Terdapat lebih 100 spesis mawar di Asia Tenggara. Ramai yang kata, bukan mudah untuk menjaga bunga mawar.


Pinjam dari Google

Bagi peminat bunga, mungkin tiada halangan bagi mereka untuk menanam apa jua jenis bunga. Mari pelajari bagaimana untuk menjaga bunga mawar.

- Ia memerlukan tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, paasir, sekam dan tanah bakar), air, matahari dan sumber nutrien baja.

- Perlu disiram 2 kali sehari, sebaiknya waktu pagi dan petang.

 Elakkan menyiram terlalu banyalk air pada daun dan batang untuk mengelakkan is menjadi lembab dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Siram sekadar membasahkan tanah.

-  Amalkan menyiram dengan air basuhan beras dan ikan serta letakkan kulit pisang pada pangkalnya.

- Untuk menambah mikra dan mikro nutrien, boleh gunakan kulig udang dan ketam.

- Cubitan pada tangkai mawar baru merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga.

- Buang bunga yang terkena penyakit.

- Bagi mengawal diserang block spot, gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair pencuci pinggan dan kunyit.