Pengalamanku

Kebaikan Lazz Susu Kambing

8:30 PG


Hasrat di hati, sepanjang mengandung ingin mengamalkan produk berasaskan sunnah. Susu kambing merupakan salah satu pilihan mudah. Sebab hari-hari perlu minum susu untuk menambahkan kalsium dalam badan.

Saya baru mencuba Lazz susu kambing yang sedang hangat di pasaran. Ia menjadi pilihan saya kerana ia mengandungi campuran kurma sekali. Susu kambing diperkaya dengan vitamin C, manakala Kurma pula mengandungi Iron dan asid folic.

Sedikit info yang saya ingin kongsikan bersama.


Khasiat Untuk Trimester Pertama:-

  • Membantu menguatkan rahim.
  • Menyeimbangkan hormon ibu hamil.
  • Mengurangkan rasa pahit di mulut dan sekaligus mengurangkan gejala loya dan mual.
  • Mencegah sembelit dan buasir.
  • Membekalkan nutrisi lengkap untuk bayi dalam kandungan.
  • Mengandungi kalsium, protein yang tinggi.
  • Membantu meningkatkan HB.


Khasiatnya Untuk Trimester Kedua:-
  • Badan ibu terasa ringan dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian
  • Berasa kenyang walaupun di waktu malam sekaligus mengurangkan risiko diabetes.

Khasiat Untuk Trimester Ketiga:-

  • Membantu mengurangkan risiko anak terkena penyakit kuning.
  • Membantu membekalkan tenaga sebelum bersalin.
  • Menguatkan tulang bayi.
  • Mengurangkan kadar sensitif kulit bayi sewaktu dilahirkan.



Lazz susu kambing juga sesuai diamalkan ketika tempoh berpantang bagi menyuburkan rahim dan memulihkan tenaga ibu.

Saya beli dari pengedar sah di Pasir Gudang. Harga, RM45 untuk sekotak (500gm). Minum sekali sehari dengan bancuhan 2 scope penuh boleh bertahan selama 1 bulan.



Bagi yang berminat untuk mencuba Lazz Susu Kambing,
boleh hubungi,
Syafiah - 017-3877464 (whatAps)
COD kawasan sekitar Pasir Gudang, Masai, Taman Daya.
Untuk lebih lanjut, boleh whatAps beliau.



Aisyah Humaira

Malang Tidak Berbau

8:30 PG


Keluar dari bilik air, terdengar suara en.suami memanggil.

"Ayang, air dalam periuk ni kering"

Hah? Pantas ke dapur, menjenguk ke dapur. Api kumatikan lantas tuang sedikit air paip. Kacau lebih kurang dan aku biarkan saja.

Maghrib perlu disegerakan. Saat aku rukuk, sujud, telingaku menangkap bunyi-bunyian pelik. Ahh..kusyukkan solatmu hingga memberi salam dan memanjatkan sejuta doa.

Keluar dari bilik, ke dapur, sedikit terkejut kerana sebuah kerusi betul-betul di dapur. Kesan tapak kaki kecil jelas kelihatan di kerusi. Paling aku terkejut, sudu terbiar di dalam periuk tadi. Aku mengurut dada.

Anak dara sudah pandai menggunakan kerusi untuk menjenguk ke dapur. Tidak boleh leka! Yang merisaukan ianya dapur! Kawasan panas. Allahuakbar...anak..anak...


Ibu : Aisyah panjat kerusi eh? Kacau periuk eh?

Dia diam. Terus bermain seperti tiada apa berlaku.


Ibu : Nape nak? Nak tolong ibu sangat ke? Jangan buat lagi macam tu. Bahaya. Panas.

Dia tetap diam sambil bermain. Sesekali matanya melihat kartun yang terpasang.


Aisyah : Ibu, tengok tu ibu, dia tersekat. Macamana dia nak keluar kan??


Aku diam dan berlalu ke dapur. Geram!


Sejuk mata memandang saat dia tidur. Cuba tengah nakal...makin sakit jantung ibu..









Makan-makan

Juadah Minum Petang

8:00 PG


Hujung minggu adalah hari yang saya tunggu-tunggu untuk bersilat sepenuhnya di dapur. Tidaklah menu yang kebabom meletop tapi sekadar menu-menu yang agak renyah untuk disediakan waktu hari bekerja.

