Hati seolah disentap duka. Terus airmata menitis tidak semena. Perancangan yang diatur bersama adik-beradik seakan di hujung tanduk. Terkilan sangat sebab minggu itu sahaja dapat pulang ke kampung halaman berjumpa emak abah dan berbuka puasa bersama mereka.
Kali terakhir pulang ke kampung halaman pada 1 Mei lalu dan selepas emak abah pulang dari mengerjakan umrah, mereka ada datang bertandang ke rumah kami. Itupun satu malam sahaja. Tidak puas bermanja dengan mereka.
Saat itu, aku mula marah-marah dengan pelaksanaan lembab orang-orang mereka yang buat kerja. Biasalah pekerja dacing, memang begitu barangkali. Yang membuatkan aku marah, suamiku dapat panggilan telefon dari abahnya mengenai surat mengundi rumah rakyat di Stulang sehari sebelum tarikh cabut undi! Lahabau, aku menyumpah.
Suamiku mula berbelah bahagi. Pulang ke kampung tetap pulang ke kampung tapi kami harus pulang awal pada hari ahad. Perasaan bengang, sedih bercampur baur. Mana tidaknya, bulan puasa ini, baru sekali aku dapat pulang ke kampung, itu pun setelah lebih 2 minggu berpuasa.
Allah itu Maha Mengasihani. Kami selamat pulang ke kampung pada petang sabtu dan sempat berbuka bersama keluarga. Aku seronok tidak terkata. Bertambah seronok, bilamana adik bujang ku juga pualng ke kampung setelah habis waktu kerja nanti dan aku boleh pulang semula ke JB bersamanya. Syukur alhamdulillah, diberi sekali lagi kesempatan untuk berbuka puasa bersama keluarga.
* * * * * *
Saat ujian datang bertubi-tubi, selama tempoh mengandungkan 'adik', kami dititipkan dengan berita gembira lain. Perasaan marah aku yang memaki hamun pihak yang lembab buat kerja hingga terpaksa membuat suamiku terkejar-kejar ke sana ke mari bertukar kepada satu nikmat kesyukuran yang tidak terhingga.
Emak kata, itu rezeki anak. Ye, aku akui. Aku bersujud padaMu Ya Rabb..Terima kasih emak kerana sentiasa mempositifkan perasaanku.
Alhamdulillah, aku tumpang gembira dengan rumah ke-2 suami ku. Dalam perkiraan kami, in sha Allah kami mampu menanggung bulanannya. Kawasan situ, market value tinggi meskipun hanya sebuah rumah pangsa berharga RM50,0000. Ya, rezeki kami sekeluarga. Jika dibanding dengan harga pasaran sekarang, mana mungkin akan dapat harga sebegini murah.
Rumah itu dimohon oleh suamiku sewaktu kami belum bertunang lagi. Masih bujang dan saat itu belum punya rumah lagi. Itu adalah rumah rakyat untuk penduduk yang terpaksa pindah di kawasan kampung melayu majidi. Selesai meletakkan nama, aku menemani dia ke pejabat perumahan (kawasan rumah kami sekarang) dan siapa sangka rezeki kami telah tertulis untuk sebuah rumah teres 3 bilik (rumah yang kami duduki).
Tapi, aku harus cepat-cepat sedar, harus segera istighfar, ini semua ujian buatku dan tidak semua orang 'sekuat' aku. Mungkin. Aku tidak mendongak. Hanya berfikir..
Aku bersyukur atas ujian yang Kau berikan. Ujian yang terus mendidik aku untuk terus sabar. Ujian dari orang terdekat yang kadang kala membuat aku rasa sakit hati, terkilan, tetapi aku cuba ikhaskan dengan penuh keredhaan. Moga keikhlasan aku ini mempermudahkan segala urusanku nanti.
Ya Allah, Ya Rahman, aku terus bersujud, menadah tangan padaMu agar Kau sudi mendengar rintihan insan kerdil ini. Mungkin tika ini suaraku terasa halus, namun moga dengan keredhaan dariMu suaraku kian hampir denganMu.
Moga aku terus diberi kekuatan sepanjang tempoh kehamilanku. Dan diberi kekuatan andai sampai saat aku berjuang nanti. Kepada suami tercinta, aku mohon sejuta keampunan darimu saban hari, moga tiada sekelumit amarah di hatimu sayang..
Ya Allah Ya Rahman, aku redha dengan setiap ujian yang kau tiupkan.
10 Ulasan
inshaallah
BalasPadamENTRY YANG BAIK ^_^
BalasPadamujian di bulan puasa kan... moga diperbanyakkan sabar... almaklum pembawakan itu yg kadang2 tak blh nk agak tuh
BalasPadamaida baca setiap bait luahan mar.
BalasPadamsabar... ikhlas... redha...
tu kunci...
in shaa Allah mar dikurniakan apa jua yg mar inginkan....
kena percaya pada mtakdir Mar.kita mania memang tak muah lariari sifat marah..apa yg berlaku ada uikmah..selagi kita sabar Allah beri yg lebih baik untuk kia.Alhamdulillah untuk rezeki itu..ak dpt buka dgan famili tu Insyaalh ahun depan bertemu lagi Ramadhan
BalasPadamAmennn..
BalasPadamsemoga segala urusan mar akan dipermudahkanNya jua. Amin. jangan stress sangat dik, jaga kesihatan ye :)
BalasPadamSemoga tabah menepuhi dugaan..... jangan lupa minum susu, Kalsium memang sangat penting untuk semua orang! Saya ambil Ostematrix shaklee juga
BalasPadamWalaupun diduga, sekurang-kurangnya pengakhirannya ada berita gembira, Mar. Tahniah kerana berjaya memperolehi rumah kedua. Betul bagai kata ibu Mar, rezeki anak tu...
BalasPadamKetentuan Allah tu ada rahsia disebaliknya..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.