Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

#Cabaran20Hari - Kuih Raya Paling Best


Semua orang ada citarasa tersendiri. Ada yang suka berunsurkan coklet, ada yang suka berunsurkan cheese, ada yang tak suka makan biskut raya, lebih suka makan kerepek-kerepek yang pelbagai perisa.

Saya, tetap akan cari biskut raya. Dah nama pun raya, tidak berserilah rumah jika dalam balang kuih tidak ada kuih raya. Biasanya, saya tempah dengan kawan-kawan saja. Support perniagaan mereka.


Biskut makmur ~ kuih raya yang palinggggg saya suka. Sebab...
Lembut dan terus cair dalam mulut. Ada rasa manis-manis sikit pastu ada kacang di dalam. Suka sangat tau.


Cheese tart blueberry ~ Biskut kedua kesukaan saya. Memang akan beli setiap tahun.
Terasa nikmat sangat bila masuk ke dalam mulut.


Tat nenas ~ Sudah terbiasa ada di rumah sebab macam biskut tradisi pula.
Lagipun memang sedap. Suka yang lembut.



Almond london ~ Kalau kena yang buat sedap, memang sedap. Ini biskut kegemaran suami saya.
Kadang tu beli sebab en.suami yang makan.
Dia boleh hadap 1 balang seorang diri tanpa mempelawa saya tau.






Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. almond london!
    anak2 dara aida pantang tgk almond london.
    hu hu abis before raya nanti :(

    BalasPadam
  2. Biskut tu sume akk pun suke. Plan nak buat tapi lepas raya la kot.

    BalasPadam
  3. Kalau raya takda kuih raya, lain macam pulak rasanya. Macam bukan rayakan... Mestilah nak bubuh balang kuih tu dengan kuih raya pelbagai jenis. Saya pun suka 3 kuih yang teratas tu. Makmur tu jenuh nak mencari yang sedap tapi saya dah jumpa di Kompleks Pertama. Dah beli pun masa awal puasa hari tu tapi dah habis *_*

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code