Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Throwback #2 : Telefon Bimbit


Peredaran zaman terlalu pantas ibu rasakan hingga sedar-sedar teknologi di sekeliling kita semakin canggih. Hatta, telefon bimbit juga sudah menjadi 'pintar'. Telefon pintar, jenis touch-touch, tidak ada lagi punat ditekan. Hingga, kanak-kanak lebih arif menggunakannya berbanding ibu bapa mereka sendiri.


Mengimbau kenangan lama, telefon bimbit pertama yang ibu miliki adalah Nokia 3310. Paling glamer dan canggih masa zaman tu. Masa ni, ibu baru dapat panggilan masuk ke UiTM Shah Alam. Emak pula memberi keizinan untuk memiliknya. Boleh dikatakan hampir semua rakan ibu memiliki telefon bimbit jenis tersebut. Harga ketika itu, RM3++. Kalau mahu cerita mengenai prepaid, huh paling murah hanya ada RM50. 1 SMS dikira mahal. Apatah lagi, menelefon ke rangkaian lain. Dari pengguna Celcom, ibu bertukar kepada Maxis kerana ramai rakan sekuliah menggunakan rangkaian itu.



Masuk tahun ke-2, telefon bimbit ini pula jadi pilihan sebab lebih kecil dan sesuai untuk gadis comel seperti ibu. Siap beli casing warna pink dan ada juntai-juntai bling-bling tu. Tolak Nokia 3310, tambah duit sikit untuk dapatkan 'butterfly'.



Masuk tahun ke-3, 'butterfly' buat perangai. Terpaksa beli telefon bimbit lain. Motorola apa ntah. Masa ni dah ada skrin kaler, ringtone pun dah bunyi macam radio. Bunyi macam telefon mahal. Masa ni tidak sedar, sudah salah gunakan duit PTPTN. Adik-adik, sila jangan tiru cara akak ni. Tapi, ibu tetap bayar pinjaman PTPTN sampai sekarang.

Bila sudah kerja, motorola tu lama-lama rosak. Rosak sebab pernah jatuh lubang jamban. Kejadian yang biasa berlaku kan? Mujur jamban rumah, boleh seluk. Kalau jamban lain, ntah sudah sampai ke tangki kumbahan mana ntah.



Nokia ni, beli secondhand je. Kerja pun, gaji cukup-cukup makan. Duduk jauh dengan keluarga, beginilah segalanya perlu dicatu. Ini sajalah yang mampu. Berskrin kaler, tapi tetap tak cukup canggih macam orang lain. Tapi, masa ni ibu dah tak kisah pasal telefon bimbit. Asalkan boleh SMS dan telefon pun sudah cukup. Menjadi pengguna celcom kembali. Top-up pun sebulan RM30 tidak pernah habis. Paling lama ibu guna.




Sambung Corby ni asalnya milik ayah. Ibu gatal nak pakai sebab nampak macam bergaya. Lagipun boleh access wifi. Gedik, buat muka comel, ayah pun bagi guna, tukar dengan Nokia. Si Nokia itu pula telah terendam dalam air sewaktu ayah melakukan kerja sebagai maintenance yang berhemah. Sedar-sedar, oh telefon basah! Tidak dapat diselamatkan lagi. Lagipun sudah uzur, tak dapek nak menolong. Maka, Samsung Corby menjadi hak milik kekal ibu.



Terasa mahu lompat bintang bila Cik Umie memberikan Samsung Ace miliknya. Kebetulan, Cik Umie membeli telefon pintar baru, Iphone5, dapatlah ibu memakai Samsung Ace ni. Lama juga ia berjasa. Sebelum ini, dialah yang ibu guna untuk balas whatAp hingga hang. Bateri pula memang cepat flat. Setakat nak online facebook tu tak payah lah. Bateri terus habis.


Akhirnya, dapat juga idaman hati. Ini sahaja yang termampu. Kisah yang pernah ibu ceritakan di SINI. Inilah yang ibu gunakan hingga kini. Apa dia? Hikhik..tau mau tunjuk pun.

^___^'







Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Ahahha...terbaikla entry throwback ni...kita pon guna nokia jgk..tapi yg downgrade sikit..tak ingat dah model apa..3300 kot..ahaha..

    BalasPadam
  2. Entry mengimbau kenangan... Zaman saya belajar dulu double three ten tu hampir seribu jadi mmg tak mampu nak beli... Dapat pun elaun mara jer... Beli lah juga phone siemen bila dah tahun akhir pengajian lepas kumpul duit sikit2

    BalasPadam
  3. Sue dulu pengguna nokia. Baru skrg je pakai samsung kak.

    Throwback ni mmg terbaik. Ingat kisah2 lama dgn telepon. Plg kerap telepon jatuh, blom pernah lg masuk lubang jamban^^

    BalasPadam
  4. yg x nak tunjuk tu ler yg kita nak tau ... mesti canggih sungguh kan ...

    BalasPadam
  5. Itula juga hf prtama Lya lps spm Nokia 3310 hhee.

    BalasPadam
  6. Dah lama tak ttengok orang pegang handphone 3310 tue .. kalau ada org guna lg, memang rare laa ..

    BalasPadam
  7. Inila juga hf prtama Lya lps spm hhee..nistalgia

    BalasPadam
  8. saya ada corby tu..pakai sebulan je..tak serasi dengan saya..nyesal beli pun ada..sekarang tersimpan je dalam kotak nya...

    BalasPadam
  9. kathy guna 3310 then tukar ke 3315..tapi nokia ni memang super kuat..

    BalasPadam
  10. sebelum 3310 saya pakai nokia gak.. tapi yang besar gedebak.. org kata kalau baling kat anjing pun confirm mti..hehe

    BalasPadam
  11. Mula mula pakai hp 3310 tahun 2001.. Rasanya...syg sgt..tp kena curi....

    BalasPadam
  12. Apa pun, hp yg no 1 tu yg paling tahan.. :D

    BalasPadam
  13. Mar, mak saudara kak ana masih guna yang tekan2 tu, katanya senang sebab dia hanya terima dan buat call je, yg calit2 tu menyusahkan katanya hehe:)

    BalasPadam
  14. banyak juga bertukar ganti phone tu
    tapi apapun yang 1st sekali tu paling win
    tahan lasak, jatuhlah banyak mana pun
    memang nostalagia giler
    lagipun phone tu aje
    yang bila type SMS tak perlu pandang keypad =)

    BalasPadam
  15. nokia yang glamer dulu kan.. tapi, Ros lebih kepada sony ericson dulu..

    BalasPadam
  16. Saya start dengan bulky motorola yang ala-ala walkie talkie tu. Kalau ingat semula memang nak gelak. Sekarang ni dah boleh eksyen sikitlah dah ada smartphone sikit punya canggih :)

    BalasPadam
  17. Hihihi..kenangan ni..aida dulu 1st pakai hphone pakai 3315 je..lepas tu baru la tukar yang canggih sikit..hehee

    BalasPadam
  18. Telepon pertama saya 3310 tinggal kenangan, hilang ntah ke mana.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code