Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Take a Leave


Entri-entri ibu sebelum ini adalah autopublish. Memalam buta gagahkan mata update entri dan buat schedule dengan harapan blog ini tidak terus sunyi.

Semalam dan hari ini ibu ambil leave. Emergency leave sebab Aisyah demam secara tiba-tiba.

Hari isnin tu Aisyah sudah muntah-muntah ketika bersama pengasuh. Malam itu, Aisyah seperti biasa bermain, bergurau senda dan menonton channel kegemarannya (Disney Jr) sampai ibu boleh terlelap di atas sofa. Ibu tidur-tidur ayam je sebab masih lagi mendengar suara Aisyah ketawa riang.

Ada satu masa ibu terlelap lama juga dan terjaga apabila peha ibu dikuis orang. Ibu tidak rasa itu tangan Aisyah. Tak kan pula tangan secomel itu terasa berat. Mungkin ayah kot. Tetapi, keesokannya bila ibu tanya kepada ayah, ayah menggelengkan kepala sebab dia tidur di dalam bilik. Ibu juga dengar akan dengkuran kasar ayah dari ruang tamu.

Pagi selasa, ketika ibu bangun sahur (niat puasa ganti), Aisyah bangun dan sempat bermain-main dengan ibu, Senyum-senyum. Manis. Tiba-tiba.."Ibu...akit..."

Ha? Mana sakit? Dia merengek-rengek dan tidak lama kemudian badannya mula panas? Puas juga mendodoi dan memanjakannya. Akhirnya dia tertidur dan ibu melakukan rutin pagi seperi biasa.

====================================

Ayah : Jom kita gi klinik terus lah..

Aisyah melekat dalam pelukan ibu. Tidak mahu lepas. Merengek-rengek. Sudah dimandikan, sudah diberi ubat demam.

Dengan beruniform kerja, ibu terus siapkan barang Aisyah dan kami ke KK Masai, jam 8 pagi (kurang lebih). Jam 11 pagi baru selesai. Doktor? Of course kerek, tanya sepatah, jawab sepatah. Doktor sebelum ni ok je kot..

Aisyah yang merengek seharian..ibu..ibu..ibu..tak henti-henti..


Bawa ke taman permainan berdekatan, ambil angin, tetap tidak ada feel nak main..orang tak sihat..


 ===========================================

Pagi ni (Rabu) Aisyah minum susu. Susu dumex dugro. Dia muntah juga. Semalam seharian ibu beri Pediasure tetapi cuma habis 4 auns tetapi syukur juga dia minum tidak muntah.

Bila Aisyah muntah tiba-tiba ibu bertambah risau. Tetapi walaupun badannya masih panas, setelah makan ubat demam, dia diam sahaja menonton kartun.

Bubur sudah ibu tanak seawal pagi. Ketika menonton kartun, Aisyah minta susu dan ibu bancuh susu pediasure. Alhamdulillah tiada muntah malah habis sebotol.

Ibu tinggalkan Aisyah menonton kartun, sesekali menjengah dan memantau suhu badannya. Dan dia mula mahu makan. Bubur bertambah-tambah meskipun bubur kosong + lobak lenyek.




Saat entri ini ibu karang, Aisyah tengah kusyuk menonton kartun dan suara kecilnya mula keriangan..


Amanah yang KAU titipkan kepada kami sudah berusia lebih 2 tahun..
Tempoh waktu yang cukup lama untuk membuatkan kami sangat sayang padanya..
Wajah suci ini terlalu tenang ketika dia tidur..
Membuatkan airmata tidak henti-henti mengalir..
Saat itu, diri ini mengingat kembali kemarahan, membengiskan muka apabila dia tidak dengar kata..
Kenakalan yang seiring usianya kadang kala menguji kesabaran kami..
Tika dia terlantar sepi, kami mula tidak keruan..
Hakikatnya, amanah yang KAU beri ini tidak semua orang KAU beri..

Wallahuaklam

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. anak2 lau sakit mmg risau..nak2 lau xde selera nak mkn/susu bagai..alhamdulilah aisya bertambah sihat

    tacing sungguh rangkap mar yg last tu..huhu

    BalasPadam
  2. yelahkan, budak kalau sakit memang buat kita risau
    tak tenteram hati nak keja
    asyik ingat rumah aje

    p/s-tangan siapa yang dok menguis tu? bikin suspend aje

    BalasPadam
  3. beralih bulan kot tu yg tak sihat..apa2 pun smga ank ibu cpt sembuh ek ;p

    BalasPadam
  4. sama la..kathy pun tak senang hati kalau anak tak sihat...

    BalasPadam
  5. Cepat sembuh ye sayang. Tengoklah ibu tak senang hati selagi Aisyah tak sembuh.

    Kalau dah tak muntah dan tak melepek tu tanda dah mula nak sembuhlah Mar..

    BalasPadam
  6. kak sura ..anak dari yg kecik sampai yg besar kalau diarang tak sihat memang akak risau..walopon demam biasa...kita kat tempat kerja pon susah hati..tapi kalau yg kecik tak sihat memang kena amik cuti..teringat pulak masa Afif kena sakit tangan kaki dan mulut..sedih tengok dia takleh makan dan minum..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah Aisyah dh sihat..I can feel how you felt that time..Semoga Aisyah sihat sentiasa...Amin

    BalasPadam
  8. kalau anak sakit macam ni lah kan. Kita tak senang duduk. get well soon. bw today...

    BalasPadam
  9. kesian aisyah..sabar ya sis insyallah pasti aisyah akan kemabli sihat aktif semula

    BalasPadam
  10. begitulah ragam anak nak membesarkan... begitu juga mak bapa kita besarkan kita hgga dewasa... Moga Aisyah dalam perlindungan Allah sentiasa...

    Psst: Wallahu'alam.. (ejaan yang betul) sbb aklam lain maksudnya... :)

    BalasPadam
  11. Kut mana pun seorang ibu mmg cukup laku dimata anak anak kan...lebih lagi baye Aisyah ni....
    Budak budak biasalah....demam mmg tak boleh lari dpd mereka...

    BalasPadam
  12. Mana mana ibu kalo anak sakit memg akan riso n amik leave kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code