Kehidupan

Betul Ke?

8:30 PG



Sila klik untuk lebih jelas


Bak kata en.suami, yang up status ni adalah seorang lelaki, makanya memang betullah apa ygn dia luahkan tu.

Sebab saya memang selaluuuu kena buli dengan en.suami. Bukan setakat dibuli, bab disakat sudah menjadi perkara biasa hingga saya rasa biasa-biasa je. Tapi, anak dara kami, Cik Aisyah pula yang emosi.

En.suami : Mak yong..oo mak yong..

Cik Aisyah : Ayah ni... (dengan nada garang).

Saya : *senyum jek*







Keyword

Pengalaman Itu

10:00 PG


Check keyword untuk hari ini, ada pembaca yang mencari pengalaman hampir bersalin. Saya tersentak. Ui...memang rasa sedikit seram bila mengingatnya.

Saat yang sangat mendebarkan. Tetapi bila sudah selesai, hanya kegembiraan menakluk jiwa.

Saat Mendebarkan <--- Klik untuk baca






Emak

Doakan Selamat Pergi Selamat Pulang

9:17 PG


27 Mei 2015 - Emak, abah dan nenek berangkat ke Tanah Suci. Terkilan sangat sebab saya tak dapat menatap, menyalam, peluk cium mereka sebelum ke sana. Cuti saya dah habis dan banyak perkara di luar jangkaan saya berlaku sejak dua menjak ini.

Saya hanya mampu menelefon emak dan abah pagi di hari mereka berangkat (semalam). Selebihnya menatap gambar yang kakak saya hantar melalui WhatApps dan di facebook.




Saya hanya mampu doakan keselamatan dan kesihatan mereka dari kejauhan. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Menitis air mata tatkala menatap gambar mereka. Akhirnya mereka diberi kemudahan untuk ke sana.






Pengalamanku

Bil Yang Saya Perlu Bayar

8:30 PG


Kesinambungan entri semalam, di mana saya menceritakan tentang procedure baru. Ramai yang bertanya betul ke apa yang saya alami ni? Ye, saya mengalaminya. Sedangkan sebelum-sebelum ini, jika kita bawa rujukan dari doktor swasta, cas biasa dikenakan.

Saya ada bertanyakan juga kepada rakan lain yang mempunyai pengalaman seperti saya. Masing-masing bawa surat rujukan doktor swasta tetapi tidak dicas mahal sebegini.

Salah seorang rakan saya yang baru bersalin tahun ini, beritahu, jangan tunjuk surat rujukan dari klinik swasta kalau tidak, memang akan dicas macam tu.

Sambungan kisah saya semalam. Nurse diikaunter salah memberitahu jumlah bayaran yang perlu saya jelaskan. Saya tidak perlu membayar baki RM130, tetapi hanya RM80. Kesilapan hanya dari segi cas yang dikenakan.

RM80 adalah tidak termasuk bayaran pendaftaran sebanyak RM30 di mana ia dicas begitu kerana saya membawa rujukan dari dokor swasta. Jumlah keseluruhan adalah RM110. Tetap mahal kan..

Registration = RM30
Vaginal Examination = RM50
Cardiotocograph = RM30
-------------------------
Jumlah = RM110

Bil bayaran ~ Klik untuk lebih jelas



Saya sempat bertanya di kaunter bayaran, sejak bila procedure ini berkuatkuasa? Sebab sebelum ini tidak ada cas sebegini.

Staff di kaunter beritahu saya procedure ini baru sahaja. Dia tunjuk kepada saya helaian email yang dia print out, dalam Januari 2015.


Saya : Kenapa kalau bawa surat rujukan doktor swasta, cas lain eh? Pastu jalani rawatan pun kena cas? Dulu tak macam ni pon


Staff : Ye, memang macam ni sekarang.

Saya : Sejak bila?

Staff : Baru lagi berkuatkuasa. Dalam tahun ni juga. Saya dapat email dalam Januari 2015. Mengenai pengesahan perkara ni.

Saya : Ermm.. kalau demam ke apa ke asalkan kita bawa surat rujukan klinik swasta pun kena cas camni?

Staff : Ye puan.

Serba sedikit yang saya kongsikan.









Giveaway

Simple RM100 Giveaway Byijeni

3:00 PTG



Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015



Pengalamanku

Bahana Tunjuk Surat Dari Doktor Swasta

8:30 PG


Saya tidak tahu mengenai procedure baru yang diorang laksanakan. Saya cuma tahu GST, 1MDB. Yang lain-lain kurang pendedahan atau sengaja mereka tidak mendedahkan sebab rata-rata tidak tahu.

