Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tukar Tayar Kereta Sebelum Raya


Cik viva tersayang telah selamat menjalani penukaran tayar sabtu lepas. Selepas 2 tahun lebih penukaran yang lalu. Senak perut bila membabitkan aliran wang keluar untuk kereta. Ini baru viva, kecil. Kalau pakai kereta besar, lagilah.. 

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 6 tahun cik viva bersama kami. Sayang sangat kat dia ni tauu. Banyak jasa dia pada kami sekeluarga.


Tayar baru ~ silverstone


Dah togel


Adik ni yang tukar tayar cik viva


Sebab musabab utama terus tukar 4 biji sebab tayar belakang bocor. Dah tampal 3 lubang tapi tayar masih kurang angin hinggalah ianya flat dan hanya saya sedari di awal pagi sewaktu hendak ke tempat kerja. Selama dua hari saya terpaksa meminjam 'tukun biru' adik saya. Honda lama berwarna biru yang telah dimakeup seperti sport car. Malu ai..

Ujian di awal ramadhan

Lagipun, tayar depan dah mula botak. Bila en.suami kata dia keluar duit, memang laju jelah tadah tangan. Syukur alhamdulillah, dapat sponsor. Jumlah yang melayang RM530 jugalah termasuk GST. GST tu yang jahat, boleh dapat lauk mentah kami untuk seminggu.

Selesai penukaran tayar, saya terus ambil Cik Aisyah di rumah pengasuh sebab kedai tayar dengan rumah pengasuh tidak lah jauh mana. Malas mahu patah balik kilang dahulu. Opss..kantoi pula ngular hari sabtu. Kihkih..

Seronok Cik Aisyah dapat ikut saya ke tempat kerja. Duduk di kerusi saya, main-main komputer. Paling dia suka dapat main highlighter yang berwarna-warni. Sakan dia menconteng, sampai ke meja. Mujur tak conteng dinding. ^__^


Hari ni kita ikut ibu pergi kerja.


Ibu : Aisyah, jom balik..

Aisyah : Saya taknak balik. Saya nak duduk sini

Ibu : OKlah.. Aisyah kerja, ibu duduk rumah je ye..

Laju saja dia memimpin tangan saya dan mengajak pulang.


Turun tangga tidak mahu berdokong. Sudah besar katakan. Siap mengira anak tangga yang dia turuni. Nombor satu hingga sebelas, kemudian diulang kembali dari satu.


Tangga office.
Memerhati anode yang tersusun (gambar kecil).








Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Saya pun dah tukar masa bulan April... Bab kereta memang tak bimbang.. En.somi mmg peka bab kereta ni..

    BalasPadam
  2. safety first sblm pulang ke kampung

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, bagus tukar tayar kereta bila dah sampai masa, untuk keselamatan juga kann?

    BalasPadam
  4. Untuk keselamatan..walau berpeluh keluar duit tetap digagahkan juga..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah Mar, salah satu ciri keselamatan yang patut kita ambil berat.

    BalasPadam
  6. Hari tu suami servis kereta. Buat awal-awal sebab takut penuh orang nak balik beraya. Melayang RM3++. Huhuhuhu.

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    BalasPadam
  7. sabo la mar. da bahagian kta tu :)
    mr.asben da siap da servis kta2 kami.
    kta aida la kritikal ~ ekzos bocor, brake pad nipis,...
    hu hu hu hampir rm1000 abis utk 2 kta :(

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah tukar dulu. Nanti dah raya lagi susah nak cari kedai jika apa-apa berlaku pada tayar tersebut.

    BalasPadam
  9. Tayar dah baru & cantik, baru selesa travel :)

    BalasPadam
  10. Nasib baik suami sponsor kalau tidak, tak sanggup tengok dua melayang-layang jatuh ke tangan owner workshop. Kalau pakai kereta ni memang begitulah. Banyak belanjanya kadang-kala.

    BalasPadam
  11. di http://mytayar.com, harga bagi 4 tayar Silverstone Powerblitz 1800 seperti ini hanya RM392. Harga dah masuk tayar, GST, valve, pasang, balancing dan free alignment kalau membeli 4 tayar..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code