Selepas membuat karangan kenangan pahit, perlu mengarang kenangan manis pula. Hahaha.. apa pula kenangan manis saya ye? Mencabar juga ye cabaran 20 hari ni. Apa tidaknya, terpaksa memerah otak mengingat kenangan lampau.

Seingat saya, sepanjang bulan ramadhan, manis-manis belaka. Mana tidaknya, berbuka bersama keluarga tercinta, bersahur bersama dan membuat persiapan raya bersama. Zaman sekolah dululah saya rasa cukup manis. Sebab hari-hari berbuka bersama keluarga. Apa yang emak hidangkan, kami makan saja.

Bulan puasa jugalah dapat merasa juadah yang sedap-sedap belaka. Hari ini, bihun tomyam, esok nasi ayam, lusa mi kari, tulat lontong. Makoih...kan pelbagai menu tu. Memang bestlah!

Bila sudah meningkat dewasa, saya dan kakak akan membuat biskut raya bersama-sama. Seronok buat biskut ni. Dari mengadun, menekap, membakar kami lakukan bersama-sama dan hasilnya pula berbalang-balang!

Sekarang, masing-masing sudah duduk berjauhan. Punya haluan sendiri. Dan bila seorang yang mengajukan cadangan berbuka bersama di kampung, yang lain setuju dengan laju. Rindu dengan saat itu.

Pinjam dari Google