Semalam ke KK Masai lagi, menjalani sesi pemeriksaan berjadual. Tidaklah begitu lama. Bab yang tidak best, saya perlu pam darah hari-hari gara-gara berat badan saya naik mendadak selepas raya. Penangan kuih raya kot. Tapi, tidaklah mendadak sangat.

Sebab bila saya buka kembali buku pink saya tu, saya dapati nurse salah rekod berat badan saya pada 13 Julai lalu. Penyudahnya, merahlah rekod.

16 Jun 2015 (27 minggu) - 51.5kg

13 Julai 2015 (31 minggu) - 50.5kg

28 Julai 2015 (33 minggu) - 52.3kg

Ala nurse, ok apa. Takdelah teruk sangat. Bab yang teruk pula bagi saya, takkan saya nak hadap KK tu hari-hari semata-mata untuk ambil tekanan darah. 6 hari berturut-turut tau.

Cantiklah buku pink saya kali ni.


Tapi, oleh kerana nurse dah cakap saya boleh pam darah di farmasi atau Klinik 1 Malaysia, makanya, tidaklah perlu saya berkejar ke KK Masai hari-hari. Saya ni bekerja. Mahu keluar 2 jam untuk check-up pun rasa serba salah, takut membebankan rakan sepasukan. Kalau tidak bekerja sekalipun, banyak kerja perlu dibereskan kan..

Sempat pula buka buku pink sewaktu mengandungkan Cik Aisyah dahulu, eh berat badan saya ketika 32 minggu sudah 52.7kg. Ok la tu kan. Entahlah, mungkin KK agak strict kot. Redha sajalah.

Mengandung kali ini, tidaklah saya terlalu kerap makan. Makan macam biasa, berjadual. Sarapan, makan tengahari dan makan malam. Tapi, saya suka makan makanan yang saya masak sendiri. Rasa air tangan sendiri sedap sesangat sampai makan bertambah-tambah. Mungkin juga ini salah satu faktor saya membesar dengan jaya. Dahlah masak untuk makan malam je.

Target hari ini, mulakan diet seimbang. Kena banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.




Nota Kaki : Next checkup (35 weeks), jumpa doktor pada 11 Ogos 2015..