Kandungan baru 24 minggu, tetapi berlaku sedikit pendarahan pagi semalam. Confuse juga mahu ke klinik atau tidak. Siap buka buku pink, oh nurse KK ada tulis "pu bleeding segera ke hospital". Tapi, takkan nak terus ke hospital, nanti kena halau balik pula.

Risau dan tidak keruan jadinya. Fikir punya fikir, saya ke klinik ibu dan anak yang berdekatan untuk dapatkan rawatan. Mula-mula ke Klinik Rabbisyafina, paling dekat dengan tempat kerja tapi doktor takde di klinik, menghadiri kursus pula. Maka, saya bergegas ke Klinik Keluarga Dr. Hani di Seri Alam.

Dr. Hani memberi penerangan ringkas tapi padat. Usia kandungan melebihi 20 minggu jarang berlaku pendarahan. Jika awal kandungan mungkin sebab rahim tidak kuat. Maka, perut saya discan bagi memastikan keadaan bayi selamat. Alhamdulillah, semuanya ok. Cuma dikhuatiri keadaan ibu pula, samada berlaku jangkitan kuman atau jalan sudah terbuka. Pemeriksaan seterusnya harus dijalankan.

Doktor keluarkan surat untuk direfer ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Saya diberi cuti sakit satu hari. Saya telefon en.suami dan beritahunya saya perlu ke HSI. Saya ke klinik sendiri, memandu sendiri dan ikutkan hati mahu saja ke HSI sendiri. Tapi, en.suami minta tunggu dia balik waktu rehat nanti. Kami yang tidak tahu apa-apa pergilah untuk mendapatkan rawatan seperti yang tertulis di surat tersebut.

Kerana surat itu dikeluarkan oleh doktor dan klinik swasta, maka kami dicas dengan bayaran seolah-olah SWASTA di HSI. Procedure baru katanya. Nurse dikaunter kata, sepatutnya saya ke KK Masai (tempat saya buat monthly checkup).

Weh...bila masa procedure diubah?? Apa yang saya fikirkan mestilah mahu cepat dan bila ke hospital walaupun surat itu dikeluarkan di klinik swasta, perlukah cas pesakit dengan harga swasta juga? Baik saya terus dapatkan rawatan di swasta.

Bil yang saya tanggung akibat tunjuk surat dari klinik swasta;

Bil di Klinik Dr. Hani 
= RM55 sahaja untuk full scan.

Bil di HSI 
= Pendaftaran RM30
= Scan kandungan RM80
= check pendarahan RM50
---------------------------
Jumlah = RM160


Jumlah keseluruhan = RM215
(macam takde beza jika saya terus mendapatkan rawatan di swasta)

Jika begini, lebih baik saya teruskan rawatan di klinik Dr. Hani. Terus terang saya katakan saya terkejut dengan bil tersebut. Ingatkan bayar pendaftaran saja. Sebab pengalaman kawan-kawan saya sebelum ini, mereka ke klinik swasta juga, dan bawa surat doktor tapi hanya dicas RM1. TAPI, SEKARANG SUDAH PROCEDURE BARU.

Demi anak, saya redha. Lepas ni, jika ada masalah lagi, ke KK sajalah saya. Kompeni kami tak boleh claim jika rawatan untuk ibu mengandung. 





Nota Kaki : Dugaan..belajar dari pengalaman bersama..















Pengalamanku

Menjalani Ujian Echocardiography

8:30 PG


Sebelum ke HSA untuk menjalani pemeriksaan jantung, saya ada buat research sedikit mengenai "heart murmur". Dari pembacaan dan pengalaman yang ada dikongsikan, ianya bukanlah keadaan yang membimbangkan.

Tapi, selagi pemeriksaan belum dijalankan, ada sedikit kebimbangan dalam diri ini. Hanya mampu berdoa dan bertawakal kepadaNya. Yang menjadi kerisauan pada saya sebab saya pernah mengalami sakit kuat di bahagian dada lebih-lebih lagi jika saya tersentak dan berlaku tindakan refleks. Sakit sejak sebelum mengandung lagi tapi stabil. Tidak merisaukan.

Ini pun saya masih buat rilek-rilek je, seolah tiada apa berlaku.


Surat temujanji


20 Mei 2015 - Hari yang ditetapkan, saya ke HSA bersama surat dan buku pink. Suami yang menghantar, kemudian dia masuk kerja semula. Terus-terang saya katakan, saya tidak pasti dengan hala tuju sendiri. Tapi, saya masih ingat nurse KK ada berpesan kepada saya kedudukan yang perlu saya tuju.

