Nasi Ayam Sos Lada Hitam

By Mar Mansor - 2:00 PTG


Bila memasak, macam ada satu aura kepuasan keluar dari dalam badan tau. Walaupun penat, masa nak masak, masa tulah cari bahan bagai. Jam tu nak bersihkan lauk mentah. Jam tu nak potong sayur, basuh itu ini. Ni bila kesengalan melayan anak tekak datang. Sila jangan tiru.

Setengah orang kata, beli jelah takat makan berdua. Campur anak nan satu tu, apalah sangatnya, bukan makan banyak pun. Iye, beli jek. Tapi, masalah ibu, ibu suka masak. Seakan satu kepuasan. Entah apa-apa ntah. Tapi kebiasaannya, bahan-bahan sudah tersedia dalam peti sejuk. Kadang-kadang je yang takde. Huhu..

Hari ahad lepas, berkobar-kobar buat Puding Roti Kukus dari resepi Kak Yatie lagi sebab ayah puji. Sedap.




Puding Roti

Nasi Lemak + Sambal sotong

===========================================

Bip...bip... Satu pesanan ringkas masuk. Dari ayah.

Ayah OT. Aisyah pula berjalan bersama anak pengasuh. Ibu terpinga. Mahu ke pasar malam seorang diri. Emm..malas pula. Nanti kena ngurat.

Set dalam kepala balik kerja terus ke kedai runcit berdekatan rumah. Beli sedikit bahan. Biasalah ibu. Kadang-kadang tangan ambil bahan lain. Sampai rumah, dah fikir nak masak lain pula. Ok, takde hal sebab bahan semua sudah tersedia.

Sampai rumah terus bersilat di dapur. Bersihkan ayam sebersihnya. Reneh buat sup dahulu. Sementara itu, bersilat sediakan bahan lain. Aisyah takde, boleh lah bersilat laju-laju.

Hampir jam 7 malam, ehhh terperasan kereta kancil di hadapan rumah. Ohh..anak ibu dah balik. Buka grill dan Aisyah sudah meluru memanggil ibu dari pintu pagar.

"Ibu.............." Aduahi suara kecil yang ibu rindui. Merdunya.

"Jam..jam.." Sambil menghulurkan tangannya. Menunjuk jam kaler pink yang kemas di tangan kirinya. 

Berbasa-basi dengan pengasuh, manakala Aisyah sudah berlari masuk ke dalam rumah. Mesti dia mencari ayah. Ayah belum balik kerja lagi sayang..

Melebihi jam 8 malam, barulah sesi melantak bermula. Ibu makan bersama Aisyah. Ayah belum balik kerja. Aisyah makan bertambah. Haihhh...suka nya hati ibu.

Inilah menu makan malam kami...

Nasi ayam sos black pepper

  • Share:

You Might Also Like

21 comments

  1. wah...sodapnya...puding roti memang akak suka dimakan bersama sos kastard..

    BalasPadam
  2. sedapnya puding roti tu sis...sis, kasilah resipi ayam black pepper tu..hehe

    BalasPadam
  3. akk suka makan...hhee...sedap la...senang nak bersilat kalau anak takde

    BalasPadam
  4. telan air liur je la..rajin bersilat ye kak..hehe

    BalasPadam
  5. Semua tu saya suka & akan makan klu ada.. :D :D

    BalasPadam
  6. betul2..iols is sokong sgt
    suka masak dr beli
    sbb bahan2 pun kadang2 dah ada dlm peti es je cam membazir sgt nak beli or mkn kat luar..sesekali mkn kat luar time gaji oklah..tgh tgh2 bulan ni sj cr masalah dah lah kat rumah rmi rakyat hahaha..el pun suka msk..hehehe
    siyessss terliur tgk nasi ayam tu..iols x mkn tghari lagi ni huwaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  7. bersilat bersihkan ayam alaahai cutenya bunyi..
    dapnyaaa nasik ayam..
    nak masak malas..

    BalasPadam
  8. wah, sedapnya..saya pun memang suka makan nasi ayam..

    BalasPadam
  9. nmpak menarik ayam tu panggang ke?

    BalasPadam
  10. betullah, kalau memasak buat yang tersayang ni
    memang rasa seronok aje walau entah apa rasanya
    sedap nampak masakan mar esp nasi ayam tu
    menyelerakanlah
    ayam tu panggang ke? resipi bagi...hehe

    BalasPadam
  11. Mmg nampak sedap nasi ayam tu. Rajin sungguh..balik keja masak nasi ayam bagai.

    BalasPadam
  12. mmg rajin ye msk.. nampak sedap dh tu..

    BalasPadam
  13. wah.. sedapnya mar... rajin mar..

    BalasPadam
  14. Betul tu Mar... memasak sendiri bagi kepuasan... kalau x sempat sangat, barulah beli... sedappp menu tu... kalau puding roti nrl suka makan ngan sos kastard... yummmy...
    Nasi ayam sos blackpepper pun menarik juga... :)

    BalasPadam
  15. yg ptg memasak kan dr rumah..:-)

    BalasPadam
  16. Sedapnya nampak nasi ayam tu..ayam dia..hurmm melting..hehee..rajinnya Mar..aida kalau takde orang kat rumah lagilah malas nak masak..hehee

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.