Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Petua Menjadi Isteri Solehah


Memiliki isteri solehah adalah impian setiap lelaki. Sebagai seorang wanita, setiap dari kita pasti mempunyai impian yang sama. Menjadi isteri solehah hingga ke Jannah.

Umamah binti Harith ada berpesan kepada anak perempuannya yang bakal bernikah dengan raja dari Yaman, Al-Harith bin Amru ketika itu. Antara pesanannya :

  • Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang busuk atau tercium sesuatu uang busuk. ~jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami.
  • Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu. ~selalu melakukan perkara yang disukai suami.
  • Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu. ~berlembutlah dengan suami. Sekiranya berlaku pertengkaran, selesaikan dengan berhemah. Jika suami khilaf, tegurlah dengan hikmah dan lembut agar suami tidak berasa diperkecilkan.
  • Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik. ~seorang isteri digalakkan berada di rumah kerana rumah merupakan tanggungjawab isteri. Isterilah yang akan menjadikan suasana rumah itu seperti syurga atau neraka.
  • Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya. ~seorang isteri bukan hanya berkahwin dengan pasangannya, bahkan berkahwin dengan seluruh keluarganya, maka peliharalah maruah suami dan keluarganya. Jangan menceritakan aib mereka kepada orang lain.
  • Jagalah waktu makannya dan waktu istirehat kerana apabila perut lapar membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan. ~air tangan seorang isteri mampu memikat hati suami, jangan sampai suami keluar mencari makan di luar sendiri.
  • Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula. Hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya. ~selalulah bersama suami ketika senang dan susah. Jika dia gembira, tunjukkanlah kegembiraan. Jika dia bersedih, pujuklah agar dia tenang.
  • Kamu hendaklah sentiasa meghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu. ~isteri yang baik adalah isteri yang berhias ketika berada di rumah.

Sabda Nabi SAW, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana saja yang engkau suka"
(Hadis riwayat Ahmad)

~Perkongsian dari majalah At-Taqwa




Nota Kaki : Follower kitew tetiba kuranglah..siapalah yang tak sudi follow kitew tu..






Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. nice sharing mar..

    p/s: takpe lah mar, kurang satu bertambah lagi 10.. hihi

    BalasPadam
  2. Smg kita sama2 dpt menjadi isteri solehah dan mendapat redha Allah insyaAllah.

    X pe mar krg 1 dpt 10 ;)

    BalasPadam
  3. Semoga kita semua menjadi isteri yang solehah.penyejuk dimata..penawar dihati..:)

    BalasPadam
  4. banyak lagi nak kena belajar ni..

    BalasPadam
  5. Tak senang nak jadi isteri yang solehah tapi tak bermaksud mustahilkan :)

    BalasPadam
  6. salam jumaat mar!
    terima kasih tuk peringatan ni
    orang permpuan nak masuk syurga senang aje sebenarnya
    ikutlah apa yang tersenarai di atas
    salam maal hijrah mar ye =)

    p/s - tak usah peduli sangat manusia gitu, sengaja buat propa =)

    BalasPadam
  7. Sebaik aqad dan taqlik terucap/terakad setiap suami dan isteri punya tanggungjawab yg kena lunaskan dan sebenarnya kalau mengikut apa yg telah digarispanduankan Islam indah belaka. Kita aje kena istiqomah selalu membaja iman yg selalu digoda kanan dan kiri...

    BalasPadam
  8. thanks for sharing...bole jadi panduan ni...

    BalasPadam
  9. InsyaAllha satu hari jika diberi rezeki ingin jdi isteri yg baik utk suami ;)

    BalasPadam
  10. Menjadi wanita solehah ni adalah impian semua wanitakan Mar tp tulah untuk menjadi nta bukan mudah huhu....moga kita berusaha ke arah itu....

    BalasPadam
  11. Perkongsian yg bermanfaat buat semua isteri & wanita yg bakal menjadi isteri juga.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code