"Tau kan bahagian kecemasan? Awak ke bahagian kanan. Ini bukan pergi ke poliklinik tau"

Dengan penuh yakin saya memberitahu perkara yang sama setiap kali bertanya di kaunter pertanyaan. Akhirnya saya tiba di Wad A, khas untuk menjalani rawatan Echo. Tunggu punya tunggu, seorang nurse keluar dan dia sudah dapatkan kepastian dari KK yang mereka salah memberikan maklumat.

Saya perlu menjalani pemeriksaan di poliklinik. Hukaloh.. Wad A khas untuk pemeriksaan bayi sedangkan saya pula menjalani pemeriksaan untuk diri sendiri. Ooooooo..

Maka, berjalanlah saya dari Wad A ke poliklinik. Jauh juga, tau sahajalah bangunan HSA macamana besar. Ditambah pula tidak berapa pasti hala tuju, jadi saya berjalan dengan perlahan sahaja.

Sampai di poliklinik, saya ke kaunter pertanyaan di situ pula untuk mendapatkan kepastian. Saya diminta ke kaunter 7. Nombor diberi, kemudian ke kaunter 5 pula. Bayaran RM5 dikenakan. Hukaloh.. sekali lagi. Kemudian, bermulalah sesi membosankan kerana menunggu di hadapan bilik S15.

Menunggu giliran


Pesakit dalam wad juga menjalani pemeriksaan di sini, ada 4 nombor di hadapan saya. Mujur televisyen ada terpasang, layan sajalah. Selebihnya, berwhatApps dengan kawan-kawan bagi menghilangkan bosan.

3.45 petang, nama saya dipanggil. Akhirnya. Pemeriksaan tidaklah serumit mana. Hanya perlu berbaring dan mengikut arahan pemeriksa, sakit juga bila ditekan-tekan. Pemeriksaan tidak sampai 15 minit pun. Sekejap sangat, sesi menunggu je yang lama.

Kemudian, saya diminta tunggu di luar sementara laporan siap. Tunggu dalam 10 minit, laporan dan buku pink sudah di tangan saya. Sekali lagi mati kutu menunggu en.suami pulang dari kerja. Mujur kawasan hospital ramai orang. Berjalan-jalanlah saya sesuka hati. Di luar, hujan lebat mencurah-curah.

Laporan menunjukkan yang keadaan saya stabil ~ Syukur alhamdulillah..






Nota Kaki : Checkup waktu sihat, sihatlah keputusannya. Datang sakit, berdoa je mampu..




Makanan

Pepes Ayam Kempas

8:30 PG


En.suami tiba-tiba teringin nak makan pepes ayam. Layankan saja. Usai pelbagai urusan, kami singgah di kilang otak-otak kempas. Niat di hati mahu beli otak-otak sekali. Tapi, bila difikirkan semula, beli pepes ayam sahaja dahulu, takut tidak habis pula.

Simpan dalam peti ais lama-lama pun nanti rasa sudah tidak mengancam. Harga pepes ayam lebih kurang RM21.60/ 50 keping. Berbaloi beli. Makan sepuas hati.

Walaupun 50 keping, tapi jenuh juga nak habiskan. Pepes ayam ni walaupun kecil tapi isinya padat. Lebih cepat mengenyangkan berbanding otak-otak. Saya makan 5 keping pun sudah kenyang.


Kali ke-3 bakar ~ habiskan stok.



Kehidupan

10 Perkara Jangan Disebut Pada Isteri Yang Sedang Hamil

3:00 PTG


Wanita yang sedang hamil memang cepat sensitif. Boleh menangis tidak semena-mena hanya kerana perkara sekecil kuman. Apatah lagi bila diajukan pertanyaaan yang mengguris hati.


Sumber ~ Facebook


Para suami, jangan buat tidak endah dengan perkara-perkara ini. Bukan mudah untuk membawa perut yang kian membesar saban hari selama 9 bulan 10 hari. Meskipun si isteri melakukan segala rutin harian sendiri, adakalanya hulurkanlah bantuan tanpa dipinta.

Seorang isteri sememangnya begitu. Tidak suka meminta pertolongan kerana kasihan pada suaminya. Tetapi, sebagai seorang suami haruslah prihatin. Hanya kerana isteri tidak meminta pertolongan, dia buat tidak tahu sahaja. Hidup ini saling lengkap melengkapi.

  • Seorang isteri sanggup menelan lelah sepanjang tempoh hamil.
  • Seorang isteri sanggup menahan nafsu makan demi kesihatan anak dalam kendungannya.
  • Seorang isteri sanggup ambil cuti untuk pemeriksaan bulanan.
  • Seorang isteri sanggup menyediakan kelengkapan suaminya meskipun perut kian membesar.
  • Seorang isteri sanggup berjimat cermat demi mencukupi keperluan anak yang bakal dilahirkan.
  • Seorang isteri sanggup menggadai nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.


