Assalamualaikum
Ulang Tahun Aisyah Humaira Ke-2 | Seperti kisah menyambut hari ulang tahun pertamanya, begitu juga sambutan pada usinya 2 tahun. Kami sambut awal sehari kerana 1 Mei adalah cuti Hari Buruh. Memandangkan kami bekerja pada hari ini (2 Mei), kami sambut lah awal sehari. Ala..kita yang plan kan. Suka hati kita lah..
Aisyah Humaira lahir pada 2 Mei 2012 jam 2.30 petang di HSA. Hari ini, genaplah buah hati pengarang jantung ibu ini 2 tahun.
Beli di Mr.DIY
Sepotong kek Vanilla Strawberry SR.
Petang semalam, selepas Asar, kami ke Tesco Extra sahaja. Ke kedai Mr.DIY mencari serba sedikit barang dan Aisyah pula buat perangai, mahukan sesuatu. Adeiii.. malu muka ni. Siap turun dari dokongan dan berjalan sendiri mengambil permainan itu. Bila sudah di dalam tangannya, senyum dan berceloteh entah apa-apa dengan ayah. Kononnya ibu tidak kasi dia ambil. Memang lah nak oi.. ini kedai, bukan rumah kita..
Kemudian, singgah di Giant Plentong ke kedai kek Secret Recipe, niat untuk membelikan sepotong kek untuk Aisyah. Alah, kecil lagi, bukan pandai makan kek sangat. Paling-paling kuat, ibu dan ayah yang makan.
Dah namanya budak, mana reti sabar, dalam kereta, kek sudah dikuisnya. Pandai dia makan. Siap pilih buah strawberi dan makan sambil senyum-senyum. Bila terkena yang masam abislah dibalingnya.
Aisyah sedang kusyuk menonton Timmy Time.
Baju pun dah tukar dengan muka agak serabai kerana rambut basah. Pertama comot kerana kek. Kedua, comot kerana makan nasi beriani kambing pemberian jiran sempena akikah anaknya.
Anakku Aisyah Humaira,
Ibu doakan Aisyah membesar dengan sihat..
Menjadi seorang musliah yang solehah..
Perjalanan hidupmu masih jauh dan ibu tahu Aisyah belum tahu apa-apa..
Hanya tahu buat sepah, main, minta itu ini, minta susu..
Aisyahlah permata hati ibu dan ayah..
Jangan nakal-nakal ye sayang..
Nota Kaki : Senyum sampai telinga..
15 Ulasan
selamat hari lahir buat Aisyah Humaira
BalasPadammoga jadi anak yang solehah..aamiin :)
selamat hari lahir aisyah
BalasPadamsmoga menjadi anak yg terbaik dunia akhirat amin
selamat hari lahir Aisyah Humaira
BalasPadamSelamat hari lahir aisyah..
BalasPadamMoga menjadi anak yg solehah :)
Happy birthday Aisyah
BalasPadamSemoga menjadi anak yang berbakti dan dirahmati
selamat hari lahir
BalasPadamhepi bday aisyah humaira!
BalasPadamsama nama dgn anak adik saya
aiesya humairaa
Wah! Comel ...dah pandai bergaya besday girl ni...
BalasPadamSelamat panjang umur...
Selamat hari jadi si comel....semoga besar nanti jadi orang yang berguna...
BalasPadamselamat hari lahir aisyah
BalasPadamsemoga menjadi anak yg solehah
happy bday to Aishah..moga jadi anak yang pintar dan solehah..amin.
BalasPadamSelamat hari lahir aishah humaira...
BalasPadamHappy birthday buat aisyah humaira. semoga membesar menjadi anak yang solehah dan bijak pandai.. :)
BalasPadamsalam k. Mar Mansor..
BalasPadamalhamdulillah..sanah helwah Aisyah Humaira,
semoga mmbesar dgn sihat dan menjadi kebanggaan ibu ayah :)
comelnye dieee...~~ :)
cntik sungguh angka yang semuanya ada 2
BalasPadam2/5/2012
2.30 ptg
2 tahun
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.