Nestum adalah minuman panas bercereal yang penuh khasiat. Terdapat banyak produk nestum ni dan sekarang lebih kepada 3 in 1. Mudah dibawa ke mana-mana dan senang untuk dibancuh. Hanya memerlukan mug dan air panas sahaja.


Contoh


Dalam banyak-banyak perisa, ibu gemar perisa coklat dan honey. Manis-manis sikit. Yang original pun layan juga kalau tidak mahu manis.

Ketika belajar sekitar tahun 2002 - 2005, nestum 3 in 1 menjadi pilihan dan peneman ketika study lewat malam. Al maklum lah apabila sudah belajar hingga lewat malam, perut pun berkeroncong. Lapo..

Sekurang-kurangnya Nestum mampu membuat ibu kenyang hingga ke pagi. Sebelum ke kelas di pagi hari jika malas untuk turun ke cafe untuk bersarapan, mudah sahaja, minum nestum. Ternyata memberi tenaga hingga ke petang.




Kepada korang yang kreatif, boleh lah masuk contest yang dianjurkan ni. Apa perlu buat? Sila scroll ke bawah.

Inilah dia


Contest akan berakhir pada 15 June 2014. Yang best, setiap minggu selama contest berlangsung ada pemenangnya. Cepat-cepat. Siapa tahu salah sorang dari korang yang ramai-ramai ni adalah pemenangnya.

Sila layari http://nestum.com.my/ untuk maklumat lanjut.