Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Menjalani Ujian Echocardiography


Sebelum ke HSA untuk menjalani pemeriksaan jantung, saya ada buat research sedikit mengenai "heart murmur". Dari pembacaan dan pengalaman yang ada dikongsikan, ianya bukanlah keadaan yang membimbangkan.

Tapi, selagi pemeriksaan belum dijalankan, ada sedikit kebimbangan dalam diri ini. Hanya mampu berdoa dan bertawakal kepadaNya. Yang menjadi kerisauan pada saya sebab saya pernah mengalami sakit kuat di bahagian dada lebih-lebih lagi jika saya tersentak dan berlaku tindakan refleks. Sakit sejak sebelum mengandung lagi tapi stabil. Tidak merisaukan.

Ini pun saya masih buat rilek-rilek je, seolah tiada apa berlaku.


Surat temujanji


20 Mei 2015 - Hari yang ditetapkan, saya ke HSA bersama surat dan buku pink. Suami yang menghantar, kemudian dia masuk kerja semula. Terus-terang saya katakan, saya tidak pasti dengan hala tuju sendiri. Tapi, saya masih ingat nurse KK ada berpesan kepada saya kedudukan yang perlu saya tuju.

"Tau kan bahagian kecemasan? Awak ke bahagian kanan. Ini bukan pergi ke poliklinik tau"

Dengan penuh yakin saya memberitahu perkara yang sama setiap kali bertanya di kaunter pertanyaan. Akhirnya saya tiba di Wad A, khas untuk menjalani rawatan Echo. Tunggu punya tunggu, seorang nurse keluar dan dia sudah dapatkan kepastian dari KK yang mereka salah memberikan maklumat.

Saya perlu menjalani pemeriksaan di poliklinik. Hukaloh.. Wad A khas untuk pemeriksaan bayi sedangkan saya pula menjalani pemeriksaan untuk diri sendiri. Ooooooo..

Maka, berjalanlah saya dari Wad A ke poliklinik. Jauh juga, tau sahajalah bangunan HSA macamana besar. Ditambah pula tidak berapa pasti hala tuju, jadi saya berjalan dengan perlahan sahaja.

Sampai di poliklinik, saya ke kaunter pertanyaan di situ pula untuk mendapatkan kepastian. Saya diminta ke kaunter 7. Nombor diberi, kemudian ke kaunter 5 pula. Bayaran RM5 dikenakan. Hukaloh.. sekali lagi. Kemudian, bermulalah sesi membosankan kerana menunggu di hadapan bilik S15.

Menunggu giliran


Pesakit dalam wad juga menjalani pemeriksaan di sini, ada 4 nombor di hadapan saya. Mujur televisyen ada terpasang, layan sajalah. Selebihnya, berwhatApps dengan kawan-kawan bagi menghilangkan bosan.

3.45 petang, nama saya dipanggil. Akhirnya. Pemeriksaan tidaklah serumit mana. Hanya perlu berbaring dan mengikut arahan pemeriksa, sakit juga bila ditekan-tekan. Pemeriksaan tidak sampai 15 minit pun. Sekejap sangat, sesi menunggu je yang lama.

Kemudian, saya diminta tunggu di luar sementara laporan siap. Tunggu dalam 10 minit, laporan dan buku pink sudah di tangan saya. Sekali lagi mati kutu menunggu en.suami pulang dari kerja. Mujur kawasan hospital ramai orang. Berjalan-jalanlah saya sesuka hati. Di luar, hujan lebat mencurah-curah.

Laporan menunjukkan yang keadaan saya stabil ~ Syukur alhamdulillah..






Nota Kaki : Checkup waktu sihat, sihatlah keputusannya. Datang sakit, berdoa je mampu..




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. alhamdulillah..semoga dijauhkan drp penyakit2 merbahaya

    BalasPadam
  2. sama tempat yang akak pergi hari tu..actually dah buat dua kali echo combine ni..next appointment pun kena buat lagi..upfffhh..berserah jelah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah resultnye okayh..

    begitu la ye..tunggu dekat 6-7 jam..tp masuk xsmp 10minit..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. InsyaAllah sihat selalu sentiasa.. Aminnn

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...smoga dipermudahkan sampai bersalin nanti.

    BalasPadam
  6. Assalam mar,
    moga segalanay bauk2 sahaja AMIN

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, takda apa-apa. Saya ni kalau ke hospital kerajaan bab menunggulah paling tak suka. Pernah sekali saya bawa Adik Cute masa umurnya dua tahun kot kerana demam tak kebah. Kena pulak hari Ahad. Kena ambil darah. Aduhai, menunggu aje makan masa berjam-jam. Padahal check-upnya sekejap aje. Lagilah bawa anak kecil, lagi terseksa rasanya menunggu lama.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code