Semua orang ada citarasa tersendiri. Ada yang suka berunsurkan coklet, ada yang suka berunsurkan cheese, ada yang tak suka makan biskut raya, lebih suka makan kerepek-kerepek yang pelbagai perisa.

Saya, tetap akan cari biskut raya. Dah nama pun raya, tidak berserilah rumah jika dalam balang kuih tidak ada kuih raya. Biasanya, saya tempah dengan kawan-kawan saja. Support perniagaan mereka.


Biskut makmur ~ kuih raya yang palinggggg saya suka. Sebab...
Lembut dan terus cair dalam mulut. Ada rasa manis-manis sikit pastu ada kacang di dalam. Suka sangat tau.


Cheese tart blueberry ~ Biskut kedua kesukaan saya. Memang akan beli setiap tahun.
Terasa nikmat sangat bila masuk ke dalam mulut.


Tat nenas ~ Sudah terbiasa ada di rumah sebab macam biskut tradisi pula.
Lagipun memang sedap. Suka yang lembut.



Almond london ~ Kalau kena yang buat sedap, memang sedap. Ini biskut kegemaran suami saya.
Kadang tu beli sebab en.suami yang makan.
Dia boleh hadap 1 balang seorang diri tanpa mempelawa saya tau.