Kenangan zaman kanak-kanak ketika berterawih tidaklah semeriah seperti drama televisyen. Biasa-biasa sahaja. Pergi balik bersama jiran terdekat. Kadang-kadang tu berjanji dengan kawan di sekolah, berjumpa di masjid. Tapi, selalu tak jumpa pun.

Zaman kanak-kanak, banyak perkara yang saya tidak tahu. Hanya tahu, dapat makan free di masjid. Lebih kepada malu kepada kawan-kawan jika tak dapat ke masjid menunaikan solat sunat terawih.

Makanya, pergilah kami ke masjid berjalan kaki saban hari beramai-ramai.