Tekak terasa mahu makan yang ringan-ringan malam itu. Maka, pergilah kami ke gerai bubur di Taman Molek. Gerai ini dibuka waktu malam dan pemiliknya mestilah orang melayu. Kaum lain juga ramai yang makan di sini. Gerainya dibuka di atas sebuah  lori putih dan banyak juga meja disediakan. Gerai ini tidak hanya menjual bubur nasi. Ada menu makanan panas-panas juga. Termasuklah ikan bakar, kerang bakar, lala masak sambal dan lain-lain.

Kebiasaannya, kami hanya makan bubur nasi berlauk dan tambah lala sambal atau kerang bakar sahaja. Bagi kami, bubur nasi berlauknya sedap.


Ini dipanggil pepes. Pepes ikan kot macam otak-otak tu. Rasanya pedas-pedas dan ada daun limau purut macam rendang. Sedap. Comel-comel je. Tapi bila tanya en.google, pepes tu camni<---klik. Tak sama pun macam yang kami makan tu. Yang kami makan cam otak-otak.

Kompius kejap. Ohhh...abaikan..

Kalau bab makan makanan macam ni, serah kepada ibu. Otak-otak, pepes ni adalah termasuk dalam kegemaran. Nak membakarnya agak leceh tapi bila nak memakannya...emmm kejap je licin.


Nota Kaki : Cuaca agak panas beberapa hari ini..