Ada ke saya ni tertunggu-tunggu tetamu raya? Hahaha... saya kan baik. Zaman sekolah dulu, boyfriend pun takde. Zaman uni pun. Huhuhu..

Biasanya, kami sekeluarga beraya di rumah nenek di Mersing. Tidak ada sesiapa yang kami nantikan setiap kali raya kecuali memang sudah tahu saudara mara samada dekat atau jauh akan singgah menziarah.

Kalau zaman sekolah dulu, kawan-kawan sajalah yang sudi datang ke rumah. Itupun haruslah berjanji terlebih dahulu.

Kalau rumah jiran-jiran, saya jarang beraya sebab akan beraya juga bila tiba marhaban.

Bila sudah duduk berjauhan, sudah punya keluarga sendiri dan bila tiba hari raya mestilah beraya secara berganti-ganti, waktu beraya sebelah suami mulalah saya akan tertunggu-tunggu jika emak abah mahu datang ke rumah kami. Hehehe..