Beri mereka sedikit ruang untuk dimanjai. 9 bulan 10 hari bukan satu tempoh yang singkat. Ditambah pula sakit bersalin yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kemudian, menahan sakit dan keletihan sewaktu berpantang selama 44 hari. Bersengkang mata pula untuk menyusukan anak dan memerah susu untuk mencukupkan bekalan anak selama 2 tahun. Belum kisah bersengkang mata menjaga anak yang jatuh sakit.



~wallahuaklam~


Nota Kaki : Hargailah isteri anda..






Celoteh Je

Serba Hijau

8:30 PG


Saya bukan peminat warna hijau. Saya lebih suka warna merah jambu atau warna ungu.

Tapi, oleh kerana setiap kali beli bekas tupperware ni, ada warna hijau memanjang, lama-lama saya tidak mahukan warna lain selain hijau. Bila beli, mesti mahu warna hijau. Mahu menyeragamkan kononnya.


Saja nak interprem dengan tudung hijau..akeke..



Nota Kaki : Selalu beli share dengan kakak.. Siap tukar-tukar bekas..




Keibubapaan

Basikal vs Motor Elektrik

8:30 PG


Kalau kita perhatikan, zaman berbasikal seolah sudah jauh kebelakang. Zaman sekarang ni, bersepah-sepah motor atau kereta elektrik di pasaran. Mana-mana ada jual. Ia sememangnya nampak lebih menarik berbanding basikal.

Jika dibandingkan akan keduanya, saya tetap memilih basikal. Kenapa? Ada beberapa sebab yang membuatkan saya lebih suka anak berbasikal. Antaranya:

  • Membantu menguatkan otot.
  • Membantu bergerak dengan lebih aktif.
  • Membantu kanak-kanak lebih fokus akan target mereka.
  • Menjimatkan elektrik.
  • Lebih murah.
  • Merupakan satu senaman sihat.

Yeah...usaha tangga kejayaan ~ Sekarang Cik Aisyah dah pandai kayuh sikit-sikit.



Dibandingkan dengan motor/ kereta elektrik, dari segi negatifnya dapat dilihat:
  • Tiada pergerahan seperti kayuhan basikal kerana ia hanya perlu menekan pedal dengan tapak kaki untuk digerakkan.
  • Tiada daya tolakan dan sekaligus membuatkan otot-otot tidak bekerja keras.
  • Tiada daya usaha untuk mendapatkan sesuatu (membuatkan objek bergerak ke hadapan).
  • Perlu dicas dengan elektrik dengan tempoh yang lama.
  • Jauh lebih mahal berbanding basikal.
Pinjam dari mudah.my ~ Cute giler


Ditambah pula, kalau kita amati, kanak-kanak zaman sekarang tidak sekuat zaman kita dahulu. Dahulu, kita bermain kejar-kejar, bermain getah skipping, melompat-lompat dan panjat pokok.

Kanak-kanak sekarang lebih terdedah kepada tablet, televisyen dan suasana yang agak limit. Masa mereka lebih banyak berada di dalam rumah berbanding di luar rumah.




Hello Kitty

Kegilaan Barang Comel di Wawa Paradise

8:30 PG


Jadi viral kan mengenai perkahwinan bertemakan Hello Kitty. Saya pun suka benda-benda comel macam Hello Kitty dan Doraemon. Excited saya melebihi Cik Aisyah. Tapi, saya tidaklah segila pasangan itu hingga perkahwinan pun mahu bertemakan Hello Kitty. Seolah ada yang tidak kena pula.

Menjadi kepantangan saya bila melihat koleksi yang comel-comel, mulalah tangan gatal untuk memilikinya. Harga pula sangat berpatutan, tidaklah mahal sangat. Beli pun untuk kegunaan, bukan sekadar suka-suka. Alang-alang ada kegunaannya, baik saya beli apa yang saya suka!


Botol air dan termos ~ kotak termos tu pun comel, saya simpan lagi.


Rasa nak menangis bila barang dah sampai. Mana tidaknya, barang yang kita suka, lama pula menunggu. Gara-gara perkhidmatan nationwide yang saya kira agak lembab. Last mereka update tracking number pada 12 Mei, sedangkan barang ini saya terima pada 15 Mei.

Kalau nak cuci mata, jangan segan-segan singgah ke www.wawaparadise.com.my. Banyak sangat barang-barang comel yang boleh anda miliki.









Luahan Hati

Menatap Wajahmu

3:00 PTG


Dapur tidak berasap hari ini. En. HOD pula entah di mana. Takde inform pula mahu bercuti ke apa ke. Kerja sudah siap. Menunggu waktu pulang sebab hari ni saya bekerja setengah hari.

