semua guru ibu sayang tau. Takde istilah pilih kasih.
Zaman uni pun sama. Semua pensyarah ibu respect dan sayang. Tapi sejujurnya, ibu tidak ingat pun nama-nama pensyarah ibu dulu. T____T
Bersempena hari guru yang jatuh pada hari ini, ibu ucapkan selamat hari guru kepada semua yang bergelar pendidik. Jasa pendidik terlalu besar. Tidak mampu dibalas.
Selamat Hari Guru buat kakak dan suaminya
Ni minah poyo ni..zaman belum kawin..korang jangan percaya pada mata korang..memang dia kurus masa ni..
Eh..dia memang kurus pon dari ibu..ttsssss...T__T
14 Ulasan
selamat hari guru pada semua guru guru di Malaysia.. jasa mereka mmg tak dpt kita balas dgn segunung intan sekali pun..
BalasPadamsedapnya nama blog kakak awak.hehehe
BalasPadamhehe...selamat hari guru...semoga tugas mereka sentiasa diberkati...
BalasPadamSelamat Hari Guru Cikgu seluruh Malaysia!
BalasPadamHappy Teachers Day To All Teachers Out there..huhu
BalasPadamselamat hari guru ;)
BalasPadamel pun xde guru kesayangan semua biasa2 je..haha
BalasPadampapepun selamat hari guru tuk semua guru2 di dunia..tanpa diorg siapalah kita kan hehe
psstt el subject maths paling kelaut haha
ha'a lah, nama blog dia matematik indah
BalasPadamsaya pula bebel matematik ni
paling tinggi dapat pun C...hehe
nampak sangat bebel di situ =)
Selamat Hari Guru buat semua yg bergelar guru.
BalasPadamTanpa guru tak tahu apa jadi kita agaknya kan Mar..
salam jumaat, bw sini..
BalasPadammemang byk jasa cikgu kat kita.mereka umpama parent kedua kita, anyway slmt hari guru kpd semua cikgu2 di malaysia.
Selamat hari guru..
BalasPadamSelamat hari guru utk kakak mar n suami
BalasPadamSelamat hari Guru buat semua guru..aida pon suka matematik n samalah jugak..hehee..Add math ke laut..jauh benar dengan Math mod..hehe..Semoga jasa mereka akan dibalas dengan balasan setimpal..AMin!
BalasPadamSama kita... minat math... tapi dah kelaut sbb dah lama tinggal... ni nrl kena study balik tuk ajar anak2 plak... :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.