3 kali masuk dapur untuk menyediakan juadah. Sarapan, makan tengahari merangkal makan malam dan juadah minum petang kalau tidak keluar.


Cucur udang - resepi che mat gebu
Juadah minum petang Sabtu.


Goreng pisang cicah sambal kicap.
Juadah minum petang Ahad.


Menu versi jimat kami. Pisang tu emak Aisyah bagi sesisir, saya goreng 5 biji je. Habis, sekali hadap. Tepung untuk menggoreng hanya tepung gandum + tepung kastard sesudu + garam sesuai dengan kuantiti tepung + sedikit serbuk kunyit. Bancuh seperti biasa.

Tips mencampurkan sedikit tepung kastard adalah idea kakak saya, agar tepung lebih rangup dan sedap. Tak tipu, memang sedap.




Makan-makan

Bersantai di The Moons Gallery Bukit Dahlia

8:30 PG


Sesekali mahukan suasana santai sambil menikmati hidangan tengahari ala-ala western. Sudahlah santai, mata pula tidak jemu di saji dengan blouse, jubah, tudung, shawl dan banyak lagi produk bumiputera di sini.

The Moons Gallery merupakan pilihan tepat untuk bersantai sambil bershopping.

Saya ke sini sekadar suka-suka. Meninjau kedai di mana salah seorang kawan saya adalah vendor di situ.



Kawan saya +Norhaen Sulaiman ada letak congo bar dan brownies hasil air tangannya di sini.

Kawan-kawan yang berada di pasir gudang dan sekitarnya bolehlah terjah ke +TheMoonsGallery.






Celoteh Je

Antara Cucu dan Anak

9:54 PG


Pinjam dari FB


Serious, saya tergelak baca. Hahaha.. Saya pasti kebanyakan kita mengalaminya.

Macam emak dan abah saya juga, bila rindukan cucu tunggal mereka ni, sanggup mereka datang ke rumah kami untuk melepaskan rindu. Sampai saya sendiri naik segan.

Saya dah lama tak balik kampung. Rindu tau!! Tapi sudah 2 kali emak dan abah saya datang ke rumah. Sob..sob.. terkilan.







Johorean Business

Kerana Pembawakan Atau...

8:30 PG


Bila disuspek sakit jantung ketika mengandungkan anak ke-2, saya hanya menganggap ia faktor pembawakan. Memang agak jarang kedengaran kan. Biasanya kencing manis, darah tinggi.

Ada juga saya terfikir, berkemungkinan faktor tempat kerja. Saya bekerja di kilang membuat spare part oil & gas. Kawasan pejabat saya di tengah plant antara seksyen sendiri dan seksyen sebelah. Memang agak berisiko.

Seksyen saya, terang terangan menggunakan burner untuk mencairkan ingot Aluminium. Asap jelaga memang berterbangan, ada kalanya bau asap menusuk ke hidung dan membuatkan mata saya berair. Production kadang-kadang alpa untuk on exhaust fan. Proses di casting area, aluminium tu perlu betul-betul kering sebelum dimasak hingga cair. Setitik air boleh buat ia meletop. Serius! Macam salji berguguran bila meletup.

Belum lagi, bahagian blasting paip, core stainless steel yang kedudukannya juga berdekatan. Itu satu hal juga sebab pekerja bahagian blasting je memakai sut seolah mahu ke bulan! Haha..

Bahagian bawah pejabat kami pula adalah makmal untuk menjalankan ujikaji anode bila direndam dengan air laut. Ujian anode untuk memastikan cantik tak bila di'makan' dengan air masin. Dah nama pun makmal, haruslah penuh dengan bahan kimia.

Hampir 6 tahun saya bekerja di sini dan mungkin juga ini kesan yang saya dapat. Berbaloikah insurans sebanyak 25K yang syarikat sediakan?

Untuk mengurangakan kesan yang bakal saya alami, saya harus rajin memakai mask walaupun di pejabat. HOD telah saya beritahu agar pergerakan saya dilimitkan sebab saya cepat letih, mengah.

Agak serba salah sebenarnya lebih-lebih lagi department QAQC semakin kurang pekerja. Dua orang engineer department kami pula adalah perempuan. Tenaga masing-masing tidak semengah kudrat seorang lelaki.

Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga saya terus sihat selama mengandung dan diberi kesihatan yang baik juga sewaktu melahirkan permata hati kami.

Bersara awal? Mungkin akan diputuskan mengikut perkembangan kesihatan saya. Perjalanan masih jauh. In sha Allah, semuanya akan baik-baik saja.


Ok, pekena jeruk mangga asam boi dulu.

Orang JB, nak order, boleh whatAp 011-17767280 (Awisy Aidid)
Siap penghantaran dengan minimum2 pek sekitar taman rinting - megah ria - seri alam dan sekitarnya.















Pengalamanku

Masalah Jantung Ketika Hamil

8:30 PG


Sila klik untuk lebih jelas

Sila klik untuk lebih jelas

Sila klik untuk lebih jelas

Sila klik untuk lebih jelas

Info : drzubaidi.com



21 April 2015 - Ke KK Masai lagi. Kalau yang lepas, saya ke sini untuk membuat buku merah. Kedatangan kali ini, saya perlu berjumpa dengan doktor. Tidaklah lama sangat, tetapi oleh kerana doktor spot denyutan jantung saya tidak normal, lemah, saya terpaksa menjalani ECG di klinik sebelah.

Saya hanya perlu masuk ke bilik no.5 untuk menjalani pemeriksaan tersebut. Saya diminta baring, kemudian ditepek dengan alat pelekat apa ntah dan saya dilarang untuk bergerak sewaktu bacaan diambil.

Setelah selesai, result keluar, kertas panjang berjela dilipat-lipat dan diselit ke buku merah saya.

Waktu itu, terasa seolah-olah orang di sekeliling saya tahu apa saya alami. Istilah 'sakit jantung' dari mulut nurse juga seolah-olah saya benar-benar menghidapinya. Allahuakbar.

Ada hikmahnya saya tergerak hati untuk terus menjalani pemeriksaan di KK, bukan swasta lagi. Saya agak blur bila doktor kata saya sakit jantung. Saya..sakit jantung?? Macam mimpi!!

Selesai ECG, doktor pun telah membaca result, saya diminta baring untuk scanning bayi pula. Doktor spot ke jantung bayi, samada jantung bayi saya bermasalah atau tidak.

Alhamdulillah, bayi saya sihat. Jantung bayi pun normal. Sewaktu  discan, bayi saya sedang enak tidur menonggeng. Doktor tunjuk kedudukan kepala, bayi, jantung tulang belakang dan kaki bayi. Seronok saya melihatnya. Masa ni memang saya tak ambil port langsung yang saya disuspek sakit jantung.

Sebelum ni sudah tiga kali saya scan di klinik swasta. 3 kali check-up di situ, 3 kalilah juga scan.

Bulan 6 nanti, sudah tetap tarikh berjumpa dengan doktor untuk kali ke-2. Masa tu nanti, doktor akan bagi tarikh untuk pemeriksaan jantung di HSA pula.

Seolah mimpi di siang hari, saya masih blur dan buat tak kisah. Saya masih melakukan tugas harian seperti biasa dan berharap ianya hanya mimpi. Doktor juga manusia biasa. Apa yang penting, bayi saya sihat dan normal. Syukur alhamdulillah.





Nota Kaki : Eh..mimpi ke ni?? Tolong tampar sikit..











Info

Kebaikan Rendam Kaki Dengan Air Panas

8:00 PG


Saya suka merendam kaki saya dengan air panas. Rasa segar. Almaklum, rumah comel tak boleh pasang bath tup. Rendam kaki pun jadilah.

Bila kaki rasa sengal-sengal, memang sedap dapat rendam dalam air panas. Hari-hari memandu kereta manual, ditambah perut yang semakin mengembang, memang saya perlukan sesuatu yang rileks.

Merendam kaki dengan air panas merupakan cara tradisional atau merupakan satu terapi yang tidak perlu dicampur dengan ubatan lain.


Cara merendam kaki : 

- Kaki harus direndam sekali sehari ke dalam bekas yang dalam air tersebut sebaiknya 15cm dan kehangatan air pula dalam lingkungan 40 darjah celcius.

- Sekiranya mula berpeluh, keluarkan kaki dari rendaman.