Tiba-tiba tergerak hati nak belek entri-entri lama. Segala kisah Aisyah Humaira. Rindu akan wajah comel itu. Dari usia 1 hari hingga kini. Allahuakbar..rindu sangat-sangat.

Baca entri-entri lama sambil tersenyum-senyum. Mengimbau kenangan lalu. Siapa sangka sudah 3 tahun dia dipinjamkan kepada kami. Syukur alhamdulillah..




Nota Kaki : Checkup di HSA petang ni. Nervous.


Review Filem

Review Filem : Selfie Suara Kubur

8:30 PG

Assalamualaikum



Mengreview filem ini sebab ada sesuatu yang menarik hati saya. Apa dia? Baca sampai habis.


Sinopsis Filem

Mengisahkan seorang perempuan tua, Mak Jah yang tinggal di kawasan terpencil. Dia sering diganggu dengan suara kanak-kanak yang bermain-main di halaman rumahnya, termasuklah kejadian pelik seperti makanan di dapurnya tiba-tiba berselerak serta dinding di dalam biliknya diconteng dengan lukisan pelik sedangkan dia hanya tinggal berseorangan di rumahnya. Dia kemudiannya menyedari dia sedang diperhatikan oleh 'sesuatu' apabila dia mendapati gambar selfie dalam telefon bimbitnya, tidak pernah diambil olehnya sendiri. Pada masa sama, Mak Jah pernah terlihat beberapa lelaki yang tidak dikenali berada di kawasan semak belakang rumahnya untuk membuang sisa-sisa buangan. 

Tajuk : Selfie Suara Kubur
Tarikh Tayangan : 23 April 2015
Genre : Seram / Misteri
Pengarah : M. Subash Abdullah
Pelakon : Mak Jah, Kay Shan, Aiza, Sue, Adie Black
Produksi : Genius Parade Sdn Bhd

=============================================

Filem ini agak santai dan tiada adegan menyeramkan dan suspen sangat pun. Memang takde kot. Pelakon pun berapa kerat je. Memang santai giler lah. Kisah Mak Jah yang sering diganggu suara kanak-kanak, seolah-olah kanak-kanak sedang bermain dan rumahnya juga bersepah. Hingga satu hari ada lukisan-lukisan pelik sebagai petunjuk.

Bab yang saya suka bab Mak Jah menyanyi. Mak Jah ni memang suka menyanyi kot sebab setiap masa sambil menyiapkan upah meraut lidi penyapu dan membungkus kacang, dia menyanyi.

Lirik Abang Sayang Adik Sayang - Julie Remie


Abang sayang abang dimana

Hati risau mengenang dikau

Abang sayang hatiku risau

Lama di tinggal merantau


(2x)

Jauh jauh jauh dimata

Dihati dekatlah sayang

Dalam dalam dalamnya laut

Lebih dalam rasa hariku


Jauh jauh jauh dimata

Dihati dekatlah sayang

Dalam dalam dalamnya laut

Lebih dalam rasa hariku


Ni lagu yang Mak Jah nyanyi hingga saya sendiri terikut-ikut. Rasa best pula bila nyanyi. Rentaknya agak santai. Terngiang-ngiang di telinga, sampai naik hafal lirik lagu ni. Inilah punca saya buat entri review filem.

Pinjam dari Google ~ Mak Jah tersenyum apabila CD nya sudah berada di pasaran.


Filem ini dipenghujungnya membongkar misteri kehilangan beberapa orang kanak-kanak yang hilang. Kanak-kanak tersebut diculik dan dibunuh untuk mendapatkan organ dalaman mereka. Dibunuh, dikerat kemudian di tanam di kawasan kebun kelapa sawit.



Nota Kaki : Terus teringat kes yang berlaku di JB, bayi dikerat 15 bahagian. Allahuakbar, si pelaku tiada perikemanusiaan langsung..



Our Life

Penama Rumah - 4

8:30 PG


2 minggu yang lalu, saya menerima panggilan dari pejabat guaman perumahan kami yang en.suami boleh datang ke pejabat mereka untuk sign agreement potong nama. Mereka telefon saya pun sebab en.suami tidak sempat jawab panggilan mereka.

Oleh kerana geran rumah kami jenis geran berkelompok, masih tertera nama pemaju di atas geran, kami diminta untuk potong nama pemaju tersebut.

Hanya perlu bawa copy pembayaran cukai harta, copy surat SUK, SPA, resit deposit dan baki bayaran.

Tapi, selepas sign agreement ni, copy geran belum dapat lagi. Mereka akan telefon sekali lagi nanti.




