Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Inginkan Keselesaan


Rasa sakit dan sengal-sengal belakang badan sebelah kiri sejak petang ahad. Mahu dikatakan salah tidur, emm..agak mustahil kerana ibu tidur mengiring ke sebelah kanan.

Rasa agak sakit bila mahu duduk, mahu berdiri dan baring. Rasa sengal terasa hingga ke perut. Rasa tegang. Situasi sengal-sengal mengalahkan ibu mengandung.

Bila sudah rasa sakit begini, mahu buat kerja juga rasa serba serbi tidak kena. Tidak selesa dengan rasa sengal yang mencucuk. Duduk secara bersantai pun, terasa tidak seronok. Adehh..

=======================================

Kasihan Aisyah menghabiskan hujung minggu di dalam rumah sahaja. Menonton kartun kegemarannya sewaktu ibu terlelap kerana terlalu mengantuk dan letih. Pagi-pagi ibu bangun seperti biasa dan menyiapkan sarapan pagi dan lauk tengahari. Senang, sekali jalan, tak penat asyik bersihkan dapur. Mesin basuh pula dibiarkan berputar. Maaflah ibu bukan jenis sarapan jam 11 pagi. Seawal 8 pagi, sudah siap segala juadah dan dapur juga sudah kembali bersih seolah tidak pernah memasak. Tipu le tu. Jadi, tidak hairanlah jika ibu terlelap sesudah zohor.

Sewaktu sedang lena, tersedar apabila Aisyah mengejut ibu mahukan susu. Tidak habis susu sebotol lagi, dia sudah terlelap sambil memeluk botol susu. Letih bermain.

Program petang yang dirancang terpaksa dibatalkan. Aisyah tidur nyenyak hingga ke maghrib. Usai maghrib, kami mencari kacang pool di bomba larkin. Tapau sahaja, tambah roti 3 keping. Kemudian, cari ABC Kampung melayu yang sudah berpindah ke tapak baru di hadapan masjid. "Azmi Wawa dan rakan-rakan". Ayah penggemar ABCnya. Pun tapau juga.

Malam itu, ibu tidak dapat tidur dengan tenang kerana sengal-sengal terasa. Puaslah badan ditampal koyok bagi meredakan rasa sengal. Sakit bila ditekan. Pekena ABC lagi, sejuk kan.

=======================================

Saat ini terbayang betapa sedapnya badan jika dapat diurut. Tidak pun, dapat berendam dalam jakuzi bersama aroma yang menyenangkan dan mendamaikan fikiran. Dalam bathtub pun jadilah kan.

Pinjam dari Google ~ Oh.. heaven..

==========================================

Terpaksa juga menelan panadol extend untuk mengurangkan rasa sakit. Dapatlah tidur dengan lena hingga ke pagi.

===========================================


Terima kasih Nuffnang dan rakan-rakan semua.








Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. memang best kalau dapat memanjakan diri dengan urutan satu badan...legaa je..kepala pon ringan je lepas urut..

    BalasPadam
  2. Badan minta rehat tu kot. Btw tahniah atas rezeki.

    BalasPadam
  3. betul tu sis...sedap je klu dpt berurut kan...saya ni pun asek sakit2 badan je..

    BalasPadam
  4. betul tu Mar..kalau badan dah sengal2 camtu..dapat urut ..pergh..mesti best..slalu jugak duk bayang kena belai2 saat2 badan tengah sakit2..hihi..

    BalasPadam
  5. Fuh..trase cam bace novel.. Hehe

    BalasPadam
  6. eh mcm mn boleh sm
    iols pun pikir nak pi spa ke tempat urut2 ke..iols pun badan mcm lenguh2 ni..lg2 tang tulang belakang ni..xleh nak duduk lama2..or dukung bb lama2 mesti bila bgun rs sakit2..

    mmg teringin nak pi spa ke sauna ke duduk dlm bathtub diserami air bungaan tu yelah terapi tuk badan kita jiwaw mental kan sbb buat kerja rumah lagi jaga anak lagi kerja ofis lagi woiiiiiiiii nak gak rehat smbil urut..bestnyeee

    ntah bila?hahahahaha

    BalasPadam
  7. mar, harap cepat sembuh ye. Rasanya sebab jerebu dah kembali muncul. Saya pun baru baik batuk dan selsema. Baik Aisyah sbb rela je tak keluar pegi mana2 hujung minggu. Dia faham kot ibu dia tak sihat.

    BalasPadam
  8. Bila dah berumur ni mmg jadi camtu...hihi..

    BalasPadam
  9. Salam singgah =)

    saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya balik =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. pergilah mengurut..kalau saya sakit2 badan memang mengurut la..tak sanggup nak tahan2..

    BalasPadam
  11. Mar kalau dulu2 kan bila salah tido mak kak ana jemur bantal kat tengah panas, tak tahu lah apa kaitannya..hehe :)

    BalasPadam
  12. bgusnya, saya masak ikt mood, kalau xde mood suami la amik alih... sy tukang masak je, bab basuh pggn tugas si suami pula.. hehe

    BalasPadam
  13. silaa bawak bawak berehat ^^

    BalasPadam
  14. kerja banyak sangat kot sampai jadi camtu
    banyak berehat, kena ingat kita ada anak kecik
    tu aje motivasi saya bile sakit =)
    minta ayah aisyah urutkan, confirm baik! hehe...gelak naughty sikit

    BalasPadam
  15. Bestnya kalau dapat berurut ... baby saya menyusu badan. Kalau dia tak sihat, malam-malam akan menempek ja. Habis krem.satu badan mengiring ke dia ja.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code