#Cabaran20Hari - Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

By Mar Mansor - 8:30 PG


Terus terang saya katakan, duduk di rumah taman tidak sama duduk di kampung. Rumah taman, berpagar, bertembok, rumah takde tingkap, takde ahli masyuarat tingkap, agak sukar untuk menjenguk jiran sebelah.

Sudah 2 kali kami menjalani ubadah puasa di rumah kami sekarang ini. Mengenai amalan berbalas juadah di bulan puasa agak sukar dilaksanakan. Kadang-kadang, jiran tiada di rumah, berbuka dengan keluarga mereka yang lain di luar. Kebanyakan mereka rumah mak pak dekat-dekat, tengah malam baru nampak batang hidung. Memang tak dapat nak memberi juadah.

Hari tu jiran hadapan rumah kami ada beri serawa durian bersama roti keping. Sedap! Serawa berbaki hingga 3 hari kami ulang sebagai pencuci mulut. Berkira-kira ingin membalas juadah kepada mereka, in sha Allah..

Pinjam dari Google


Tahun lepas saya saja masak rendang daging lebih, ada juga hulur ke jiran sebelah. Terus terang saya katakan, kalau tidak berbalas juadah, jiran sendiri pun tidak kenal.





  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. bulan puasa ni..ni lah yg paling best kut
    sbb el pun join gak balas2 juadah ni seronok..sbb leh tambah juadah kita..xpayah nak beli kat param...haihhh anak2 lah yg seronok p hantar kat jiran2..siap pesan..nti bw balik pinggan mama tu..pinggan mama dah xde ehehe

    BalasPadam
  2. Kalau duduk di bandar macam KL ni lagilah. Kau, kau.. aku, aku ajelah 24-7 sehari. Kalau tak ambil peluang berkenalan dengan jiran, memang tak kenallah itu jiran sebelah rupanya! Jiran-jiran saya Chinese semuanya makanya tiadalah berbalas-balas juadah berbuka ni. Lainlah macam di kampung dulu-dulu. Mewah bila berbalas-balas juadah. Bolehlah penuhkan meja. Pagi raya kita berbalas-balas mangkuk tingkat lagi!

    BalasPadam
  3. jiran jiran aida alhamdulillah masih maintain tradisi ni.
    kami memang maintain ada kerusi belakang umah utk gossip ha ha ha...
    kira best la jiran aida semua.
    da jadi mcm famili :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.