Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

#Cabaran20Hari - Pengalaman Manis Di Bulan Puasa


Selepas membuat karangan kenangan pahit, perlu mengarang kenangan manis pula. Hahaha.. apa pula kenangan manis saya ye? Mencabar juga ye cabaran 20 hari ni. Apa tidaknya, terpaksa memerah otak mengingat kenangan lampau.

Seingat saya, sepanjang bulan ramadhan, manis-manis belaka. Mana tidaknya, berbuka bersama keluarga tercinta, bersahur bersama dan membuat persiapan raya bersama. Zaman sekolah dululah saya rasa cukup manis. Sebab hari-hari berbuka bersama keluarga. Apa yang emak hidangkan, kami makan saja.

Bulan puasa jugalah dapat merasa juadah yang sedap-sedap belaka. Hari ini, bihun tomyam, esok nasi ayam, lusa mi kari, tulat lontong. Makoih...kan pelbagai menu tu. Memang bestlah!

Bila sudah meningkat dewasa, saya dan kakak akan membuat biskut raya bersama-sama. Seronok buat biskut ni. Dari mengadun, menekap, membakar kami lakukan bersama-sama dan hasilnya pula berbalang-balang!

Sekarang, masing-masing sudah duduk berjauhan. Punya haluan sendiri. Dan bila seorang yang mengajukan cadangan berbuka bersama di kampung, yang lain setuju dengan laju. Rindu dengan saat itu.

Pinjam dari Google








Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. setuju tuh... zmn kite kecik2 dulu mmg indah2 je time berposa.... masa berbuka mmg sgt di nanti2 lagi2 kalu duk kampung saling bertukar2 juadah ngn jiran mmg seronok sgt lah

    BalasPadam
  2. assalamualaikum
    hr nie bz skit x sempat BW ..
    singgah kejap je

    BalasPadam
  3. skrg ssh nak berbuka ngan keluarga kat kampung tu
    hanya kenangan yg mengamit keindahan
    dulu siap ikut giliran kena basuh pinggan pas berbuka h
    pas2 mak ngan anak2 perempuan sibuk masak kt dapur
    indah betul kan ms dulu2

    BalasPadam
  4. Masuk 2-3 tahun lagi buat biskut Aisyah pulak yg membantu
    Akan jadi lebih manis masa itu tau Mar:)

    BalasPadam
  5. bestnya buat biskut sama-sama adik beradik kan..

    BalasPadam
  6. Bulan Puasa bulan nikmat... Biasanya byk kenangan manis je berbanding yg pahit.

    BalasPadam
  7. betul la...bla dh bekeluarga masing2 dgn haluan masing2 kn..

    BalasPadam
  8. aida & adik beradik pun berpakat berbuka sama2.
    memang happening.
    ibu-ibu excited, anak-anak enjoy :)
    yg ceria, emak abah la...

    BalasPadam
  9. Memang pengamalan berbuka bersama emakabah dan adik beradik yang lain paling manis dalam hidup agaknya. Bukan kata sekarang ni, lepas berkahwin dan ada anak sendiri tak manis, cuma memang pengalaman dulu-dulu tu kalau diingat-ingati, tersenyum sendirian pulak sebab tak mungkin akan kita kecapi saat itu lagi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code