Sembelit agak sinonim dengan ibu hamil. Keadaan ini agak merisaukan dan membuatkan ibu hamil tidak selesa. Saya, alhamdulillah, sepanjang hamil tidak mengalami situasi ini. Kalau rasa nak melabur, pergi toilet terus buang.
Kenapa Ibu Hamil Mudah Sembelit?
Ibu hamil biasanya mempunyai hormon progestron yang banyak di mana usus ibu memproses makanan lebih perlahan dan sukar hadam. Makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik akan menyebabkan sembelit.
Bagi ibu yang sarat hamil, rahim yang semakin membesar menyebabkan tekanan pada usus sehingga boleh menghalang laluan najis ke usus besar dan rektum.
Ibu hamil memerlukan zat besi yang tinggi untuk mendapatkan bacaan hemoglobin atau HB yang baik sepanjang kehamilan, maka pengambilan sesetengah pil zat besi yang banyak boleh menyebabkan ibu-ibu mudah terkena sembelit.
Bagaimana Untuk Mengatasi Sembelit?
- Minum air masak sebaiknya 3 liter sehari.
- Makan lebih banyak makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Melakukan senaman untuk merangsang pergerakan usus. Contoh, senaman berjalan kaki, berbasikal atau berbaring sambil melakukan pergerakan seperti mengayuh basikal untuk merangsang pergerakan najis di usus.
11 Ulasan
Kalau kakak dulu Mar makan prunes, kurma dan buah kiwi adalah senjata lawas kakak.
BalasPadampernah sekali masa mengandung kena sembelit.
BalasPadammasa tu pergi CH.sejuk, kurang mnm air. natijahnya mendapat la merasa. hukhukhuk
nice sharing sis
jaga diri
selaat hari raya
maaf zahir batin
pling maksimum 2 liter je sehari blh habiskan...tpi btul time pregnant hari2 sembelit rasenye
BalasPadamms hamil xde sembelit
BalasPadampas beranak ya Allah sakitnya sembelit
rasa nak beranak lagi huhuhu
mcm2 ubat dah telan...meraung lah dlm bilik air tahan sakit huhu
Air agen pelawas..hihi..
BalasPadamBgs info..sila lah dtg ke blog sy..http:://ajax85.blogspot.com
BalasPadamAlhamdulillah tak pernah kena waktu hamil..lg ngeri kalau sembelit waktu pantang..seriau
BalasPadamsemoga Mar sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt. Amin.
BalasPadamGMBM
dapat ilmu baru nih buat aku nih mba hehehe untuk aku hehehe jadi tahu cara mencegah sembelit ketika hamil :)
BalasPadamKena rajin minum air...
BalasPadamminum air byk ~ aida setuju :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.