Raya sudah berlalu dan hari ini Syawal ke-6, baru nak ucap selamat hari raya. Maaflah. Masa raya hari tu semangat berblog ke laut. Padahal selalu rajin je buat schedule siap-siap. Entahlah. Nak menaip pun malas, apatah lagi mahu share gambar raya di hari raya pertama.
Raya pertama di rumah mertua. Gerak malam raya. 20 minit je dari kediaman kami. Takde tempuh jammed bagai. Nak kata sibuk tu, biasa-biasa je. Biasalah kan raya. Sebelah mertua pula tu. Haruslah turun dapur walaupun dalam keadaan sarat. Sekadar membantu potong-potong, sediakan bahan masakan dan menyediakan air. Walaupun keadaan kelam kabut dan saya tidak biasa dengan situasi macam tu, telan sajalah.
17 Julai 2015 - Hari Raya Pertama. Setiap kali hari raya mesti saya akan persiapkan Cik Aisyah cantik-cantik. Mandi, wangi-wangi dan bercantik-cantik. Saya pun turut sama lah. Selesai kerja di dapur, terus mandi dan bersiap cantik-cantik. Mood raya oii.. Tapi, ada pula yang menegur, pakai cantik-cantik mahu ke mana? Adoi... Kan sunat bercantik-cantik, berbaju baru di pagi raya. Walaupun hakikatnya, banyak ke dapur. Takkan tetamu datang, kita sambut dengan hanya berbaju t-shirt malam tadi. Raya oiii...
Selepas solat jumaat, kami bertiga ke Felda Sg. Sayong, rumah Mak Lang saya. Hampir semua sanak saudara belah abah saya berkumpul di situ. Tidaklah jauh mana dari Majidi, dalam satu jam lebih je. Barulah suasana hari raya tu terasa. Raya pertama saya meskipun di belah keluarga en.suami, tetap juga saya diberi peluang merayakan dengan keluarga sendiri.
Di rumah Mak Lang, Sg. sayong
Mulut penuh makan coklet
Pandai tak kita posing..
Kami gerak pulang selepas asar sebab sebelah malam mahu menziarah Pak Ngah sebelah en.suami pula. Jalan kaki saja, tak jauh pun.
18 Julai 2015 - Raya dengan berlegar-legar sekitar bandar JB dan akhirnya ke Giant Extra cari tilam empuk sedikit. Sakit badan mak yong tidur atas toto. Perit rasanya tulang punggung.
19 Julai 2015 - Semangat pagi-pagi selepas subuh bersiap untuk pulang ke kampung halaman. Kemas barang-barang, sambil menanti en.suami pula bersiap. Biasalah kerja orang perempuan, memastikan barang-barang siap dikemas. Sampai Felda Maokil, hampir jam 10.00 pagi. Kak Umie dan suami sudah pun gerak pulang ke Subang. Berehat-rehat sambil makan rambutan dan manggis. Sedap dan nikmatnya!
Sebelah petang, sibuk memasak untuk hidangan makan malam dan kebetulan Mak Anjang anak beranak datang bertandang ke rumah emak. Terhasillah, siakap 3 rasa versi campak-campak bersama sayur kobis goreng berudang.
20 Julai 2015 - Singgah menziarah Mak Ajang di Felda Redong pula. Kemudian, membantu abah selesaikan renew roadtax insurance keretanya. Bertolak ke JB selepas asar. Jalan raya penuh kenderaan. Tidak jammed tapi kenderaan agak perlahan. Masing-masing memandu dengan penuih berhemah. Itupun, kami berselisih dengan 3 kemalangan sepanjang perjalanan. Sebiji kereta kia ungu masuk longkang besar tepi jalan.
Terus singgah rumah mertua di Majidi dan solat Maghrib. Kemas barang-barang yang masih bersisa, terus ke Taman Rinting bertandang ke rumah Mak Usu en.suami pula. Dihidang mi hailam. Sedap. Cik Aisyah sakan melompat-lompat. Budak lasak.
Sebelum bertolak
Hadap kuih raya
Pulang ke rumah, mengemas sedikit dan tidur.
21 Julai 2015 - Seharian mengemas rumah. Letih. Tidur. Selepas asar ke rumah Abang Long en.suami pula di Kota Masai. Dihidang mi kari. Alhamdulillah. Kenyang. Gerak balik selepas maghrib dek Cik Aisyah mengamuk sebab baru bangun tidur.
Sampai rumah, anak dara tu elok je. Siap mintak nasi dan kuih raya. Ermmm..
Hari ini, kembali bekerja walaupun rasa malas yang amat. Kerja banyak oiii.. Untung bos kami dapat pekerja berdedikasi seperti kami tau. Bos, tak nampak batang hidung. Raya sakan la tu. Minggu depan baru naik katanya, itu pun saya whatApps. Kami pula, takde cilok MC, semua naik kerja dengan semangat raya yang bersisa. Mengenangkan kerja yang menambun, kuatkan semangat walaupun kemalasan dan feeling raya masih wujud dalam diri.
Mood berblogging ke laut bertambah-tambah bila check akaun Nuffnang, previous clicking "cash out" takde record. Padahal sebelum cuti raya, saya ada check juga, masih lagi berstatus pending. Saya click bulan June kot. Jumlah takdelah banyak sangat dalam RM80 tu ada juga. Yang pelik tu, sudahlah record pending tu dah takde, amount yang belum cash out pula tiba-tiba sudah RM50. Tapi, macam kurang je berbanding RM80 sebelum ni. Ish..patutnya amount tu lebih, bukan kurang. Pelik-pelik..sob--sob..
Semalam, berwhatApps dengan emak, emak cerita yang adik bongsu kena saman. Melayang RM300. Ah sudah. Sudahlah emak abah baru keluar duit untuk renew roadtax insurance, hampir 1K juga jumlahnya. Walaupun saman tu adik yang bayar sendiri tapi sesuatu yang tidak sedap juga didengar. Adoi..
Emak pula sudah pandai berwhatApps dan berfacebook sekarang, sejak adik belikan smartphone baru jenama Oppo. Tak boleh la upload bukan-bukan, nanti kena sekolah.
Nota Kaki : Saja karang panjang-panjang..
10 Ulasan
Selamat hari raya maaf zahir batin Mar...
BalasPadamMeriah sungguh hari raya Mar :)
Salam Syawal, Mar. Puasnya berhari raya! :)
BalasPadamEnjoy the rest of Syawal!
Anak anak akk susah nak bergambar. Setiap kali raya mmg x de gambar akk dan anak anak. Sedihnya
BalasPadamHehehe..anak anak kalau tak kena gaya..nesti mak mak sekolahkan anak anaknya..
BalasPadamraya sakan semua ni..hihihi...comel je masing-masing...Selamat Hari Raya Aidilfitri! :D
BalasPadamSelamat hari raya Mar.. penuh aktiviti ye cuti raya ye,, seronok tu..
BalasPadamsalam aidilfitri.. amboi, bebiru je semua.. hehehe
BalasPadamBlm trlewat Lya nak ucapkn salam aidilfitri maaf zahir N batin buat sis skluarga..
BalasPadamSlmt hari raya aidilfitri Mar...Theme raya kite mcm nk sama la...royal blue kan?huhu..syioknya mak yong mkn mcm2 time raye nih...huhu
BalasPadamselamat hari raya..salam perkenalan..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.