Semalam ke KK Masai lagi, menjalani sesi pemeriksaan berjadual. Tidaklah begitu lama. Bab yang tidak best, saya perlu pam darah hari-hari gara-gara berat badan saya naik mendadak selepas raya. Penangan kuih raya kot. Tapi, tidaklah mendadak sangat.
Sebab bila saya buka kembali buku pink saya tu, saya dapati nurse salah rekod berat badan saya pada 13 Julai lalu. Penyudahnya, merahlah rekod.
16 Jun 2015 (27 minggu) - 51.5kg
13 Julai 2015 (31 minggu) - 50.5kg
28 Julai 2015 (33 minggu) - 52.3kg
Ala nurse, ok apa. Takdelah teruk sangat. Bab yang teruk pula bagi saya, takkan saya nak hadap KK tu hari-hari semata-mata untuk ambil tekanan darah. 6 hari berturut-turut tau.
Cantiklah buku pink saya kali ni.
Tapi, oleh kerana nurse dah cakap saya boleh pam darah di farmasi atau Klinik 1 Malaysia, makanya, tidaklah perlu saya berkejar ke KK Masai hari-hari. Saya ni bekerja. Mahu keluar 2 jam untuk check-up pun rasa serba salah, takut membebankan rakan sepasukan. Kalau tidak bekerja sekalipun, banyak kerja perlu dibereskan kan..
Sempat pula buka buku pink sewaktu mengandungkan Cik Aisyah dahulu, eh berat badan saya ketika 32 minggu sudah 52.7kg. Ok la tu kan. Entahlah, mungkin KK agak strict kot. Redha sajalah.
Mengandung kali ini, tidaklah saya terlalu kerap makan. Makan macam biasa, berjadual. Sarapan, makan tengahari dan makan malam. Tapi, saya suka makan makanan yang saya masak sendiri. Rasa air tangan sendiri sedap sesangat sampai makan bertambah-tambah. Mungkin juga ini salah satu faktor saya membesar dengan jaya. Dahlah masak untuk makan malam je.
Target hari ini, mulakan diet seimbang. Kena banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Nota Kaki : Next checkup (35 weeks), jumpa doktor pada 11 Ogos 2015..
14 Ulasan
kalau tengok kenaikan tu tak de lah tinggi sangat kan? tapi tu lah lain klinik lain cara n prosedur dia..bestnye berat 50 ++ gitu je...saya ni 33w berat dah 75kg...(memang jenis badan besar...awal peknen 63kg) huhu...jenuh nak diet balik nanti huhu,,,
BalasPadamYelah... pada kakak ok aje tapi mungkin tersilap yg pertama timbang tu kot
BalasPadamHarap-harap oklah semuanya..
kalau kk memang diaorang ambil berat tentang kenaikan berat badan. kalo swasta sekadar kene tegur gitu je oleh doktor.
BalasPadambetul la tue
BalasPadamKalau nak dibandingkan dengan akak.. memang jauhlah berat tu.. hehehe...
BalasPadamsama date dgn kita la hihii..tp ana dah 35 minggu baru berat 54kg..
BalasPadamtak lama lagi dah tu...dup dap dup dap bedebor kan...
BalasPadamin sha Allah moga semua dipermudahkan....
tak kahwin lagi,, so seronok je baca kisah orang lain yg tgh preggy... alahaii hehehe
BalasPadambaru taw mar preggy...tahniahh dear..
BalasPadamTahniah.. x sabar nak tgk baby...
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan kak :)
BalasPadamMoga dipermudahkan...
BalasPadambaru tau kak mar pregnant..tahniah yee
BalasPadamnama pun raya biasalah tu naik...mcm lah x biasa nes2 tu haha
BalasPadammar..tc ok..el sibuk lah skrg xde ms nak blogwalking
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.