Alamak dah kena bagi ucapan raya ke? Macam awal lagi je kan. Gambar raya eh? Emmm..gambar tahun lepas adalah.
Ini gambar raya tahun lepas - 2014
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, kususun 10 jari memohon keampunan dari semua rakan taulan terutama kepada mereka yang membaca blog ini.
Berhati-hati kepada yang memandu kenderaan, moga kita selamat sampai ke destinasi.
Jangan makan terlalu banyak, nanti penyakit lain pula hinggap.
Bersederhana lebih baik.
Raya tahun ini, raya bajet bagi kami sekeluarga. Tapi, tetaplah ada beli baju raya sepasang seorang di pagi raya.
Tetaplah kami pulang ke kampung menyambut hari lebaran bersama insan-insan tersayang.
Tidaklah sanggup kami terlalu membajetkan diri hanya kerana mengikut kata orang bijak pandai di Malaysia ini.
Kuih-kuih raya pun ada juga, jangan risau. Tidaklah kami tergamak menghidangkan biskut kering dan air kosong kepada tetamu.
Tetamu mesti diutamakan kan kerana mereka membawa rezeki ke dalam rumah kita.
Semoga raya-raya mendatang kita dapat membajetkan diri juga bak kata pak-pak menteri kita yang bijak pandai semua tu.
1 Ulasan
aduhai...
BalasPadammemang memanggil mood raya la,mar...
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.