Deposit : RM1000
Baki : RM1380 + GST
Jumlah : RM2380 


Lega sangat-sangat sebab sebelum ini estimated cost dalam RM3500. Seribu lebih juga bezanya. Lepas ni cuma tunggu mereka telefon untuk ambil copy geran. Dan kemudian dapat selesaikan proses seterusnya di MPJB.


Penama Rumah - 3
Penama Rumah - 2
Penama Rumah - 1





Emak

Hari Ini Besday EmakSaya

2:09 PTG


Entri santai hari ini bersempena hari ulang tahun kelahiran bonda tersayang. Hari ini, 18 Mei 2015, genaplah umur emak yang ke-56.

Pagi-pagi telefon nak wish tapi emak tak angkat. Dapat wish pun dekat tengahari tadi.

Rindu zaman bujang, duduk bwah ketiak mak dulu. Walaupun mak ada masanya marahkan saya, bebelkan saya, tapi bila saya sudah berkahwin, emak sangat ambil berat akan kami. Lebih-lebih lagi cucu tunggalnya, Cik Aisyah Humaira.

Saya tak dapat pulang ke kampung untuk meraikan hari bahagia emak ni, cuma telefon dari kejauhan. Dan iringan doa untuk emak agar emak terus sihat.

Banyak yang saya doakan untuk emak, tapi tak perlulah taip panjang lebar di sini. Cukuplah antara saya dengan Allah.


Pinjam dari Google










Advertorial

Kuasai Bahasa Mandarin Dalam 3 Hari

8:30 PG


Kurang dari 2 minggu cuti sekolah akan bermula. Mana tidaknya peperiksaan pertengahan tahun pun sudah berlalu. Seronoklah kan? Termasuklah guru-guru, dapat merehatkan diri. Mak pak pun cuti rehat sama, tak perlu terkejar-kejar hantar dan jemput anak ke sekolah. Suka le tuwww...

Sebagai ibu bapa, cuti sekolah lah waktu yang ditunggu-tunggu untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Ada yang merancang percutian keluarga. Ada juga berkira-kira untuk menghantar anak-anak ke program-program motivasi.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk pergi bercuti, dan berkira-kira mahu daftarkan anak-anak ke program tertentu, tapi tidak pasti mahu daftarkan ke program apa, saya cadangkan daftarlah anak-anak ke Bengkel Bahasa Mandarin.

Bukan sahaja masa terluang terisi dengan perkara berfaedah, malah dapat membantu memantapkan lagi penguasaan bahasa mandarin di kalangan anak.



Program Cuti Sekolah Selama 3 Hari

Klik gambar untuk lebih jelas

  • Modul direka khas untuk pelajar zero mandarin yang ingin menguasai bahasa ini dalam waktu yang singkat.
  • Penyusunan sistem pembelajaran yang amat mudah, pantas, berkesan dan sistematik.
  • Tenaga pelajar yang berpengalaman terdiri daru anak jati melayu yang berpendidikan sekolah cina (memudahkan komunikasi).
  • Ruang belajar yang sangat selesa.

Program akan berjalan pada :
  • Sesi 1 : 1hb - 3hb Jun 2015
  • Sesi 2 : 8hb - 10hb Jun 2015

Yuran (termasuk makan minum 3 kali, modul, kamus dan sijil penyertaan) :
  • RM300 : seorang
  • RM250 : 2 orang ke atas

Lokasi :
  • Bandar Baru Uda atau Pasir Gudang, Johor.

Program terbuka untuk 13 tahun ke atas. Dewasa yang berminat juga boleh sertai sekali.



Untuk keterangan lanjut :-

Facebook : Kelas Mandarin Melaka / Kelas Mandarin Johor (like page)
Website : easymandarin2u

WhatApps : 016- 712 1934 (Anem)
 / 017- 711 9045 / 017-711 9046

IG : Hanim_laoshi






Celoteh Je

Dramatik

8:30 PG


Saya sedar saya tidaklah pandai sangat. Biasa-biasa je. Belajar pun setakat Diploma dari UiTM. Meskipun begitu, saya ada hutang 15K + interest tiap bulan yang perlu dilangsaikan hanya kerana Diploma saya itu.

Saya tetap bayar sebab ianya hutang.

Kerja pun biasa-biasa, bak orang lain cakap, takde Diploma pun boleh dapat. Tapi, tidak mengapa, asalkan KWSP saya bertambah setiap bulan bagi menampung kehidupan selepas bersara. Ermm,,,silap sayakah sebab tak sambung ijazah dulu?? Sob..sob..

Kereta pun comel loteh, sebiji viva cc850, tidak selaju kereta lain. Ah, yang penting bulan-bulan tidak sangkut, tidak membebankan jiwa raga.

Walau demkian, terus terang saya katakan, saya takde pun minta duit mereka yang mengata saya tu. Apa kehal cabul sangat ye mulut mereka?









