Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Teladan : Kuburnya Bercahaya Menjulang Langit


Kisah sedih ini diceritakan dalam sebuah tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Di suatu malam yang sunyi, ketika seorang lelaki berjalan melalui kawasan perkuburan, dia terpandang satu cahaya yang terang benderang dari sebuah kubur dan terus menjulang ke langit. Melihat kejadian itu, dia terkaku kerana ketakutan. Terfikir, mungkin itu adalahkubur seseorang yang sangat istimewa. Samada kubur seorang waliyullah atau ulama' atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Lalu, dia memacakkan sebatang kayu di atas kubur tersebut.

Keesokannya, lelaki itu datang ke kawasan perkuburan itu lagi bersama beberapa orang kampung. Dia ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Dia bertanya kepada orang kampung tetapi orang kampung kehairanan kerana apa yang mereka tahu, itu adalah kubur seorang lelaki tua yang pernah mendiami sebuah pondok di hujung kampung bersama isterinya.

Lelaki itu nekad berkunjung ke rumah si mati dan bertemu dengan isteri si mati lalu menyatakan kedatangannya serta menceritakan tentang apa yang telah dia lihat.

Isteri si mati terkejut dan kehairanan. Suaminya bukan siapa-siapa. Hanya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai. Bukan seorang ahli ibadah. Bukan orang soleh. Bukan muazzin. Bukan guru Quran, apatah lagi bukan seorang imam. Malah, suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

Hal ini menimbulkan kehairanan kepada lelaki itu dan isteri si mati. Dalam kehairanan, lelaki itu bertanya pula apakah perkara-perkara aneh yang si mati selalu lakukan dalam kehidupan sehariannya? Si isteri teringat satu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap malam sebelum tidur.

Setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wuduk. Kemudian, masuk ke satu bilik lalu diambilnya Al-Quran dari atas rak, dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Dia akan duduk dan membelek Al-Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membacanya, sedangkan dia seorang yang buta huruf. Dia akan meraba-raba ayat Al-Quran itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Isteri si mati pernah mendengar rintihan dan esakan suaminya. Menangis dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. 

Isteri si mati menyambung lagi. Kadang kala suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Quran. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.

Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Quran kesayangan si mati. Sangat mengharukan tatkala dia melihat naskah Al-Quran itu kerana ianya lusuh dan helaiannya kelihatan seolah telah dibelek berulang kali. Terdapat juga bekas airmata di kertasnya. Sesungguhnya, si mati sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan roh Al-Quran. Si mati sangat mengasihi kalimah Allah, tanda dia sangat mengasihi tuhannya.

~Sumber : Facebook~


===================================================

Hari tu ibu ada join giveaway di blog www.mamaniza.com. Mesti ramai yang kenal mamaniza kan?
Rezeki ibu. Menang senaskah tafsir Al-Quran. Alhamdulillah..


hadiah yang ibu dapat warna hijau


Jutaan terima kasih ibu titipkan buat mselim atas hadiah ini. Hadiah sudah selamat sampai hari selasa lagi. Memandangkan ibu EL 2 hari, hari khamis baru dapat tengok hadiah tu sebab beralamatkan di tempat kerja. Lebih selamat kan.


Senyum sendiri bila tengok hadiah ni...




Nota Kaki : Ayah pun takde rajin nak bungkus cantik camni tauu...huhu..




Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. masya Allah..cerita yg menyedarkan kita. tak tau, tapi bkn tak mau amik tau.

    tahniah! best la dpt hadiah gitu.

    BalasPadam
  2. pengajaran utk kita yg masih hidup...

    Alhamdulillah... tahniah.. hadiah yg sungguh bermakna,,,

    BalasPadam
  3. cerita yg penuh dengan pengajaran..
    *bestnya Mar dah sampai hadiah..:)

    BalasPadam
  4. satu kisah yg boleh dijadikan tauladan untuk kita..lebih2 lagi saham akhirat

    bestnye dpt adiah taksir alquran tu..tahniahhh

    BalasPadam
  5. sesungguhnya allah maha pengampun dan maha pengasih..

    bestnya dapat hadiah.. tahniah mar..

    BalasPadam
  6. akak pernah baca dalam fb memang menitis air mata membacanya..
    besar kan rahmat Allah
    tahniah mar dapat hadiah paling istimewa

    BalasPadam
  7. Kisah yg jd pengajaran utk kite

    BalasPadam
  8. Kisah yg jd pengajaran utk kite

    BalasPadam
  9. Mendalam pengajaran dari kisah tu... Allahuakbar.
    Tahniah atas kemenangan & hadiah tu ye.. :)

    BalasPadam
  10. Kisah yang sangat menginsafkan..semoga menjadi teladan..cantiknya hadiah..tengok pon dah tau mesti bermakna hadiah ni kan..

    BalasPadam
  11. kisah yang membawa pengajaran pada kita. subhanallah .. ~ :) tahniah ya

    BalasPadam
  12. tahniah mar, sampai sudah hadiah itu ye.. :) satu kisah pengajaran yang cukup menarik..

    BalasPadam
  13. saya pernah baca cerita tu
    hanya ALLAH boleh menentukan syurga atau neraka
    untuk seseorang, bukan manusia

    apapun tahniah ye mar =)

    BalasPadam
  14. tahniah ! bukan mudah nak menang ...

    BalasPadam
  15. Kisah benar ke agak2nya tu? Betul2 menginsafkan. Untungnya dpt hadiah alQuran. Banyak pahala org yg beri tu.

    BalasPadam
  16. pekongsian yg baik. terima kasih kerana entry ini menyedarkan kita kekadang selalu lalai.. huhu

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah dapat pengajaran dari perkongsian mar. Dan tahniah dapat hadiah :)

    BalasPadam
  18. kisah yg banyak pengajarannya .

    BalasPadam
  19. hanya Allah yg tahu rahsia nya kan =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code