Ketika ibu menghadiri kursus SMI Asia tempoh hari, ada pertanyaan berkenaan kerja iaitu, "Apakah situasi yang anda rasa sangat mengganggu pengurusan waktu kerja anda?" Contah jawapan, bos, kawan, travel, urgent matter. Tak berapa ingat dah.
Bila trainer mengajukan soalan itu kepada ibu, jawapan ibu adalah "travel". Dia sangat terkejut dan dia ingin tahu selanjutnya, "u tinggal di mana?" "Kena travel ke mana?". Bagi ibu, travel boleh jadi di mana-mana. Berjalan kaki pun travel juga. Bak musafir di padang pasir.
Ibu : I am not traveling outside, i am just traveling internal. Inside the factory because my job must go to one department to other department.
Pasti ramai tertanya-tanya, apakah pekerjaan ibu? Secara ringkasnya, ibu lakarkan peta untuk mudah fahami.
Klik untuk lihat lebih jelas.
Pejabat tempat ibu bekerja (A) dan ibu perlu berjalan ke B, C, D dan F. Mana E? E takde sebab salah rename. Ekekeke..
1- B adalah sales department di mana di situlah ibu akan tuju jika mahu scan atau potostat dokumen. Hatta, jika perlu print kaler. Walaupun hanya sehelai, ibu perlu ke situ juga jika ianya urgent. Sudahlah scan hanya sehelai, kemudian perlu patah semula ke pejabat (A) untuk hantar emel pula. Bayangkan. Di situ sahaja nombor kod department kami boleh digunakan, terutama yang berkaler. Jauh kan? Pembakaran lemak yang sangat berjaya.
2- Dari A ke B (scanning report) dan kemudian ke C untuk submit certificate pula. Untuk pengetahun semua, A,B dan C berada di level 2. Hohoho. Sangat best excercise saban hari, naik turun tangga.
3- Dari A ke B ke F jika ada barang urgent, tiba-tiba customer datang nak collect anode. Millcert perlu di scan (bertujuan untuk simpanan dan rekod), kemudian baru diserahkan kepada customer di F (guard belakang).
4- Dari A ke D (surau) saban hari (kecuali bendera merah) untuk menunaikan solat.
Ok, sudah nampak perjalanan yang memakan masa itu? Travel sangat kan. Laluan yang bertanda kuning itu bersebelahan dengan production area jiran sebelah dan jika tidak bernasib baik, forklift mungkin lalu lalang mengangkat cable ladder dan sebagainya. Punya kesabaran yang tinggi menunggu di situ.
Selama 5 tahun ibu melaluinya. Bekerja di pejabat yang tidak diberikan mesin potostat dan scanner walhal itu semua adalah kerja-kerja yang perlu kami buat.
Dan cerita ibu ini membuatkan semua di dalam bilik training itu melopong seolah tidak percaya. Huhuhu.... kelakar pun ada sebab kilang ni bukanlah kecil sangat, pekerja 500 orang. Ok, sebenarnya ibu rasa bersalah bercerita, tetapi sudah trainer mahu tahu dan asyik bertanya saja kan. Nak sangat tahu kan...
Nota Kaki : Rezeki masih di sini..cathodic protection.
20 Ulasan
perghhhh...lieya terpikir kalo pregnant camne mar....ye laa awal2 peknen kan tak elok berjalan sgt....fuhh mmg letih tu...tapi kalo dah hujung2 pregnant bagus laa pusing satu kilang..cepat bukaan kan heheeheheh
BalasPadamKadang2 kita perlu meluahkan..Baru rase ringan sikit kepala...Hati pun ada rasa lega jgk..huhu
BalasPadam@lieyalatif
BalasPadammasa saya pregnent dulu sama la..sama la dengan nasib dengan lab engineer juga..huhu
@thisni3zahata
BalasPadamteringat msa training aritu..tapi lepas dah cite tu..emm..malu pon ada..
Mar tak pe bagi tau yg benar....biar mereka faham macam mana kerja kita....ingat senang je hihi....
BalasPadamPatutlah slim melim jer Mar ni yeh memanjang exercise kaki.... Cari skate boardlah Mar...
Mar tak pe bagi tau yg benar....biar mereka faham macam mana kerja kita....ingat senang je hihi....
BalasPadamPatutlah slim melim jer Mar ni yeh memanjang exercise kaki.... Cari skate boardlah Mar...
singgah sini dear.....
BalasPadamOh... hebat juga.
BalasPadamTapi kakak rasa masa management meeting kena forward masalah photostat dan scanner. Printer yg boleh scan dan buat copy pun dah murah sekarang ni..
Tapi satu yg bagus dpt exercise. Muda bolehlah kena dah 40an macam kakak ni pengsan!
@Kakzakie
BalasPadambukan tak pernah usul tapi entah lah ..
ingat mar nak pergi travel tadi..internal travel rupanya..marathon ni..hehe..
BalasPadamSyukur kita de kerja kan.. Ramai lagi yg mnunggu utk bekerja...
BalasPadam@Norhaen Sulaiman
BalasPadamsyhhhhh
kekeke travel dalam tempat keje cemni tak ape duit tak keluar :P hihi
BalasPadamKiranya exercise hari-hari la...
BalasPadambetul pembakar lemak semulajadi ... bertabah demi menambah pendapatan ... bkn mudah kan .
BalasPadamLorr..kerja nak pakai scanner n mesin fotostat..
BalasPadamTapi x disediakan?
Susah mcm tu.
Klu saya mmg tak boleh kerja duduk je, mesti nak tido jadinya huhu.. :D
BalasPadamperghhh bleh kurusss ni...
BalasPadamAduh, Mar. Memang banyak travel dalam sehari ni. Macamana kalau yang pegnen? Siksa jiwa raga. Bagus juga Mar luahkan. At least mereka tahu itu satu puncanya mengapa kita hilang konsentrasikan.
BalasPadamMemang jauh giler....kao pregnant mcm.mne??sediakan la kemudahan fotostat ke..seng kerja
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.