Asyik tengok korang je kan upload mangga asam boi ni, so saya pon tanpa segan silu upload juga. Ini cerita minggu lepas. Order dari kawan tempat kerja punya kakak sepupu. Yapeda bahasa. Arhhh lantak la. Ini pun dah tinggal suku baru teringat nak snap gambar. Sedap hingga termimpi-mimpi.

Saya suka epalnya. Kombinasi epal dan asam boi memang sedap. Ke sebab saya suka jus epal asam boi?? Kalau buat sendiri, memang boleh dapat banyak ni. Bila dah rasa, harapnya dah tak ngences bila tengok gambar di wall facebook, tetapi jangkaan saya meleset kerana kerap kali terliur bila nampak gambar ni. Uhhhh... 

Memang kuat penangan mangga asam boi ni. Di mana-mana ada dah. Memang laris. Menjadi fenomena di mana proses pengeluaran air liur tu menjadi berganda-ganda.

Cara membuatnya juga tidaklah rumit mana. Potongkan pelam dan mangga tidak terlalu tebal agar mudah menyerap. Hiris cili burung. Masukkan gula ikut kesukaan. Bubuh asam boi ikut kesukaan juga. Rasa asam boi tu pun dah masin-masin kan, takyah letak garam pun tidak mengapa. Simpan dalam peti ais semalaman. Keesokkannya sudah tersedia untuk dimakan. Macam acar buah tu je kan.



Nota Kaki : Lepas ni agak-agak apa pula yang melanda ya??