Cik viva tersayang telah selamat menjalani penukaran tayar sabtu lepas. Selepas 2 tahun lebih penukaran yang lalu. Senak perut bila membabitkan aliran wang keluar untuk kereta. Ini baru viva, kecil. Kalau pakai kereta besar, lagilah.. 

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 6 tahun cik viva bersama kami. Sayang sangat kat dia ni tauu. Banyak jasa dia pada kami sekeluarga.


Tayar baru ~ silverstone


Dah togel


Adik ni yang tukar tayar cik viva


Sebab musabab utama terus tukar 4 biji sebab tayar belakang bocor. Dah tampal 3 lubang tapi tayar masih kurang angin hinggalah ianya flat dan hanya saya sedari di awal pagi sewaktu hendak ke tempat kerja. Selama dua hari saya terpaksa meminjam 'tukun biru' adik saya. Honda lama berwarna biru yang telah dimakeup seperti sport car. Malu ai..

Ujian di awal ramadhan

Lagipun, tayar depan dah mula botak. Bila en.suami kata dia keluar duit, memang laju jelah tadah tangan. Syukur alhamdulillah, dapat sponsor. Jumlah yang melayang RM530 jugalah termasuk GST. GST tu yang jahat, boleh dapat lauk mentah kami untuk seminggu.

Selesai penukaran tayar, saya terus ambil Cik Aisyah di rumah pengasuh sebab kedai tayar dengan rumah pengasuh tidak lah jauh mana. Malas mahu patah balik kilang dahulu. Opss..kantoi pula ngular hari sabtu. Kihkih..

Seronok Cik Aisyah dapat ikut saya ke tempat kerja. Duduk di kerusi saya, main-main komputer. Paling dia suka dapat main highlighter yang berwarna-warni. Sakan dia menconteng, sampai ke meja. Mujur tak conteng dinding. ^__^


Hari ni kita ikut ibu pergi kerja.


Ibu : Aisyah, jom balik..

Aisyah : Saya taknak balik. Saya nak duduk sini

Ibu : OKlah.. Aisyah kerja, ibu duduk rumah je ye..

Laju saja dia memimpin tangan saya dan mengajak pulang.


Turun tangga tidak mahu berdokong. Sudah besar katakan. Siap mengira anak tangga yang dia turuni. Nombor satu hingga sebelas, kemudian diulang kembali dari satu.


Tangga office.
Memerhati anode yang tersusun (gambar kecil).