Main mercun?? Ish..minta dijauhkan lah. Setakat main bunga api tu syok juga. Dah nama perempuan kan, naik main mercun kejadahnya. Tolong emak kemas rumah, buat kuih raya lagi bagus.
Saya memang tiada pengalaman bermain mercun. Tapi, kalau setakat tengok orang main mercun tu banyak kalilah. Yang main pun adik-adik bujang saya. Masa sekolah rendah, kami memang tak dapat main mercun sebab abah melarang kami bermain. Setakat tengok kawan-kawan main je. Tapi, setelah adik bujang mula bersekolah menengah, sudah pandai bermain mercun, abah izinkan tapi dengan syarat mercun-mercun yang tidak merbahaya dan jangan dimodified.
Bila masing-masing dah besar, sudah bekerja, sudah ada duit sendiri, lagilah meriah mercun yang diorang beli. Bunyi letupan yang menggegarkan jantung! Yang rajin beli, adik bawah saya ni. Tak sedar umur dah boleh jadi bapak orang, gigih lagi bakar mercun.
Tahun ini, tak tahulah mereka ada beli mercun ke tidak. Pada saya, membazir beli mercun lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang ni yang sesuka hati naikkan harga minyak, harga barang. Belum termasuk cukai lagi tu.
4 Ulasan
tapi kalau ada mercun best kan
BalasPadamMercun pop pop pun jaaadilah..
BalasPadamTak main mercun sbb takut.. Jadi anak-anak pun sy tak belikan...
BalasPadamSalam hari raya
BalasPadamMaaf zahir batin yea :)
Memang membazir mercun ni
Tapi kadang2 bunyi mercun ni meriah juga..
Hehe
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.