Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

#Cabaran20Hari - Bajet Raya


Tiap kali nak raya mesti akan buat belanjawan kan? Haruslah sebab kalau tak buat kira-kira nanti terlajak membeli, duit habis, lepas raya sakan berpuasa pula.

Sebulan bulan syawal ni, kawan-kawan, saudara mara akan ambil kesempatan menziarahi kita. Memang perlu ada belanjawan sebab takkan tetamu datang nak hidang biskut kering dan air kosong je.

Bajet raya kami:-

  • Baju di pagi raya seorang sehelai.
  • Baju jalan-jalan hari raya kurang-kurang 2 helai tambahan (tak pun recycle baju lama saja).
  • Bajet lebih kepada anak. 
  • Kuih raya sekurang-kurangnya 5 jenis. Belum termasuk untuk diberi kepada emak atau mertua.
  • Stok makanan seperti bihun, ketupat segera atau apa jua jika tiba-tiba ada tetamu datang.
  • Bajet untuk rumah terbuka (bergantung kepada kemampuan).
  • Duit raya yang harus disediakan untuk anak buah dan anak saudara. Seringgit, 5 ringgit, 10 ringgit. Wajib sediakan duit raya untuk abah dan emak.
  • Bajet untuk jaudah di pagi raya. Sekurang-kurangnya daging rendang 2 kilo.
  • Hiasan dalam rumah, guna apa yang ada sahaja. Langsir, tukar 3 tahun sekali.
  • Duit minyak dan duit tol untuk pulang ke kampung dan sesi menziarahi saudara mara.

Ini sahaja kot yang sempat saya fikir. Kot ada bajet lain, silalah tolong kongsikan di ruang komen.




Nota Kaki : Tak BW sangat sebab sibuk sikit sebelum raya. Entri pun singkat-singkat je yang dapat dikarangkan.



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. duit raya untuk kita takda ? hehehe . gurau je jngn mare~

    BalasPadam
  2. Bajet la apa yg mampu je. Jangan paksa diri. Tapi bagus jugak buat bajet ni. Sblm ni tak pernah terpk pun.

    BalasPadam
  3. Tahun ni saya raya takda gaji tau. Makanya koreklah duit tabung mana dapat korek. Hahaha... Nak pakai kad plastik takda pulak *_*

    Saya pun bajet biasanya anak-anak je yang lebih. Saya sendiri beli baju tak ikut musim raya. Makanya baju yang belum pakai raya, bolehlah jadi baju raya. Kalau dah nak dekat raya takda yang berkenan, memang tak beli pun takpa. Bukan macam budak-budak, teruja nak pakai serba baru masa beraya. Zaman tu dah berlalu.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..preparation sy kali ini still under budget..tggl nk tukar duit rm1 dan rm5 je..huhu

    BalasPadam
  5. lebih kurang aje bajet kita...
    anak da ramai ni, kena berkira-kira skit utk benda lain.
    lebih ke anak-anak je, mar...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code