Celoteh Je

Geram Tau

8:30 PG


Bila tiba musimnya, aduhhh penuh wall feed dengan gambar dia. Geram je tengok. Sudah lah gebu dan cantik, malah harum dan manis!!. Wehhh...terliur tau. Tak pasal-pasal masuk dalam list mak buyung.

Bila permintaan diusul kepada en.suami, en.suami terpinga-pinga mahu cari di mana? Bukan kat perlis je ke yang oi?

Harumanis...seharum dan semanis namanya, buat saya tergoda dan terbayang-bayang. Rindu lidah ini untuk mencicipmu. Ehhh...benci tau dengan perasaan ni.

Harganya mencecah RM26/ kilo. Memang mahal kan. Harga yang tidak pernah turun, malah naik!

Ala takkan pasaran Johor tak sampai. Apa orang Johor takde yang teringin ke? Siapa peniaga harumanis di Johor, silalah contact saya dengan kadar segera. Pasti saya beli. Beli pos macam lambat je sampai.. Sob..sob..


Pinjam dari Google ~ Aduhhh..lap air liur..








Mengidam

Nasi Jagung & Ayam Masak Kurma Mudah

8:30 PG


Salah satu dalam senarai idaman mak buyung, nasi sedap-sedap seperti Nasi Jagung dan Nasi Tomato. Tergerak hati nak masak Nasi Jagung, maka inilah hasilnya.

Siapa cakap masak Nasi Jagung susah? Taklah..biasa je.. Meh skodeng resepi mudah saya.


Homemade


Nasi Jagung

Bahan-bahan:-
2 1/2 cawan beras ~ sebaiknya beras basmathi
1 sudu besar minyak Ghee/ minyak sapi
3 sudu besar jagung dalam tin
1/2 cawan susu sejat
Rempah tumis 3 sekawan
1/2 kiub pati ayam Knorr
1/2 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~dihiris
Sedikit garam


Cara:-
1. Cuci beras kemudian tos kan.
2. Tumis bawang, halia dan rempah tumis 3 sekawan dengan minyak sapi hingga naik bau.
3. Masukkan kiub pati ayam Knorr, kacau.
4. Masukkan beras dan kacau sehingga sedikit kering.
5. Pindahkan beras yang digoreng tadi ke dalam periuk.
6. Masukkan air mengikut sukatan, susu sejat, jagung dan sedikit garam.
7. Biarkan nasi masak.




Nota Kaki : Resepi Ayam masak kurma, sila google ye. Kurma saya tak cukup umppphhh...huhu..






Advertorial

Rahsia Bibir Merah Bak Delima

8:30 PG


Penampilan menawan menjadi titik tolak seharian lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerja. Tidaklah mahu secantik model kat luar sana tu tapi cukup sekadar wajah tampil berseri dan tidak kusam.

Bagi mereka yang sukakan lipstick, pelbagai pilihan lipstick ada sekarang ni. Kadang-kadang, bosan kan dengan lipstick yang ada.

Meh buat koleksi lipstick, baru semangat kerja.


MN Kiss Proof Lipstick


Lipstick jenis matte dan waterproof, sangat sesuai buat mereka yang malas untuk touch up semula. Lipstick mampu bertahan hingga 24 jam!
Selain pilihan warna yang menarik, di mana terdapat 19 jenis warna yang boleh anda pilih.

RM8/ pcs + RM6 (postage)
Setiap pembelian 3 pcs ke atas, anda layak untuk mendapat 1 pcs sharpener.




Kiss Proof Hello Lady Long Lasting Gloss


Lipstick ini pun lebih kurang macam atas. Pilihan warna semua cukup memukau. ada 10 pilihan warna dan anda pasti tidak kecewa dengan hasilnya.

RM10/ pcs + RM6 (postage)



Kiss Beauty Lip Gloss BB Glossy


Sudah sapu lipstick, apa kata kita oleskan pula lip gloss ni. Bibir akan bertambah cantik dan memukau. Hasilnya, bibir akan kelihatan pinky-pinky gitu dan yang pasti ianya waterproof.

RM12/pcs + RM6 (postage




Mana nak dapat lipstick-lipstick superb ni?

WhatApps/ weChat : 019-316 8231 (Aida)

Facebook : Qailiesh-Collection
(like page ok) 

Juga COD sekitar JB







Makanan

Serunding Daging Sedap

8:30 PG


Bila dah masuk trimester ke-2, biasanya keinginan nak makan macam-macam tu membuak-buak. Masa inilah tangan ligat menyenaraikan segala macam makanan yang teringin dimakan.

Kalau nak ditunjuk senarai tu, boleh meleleh airmata en.suami nanti. Tapi takpe, mana yang boleh usaha sendiri, masak sendiri.

