Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Mengenal Erti Raya


Raya kali ini, dia sudah mulai mengerti apa itu raya. Tapi, mungkin erti raya baginya erti bagi seorang kanak-kanak. Penuh keseronokan. Yang dia tahu, bila hari raya, pakai baju cantik-cantik. Berjalan-jalan ke sana sini. Berjumpa ramai orang. Bersalaman dan dapat duit raya.


Aisyah : Ibu buat apa tu?

Ibu : Ibu tengah isi duit raya. Nak bagi Kak Nabila, Adik dan Qaseh.

Aisyah : Saya pun nak jugak.

Ibu : Mana boleh. Aisyah kan dah dapat duit raya banyak.

Aisyah : Ala...


Dia duduk diam memerhati helaian duit kertas di atas tilam. Sebelum tangan kecil itu menyambar duit tersebut, aku sudah kaut dahulu. Muka comel itu kelihatan mencuka.


Aisyah : Ibu nak bagi siapa tu?


Dia bertanya lagi. Ingin tahu. Meskipun soalan itu telah diajukan tadi.


Ibu : Esok Aisyah bagi Kak Nabila, Adik dan Qaseh eh.


Dia turun dari katil sambil berkata, "Ibu, cepat pakai baju. Cepatlah." Tangannya laju membuka almari pakaianku. Luas.


Aisyah : Ibu, cepatlah. Pakai baju ni. Cepatlah.

Ibu : Eh kan ibu dah pakai baju ni.

Aisyah : Tak mau baju tu. Pakailah baju ni. Jomlah gi mak (pergi rumah emak).

Ibu : Eh..dah malam sayang. Dah pukul 10. Tak payah eh. Kita duduk rumah aja.

Aisyah : Ala..


Gelihati melihat telatahnya. Sejak aku mula bekerja selepas cuti Hari Raya, dan setiap kali aku menjemputnya, dia tidak penat bertanya, "Ibu nak pergi raya ke?"

Dan jawapan aku, "taklah..". Mana tidaknya, tengok kelapangan nak beraya ni kan.








Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Kalau hari raya, anak-anak lah orang yang paling gembira.

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin

    BalasPadam
  2. Sedang menghayati erti raya tu..hihihi..

    BalasPadam
  3. dah becok bercakap macam2 ditanya..sama lah macam anak dara kt rumah ni..sebut raya je terus bangun joget sebut raya..raya..pastu tgok baju raya je pandai cakap ju..aya..hehe

    BalasPadam
  4. Pembelajaran melalui pertanyaan...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code