Entri-entri ibu sebelum ini adalah autopublish. Memalam buta gagahkan mata update entri dan buat schedule dengan harapan blog ini tidak terus sunyi.

Semalam dan hari ini ibu ambil leave. Emergency leave sebab Aisyah demam secara tiba-tiba.

Hari isnin tu Aisyah sudah muntah-muntah ketika bersama pengasuh. Malam itu, Aisyah seperti biasa bermain, bergurau senda dan menonton channel kegemarannya (Disney Jr) sampai ibu boleh terlelap di atas sofa. Ibu tidur-tidur ayam je sebab masih lagi mendengar suara Aisyah ketawa riang.

Ada satu masa ibu terlelap lama juga dan terjaga apabila peha ibu dikuis orang. Ibu tidak rasa itu tangan Aisyah. Tak kan pula tangan secomel itu terasa berat. Mungkin ayah kot. Tetapi, keesokannya bila ibu tanya kepada ayah, ayah menggelengkan kepala sebab dia tidur di dalam bilik. Ibu juga dengar akan dengkuran kasar ayah dari ruang tamu.

Pagi selasa, ketika ibu bangun sahur (niat puasa ganti), Aisyah bangun dan sempat bermain-main dengan ibu, Senyum-senyum. Manis. Tiba-tiba.."Ibu...akit..."

Ha? Mana sakit? Dia merengek-rengek dan tidak lama kemudian badannya mula panas? Puas juga mendodoi dan memanjakannya. Akhirnya dia tertidur dan ibu melakukan rutin pagi seperi biasa.

====================================

Ayah : Jom kita gi klinik terus lah..

Aisyah melekat dalam pelukan ibu. Tidak mahu lepas. Merengek-rengek. Sudah dimandikan, sudah diberi ubat demam.

Dengan beruniform kerja, ibu terus siapkan barang Aisyah dan kami ke KK Masai, jam 8 pagi (kurang lebih). Jam 11 pagi baru selesai. Doktor? Of course kerek, tanya sepatah, jawab sepatah. Doktor sebelum ni ok je kot..

Aisyah yang merengek seharian..ibu..ibu..ibu..tak henti-henti..


Bawa ke taman permainan berdekatan, ambil angin, tetap tidak ada feel nak main..orang tak sihat..


 ===========================================

Pagi ni (Rabu) Aisyah minum susu. Susu dumex dugro. Dia muntah juga. Semalam seharian ibu beri Pediasure tetapi cuma habis 4 auns tetapi syukur juga dia minum tidak muntah.

Bila Aisyah muntah tiba-tiba ibu bertambah risau. Tetapi walaupun badannya masih panas, setelah makan ubat demam, dia diam sahaja menonton kartun.

Bubur sudah ibu tanak seawal pagi. Ketika menonton kartun, Aisyah minta susu dan ibu bancuh susu pediasure. Alhamdulillah tiada muntah malah habis sebotol.

Ibu tinggalkan Aisyah menonton kartun, sesekali menjengah dan memantau suhu badannya. Dan dia mula mahu makan. Bubur bertambah-tambah meskipun bubur kosong + lobak lenyek.




Saat entri ini ibu karang, Aisyah tengah kusyuk menonton kartun dan suara kecilnya mula keriangan..


Amanah yang KAU titipkan kepada kami sudah berusia lebih 2 tahun..
Tempoh waktu yang cukup lama untuk membuatkan kami sangat sayang padanya..
Wajah suci ini terlalu tenang ketika dia tidur..
Membuatkan airmata tidak henti-henti mengalir..
Saat itu, diri ini mengingat kembali kemarahan, membengiskan muka apabila dia tidak dengar kata..
Kenakalan yang seiring usianya kadang kala menguji kesabaran kami..
Tika dia terlantar sepi, kami mula tidak keruan..
Hakikatnya, amanah yang KAU beri ini tidak semua orang KAU beri..

Wallahuaklam