Serunding daging ni saya minta en.suami beli dengan Mak Usu. Order dengan Mak Usu dia sebab Mak Usu dan Pak Usu kerja di Kipmart Tampoi. Susah pula pada saya nak dapatkan serunding daging ni. Kalau ada pun kebanyakkannya serunding ayam atau ikan. Tak mau! Nak serunding daging juga.

Bila dah order, tak mau order sikit-sikit sebab tidak lama lagi Ramadan akan tiba. Boleh buat lauk bersahur tau. 500gm, banyak ke? Pada saya, biasa je kot. 

Dapat 1 tupperware ni. Banyak tak banyak la 500gm kot.


Malam selasa tu, Mak Usu, Pak Usu dan anak beranaknya singgah ke rumah kami sekejap. Pak Usu balik kerja je sudah jam 9.45 malam. Sempatlah berbual setengah jam sebelum mereka beransur pulang.

Rezeki mak buyung mengidam serunding. Dapat free!! Whewwww..banyak pula tu. Tekak mulalah merangka nak lawankan serunding daging ni dengan apa. Dengan roti pun sodap. Apatah lagi dengan nasi impit dan lemang.



Nota Kaki : Aty fareed berjaya menggoda dengan kisah duriannya..ahaaiii...




Giveaway

D2D's First Giveaway by Edrina

2:00 PTG


Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...


Simple and easy GA. meh join ramai2 ;))

 D2D's First Giveaway by Edrina
D2D's First Giveaway by Edrina
CLICK BANNER UNTUK JOIN ;)
Syarat-syarat penyertaan ::
1. Blogger Malaysia
2. Follow Blog:-
3. Like fanpage: 
4. Follow Instagram: @officialdafifc , @mialiana
5. Buat entry di blog anda bertajuk "D2D's First Giveaway by Edrina"
6. Copy coding yang disediakan, paste di ruangan html entry di blog anda dan publish entry tersebut.
7. Tinggalkan link entry anda dalam ruangan komen di SINI
8. GA bermula pada 12.00AM, 9 Mei 2015 dan tamat pada 11.59PM, 9 Jun 2015

15 pemenang dicari dan pemenang ditentukan melalui Top Referral dan cabutan bertuah secara manual oleh penganjur sendiri
Senarai Hadiah:
• CASH RM20 (Top Referral)
• Bawal Zarazuri (x5)
• Bookmarks LE (x3)
• Topup RM10 (x3)
• Hot Perfume (x2)
• Alfafa Shaklee (x1)

Giveaway ini di'sponsor oleh:


Aisyah Humaira

Kelebihan Bermain Tanah Liat

8:30 PG

Assalamualaikum

Bersempena ulang tahun kelahiran Cik Aisyah yang ke-3, tidaklah kami terfikir mahu berikan hadiah apa. Tetapi, en.suami ada niat mahu belikan Aisyah sebuah basikal. Oleh kerana atuk sudah pun belikan basikal, en.suami mula berkira-kira mahu belikan tablet untuk kanak-kanak.

Asyik godek tab ibu dia je sedangkan ibu dia sibuk menggunakan tab untuk buat iklan katanya ke berwhatApp?? Sambil menyelam minum air.

Jalan-jalan di Mr.DIY, ternampak kotak-kotak mainan yang bersusun dan Aisyah teruja mahukan salah satunya.


Ibu : Aisyah nak yang mana?

Aisyah : Takde apa... ~ Sambil senyum-senyum malu.


En.suami ambil dua kotak di rak dan minta Aisyah pilih yang mana satu. Aisyah pilih yang dia mahukan dan kami berlalu dari bahagian mainan sebelum anak dara mengubah fikirannya.

Apa yang Cik Aisyah pilih ye? Aisyah pilih  permaianan tanah liat ala-ala Playdoh. Ok juga permainan seperti ini. 


Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas.

  • Membantu menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan-mata.
  • Menjana minda dan kreativiti mereka.
  • Menajamkan skill pemerhatian dan daya berfikir.
  • Mempelajari bahawa setiap tekanan akan memberi impak yang berbeza. ~ memicit, menggentel atau mencucuk tanah liat.
  • Membantu mengenal warna.
  • Meningkatkan kemahiran mengikut arahan guru atau ibu bapa.

Sebahagian peralatan permainan.



Kusyuk dia buat kuih, buat aiskrim, kemudian hidang kat ayah dia.



Aisyah : Ayah, nah ayah.. Untuk ayah..

Aisyah :  Ayah, makanlah ayah..




Nota Kaki : Dia bantai 4 jam main tanpa henti, dan akhirnya tertidur kepenatan jam 8 malam..






Check Page Rank