Rasa sakit dan sengal-sengal belakang badan sebelah kiri sejak petang ahad. Mahu dikatakan salah tidur, emm..agak mustahil kerana ibu tidur mengiring ke sebelah kanan.

Rasa agak sakit bila mahu duduk, mahu berdiri dan baring. Rasa sengal terasa hingga ke perut. Rasa tegang. Situasi sengal-sengal mengalahkan ibu mengandung.

Bila sudah rasa sakit begini, mahu buat kerja juga rasa serba serbi tidak kena. Tidak selesa dengan rasa sengal yang mencucuk. Duduk secara bersantai pun, terasa tidak seronok. Adehh..

=======================================

Kasihan Aisyah menghabiskan hujung minggu di dalam rumah sahaja. Menonton kartun kegemarannya sewaktu ibu terlelap kerana terlalu mengantuk dan letih. Pagi-pagi ibu bangun seperti biasa dan menyiapkan sarapan pagi dan lauk tengahari. Senang, sekali jalan, tak penat asyik bersihkan dapur. Mesin basuh pula dibiarkan berputar. Maaflah ibu bukan jenis sarapan jam 11 pagi. Seawal 8 pagi, sudah siap segala juadah dan dapur juga sudah kembali bersih seolah tidak pernah memasak. Tipu le tu. Jadi, tidak hairanlah jika ibu terlelap sesudah zohor.

Sewaktu sedang lena, tersedar apabila Aisyah mengejut ibu mahukan susu. Tidak habis susu sebotol lagi, dia sudah terlelap sambil memeluk botol susu. Letih bermain.

Program petang yang dirancang terpaksa dibatalkan. Aisyah tidur nyenyak hingga ke maghrib. Usai maghrib, kami mencari kacang pool di bomba larkin. Tapau sahaja, tambah roti 3 keping. Kemudian, cari ABC Kampung melayu yang sudah berpindah ke tapak baru di hadapan masjid. "Azmi Wawa dan rakan-rakan". Ayah penggemar ABCnya. Pun tapau juga.

Malam itu, ibu tidak dapat tidur dengan tenang kerana sengal-sengal terasa. Puaslah badan ditampal koyok bagi meredakan rasa sengal. Sakit bila ditekan. Pekena ABC lagi, sejuk kan.

=======================================

Saat ini terbayang betapa sedapnya badan jika dapat diurut. Tidak pun, dapat berendam dalam jakuzi bersama aroma yang menyenangkan dan mendamaikan fikiran. Dalam bathtub pun jadilah kan.

Pinjam dari Google ~ Oh.. heaven..

==========================================

Terpaksa juga menelan panadol extend untuk mengurangkan rasa sakit. Dapatlah tidur dengan lena hingga ke pagi.

===========================================


Terima kasih Nuffnang dan rakan-rakan semua.