Entri santai

Hari ini, 13.05.2014, public holiday sempena hari wesak. Best woo cuti. Tak payah terkejar sana sini pagi-pagi. Yang best tu dapat bangun lambat sikit sebab malas.

Memandangkan kebanyakan kerja rumah dah settle pada hujung minggu yang lepas (sabtu dan ahad) walaupun tidak ada yang wish hari ibu bagai macam orang lain melainkan diri sendiri yang wish dan diri sendiri tidak lupa wish untuk mak juga. Ohh..takpe sebab setiap saat ada yang memanggil diri ini ibu. Siapa lagi kalau tidak cik Asiyah Humaira.

Hari ini secara rasminya ibu  isytiharkan cuti umum buat ibu. Tapi, dah nama ibu. Tidak reti duduk sahaja. Pagi-pagi tetap mengemas apa yang patut sambil melayan Aisyah yang suka buat sepah. Kesian anak ibu main sorang-sorang.

Makan kena sediakan juga. Ke korang sanggup tengok anak korang lapar? Sanggup tengok anak korang makan makanan yang dibeli di kedai sedangkan korang ada banyak masa untuk memasak.

Sambil layan blog (melawat rakan-rakan yang tidak sempat lawat), bila lagi kan. Ayah pula bekerja seperti biasa. Makanya tiada perancangan ke mana-mana. Duduk rumah diam-diam. Petang nanti ayah balik boleh la ke mana-mana kejap. Setakat pusing bandar JB pon ok.

Sambil taip entri, cari menu yang best untuk dicuba, cari maklumat apa-apa yang perlu diketahui.

Nampak sangat enri kali ni banyak merapu.



Nota Kaki : Esok keje pon..