Kebaikan merendam kaki :

- Peredaran darah menjadi lancar.
- Melembutkan kulit tapak kaki yang kering.
- Menghilangkan bau kaki dan menghilangkan bakteria.
- Memgurangkan tekanan.
- Mengurangkan gejala flu dan senggugut.
- Mampu mencegah stroke.






Aisyah Humaira

Dah OK

8:23 PG


Hampir 2 minggu juga pintu sebelah driver tidak dapat dibuka dari dalam. Gigih hulur keluar tangan untuk membuka pintu. Sabar sajalah.

Minggu lepas, hari ala ntah, hilang ingatan sekejap, balik kerja terus ke bengkel berdekatan. Kabel tu perlu diorder terlebih dahulu. Pemasangan tidaklah lama sangat sebenarnya.

Macam tu pun cas RM45. Hekeleh.. Apa je yang murah zaman sekarang ni? Bawa RM10 ke kedai memang tidak cukup!

Buah hati pengarang jantung ibu..



Nota Kaki : Lately, taip entri tak semengah mana sebab guna tab. Feel tu kurengggg...





Celoteh Je

Bila Tiba

8:43 PG


Penangan cuti hujung minggu, menghasilkan monday blues di pagi Isnin. Giler malas!!!

Semalam petang lebih kurang jam 2 petang, hujan turun dengan lebat. Lebat luar biasa berserta guruh dan kilat. Berdentam dentum. Memang seram dan menakutkan. Baik-baik mata kuyu, segar terus dek kerana terkejut dan takut.

Ketika itu terbayang video tsunami dan berlatar belakangkan lagu kumpulan ungu bertajuk "Bila Tiba". Seram sejuk satu badan.

Ajal tidak berganjak walau sesaat. Bila ajal memanggil, ke mana kita boleh lari?





Nota Kaki : Insaf





Islam Agamaku

Makan Dalam

8:55 PG



Memang sentap statement ni. Kadang tu kita tidaklah berpakaian seksi, tidak terdedah, tidak ketat tapi pandangan mata lelaki buas tetap mencerminkan macam-macam.

Kadang tu, melihat raut wajah wanita yang cantik saja sudah buat mereka terpegun dan tidak berkelip mata memandang.

Wahai kaum lelaki, jagalah juga pandangan matamu. Jika kamu tidak suka melihat lelaki lain melihat isteri dan anak perempuan kamu seperti pandangan 'itu', maka kamu juga haruslah tidak berbuat begitu juga.








Aisyah Humaira

Apa Kat Dalam?

8:57 PG


Terkedek-kedek dia berjalan sambil membawa sebuah kotak. Kotak pink itu disua sambil tersengih.

Aisyah : Ibu, apa kat dalam?

Ibu : Cubalah bukak.







Jeng jeng jeng..





Cinderella ibu!!!!




Nota Kaki : Aisyah semakin pandai 'berdrama'..







Shop Review

Jom Singgah Zara Outlet di Sierra Perdana

8:54 PG


Zara outlet, baru saja dibuka. Launching hari sabtu lalu. Kedai melayu, menjual barang-barang melayu, kita kasi support.

Banyak produk dijual dalam kedai ni. Ada shawl pelbagai pilihan, jubah, baju, makanan kering, kek, cookies, produk shaklee, bio seleza, tupperware... ermmmm apa lagi ye? Nak sebut satu-satu takut ada yang tertinggal pula.

Apa kata korang terjah sendiri dan lihat sendiri apa yang ada. Kot berkenan boleh beli seketul dua. Berketul-ketul lagi dialu-alukan.


Tuan kedai minta kami bergambar


Selpie sikit


Saya singgah situ, saya beli apa? Ala, saja cuci mata. Kawan saya yang berspek ni ada letak cookies kat situ. Salah satu yang menjadi sebutan adalah congo bar hasil tangannya. Mabeles. Cubalah sendiri, rasa.


Saya beli botol air  tupperware ni, alang-alang depan mata. Saya belilah.
Popia udang kering pun saya beli, satu bekas tu RM12. Rangup. Sedap.



Ini doorgift yang saya dapat. Mwehehe...buat kenangan.



Jom singgah Zara Outlet, boleh gak skodeng-skodeng
Instagram : @zaraoutlet23
Facebook : Azila Aziz
Alamat : No. 143, Jalan Sierra Perdana 4,
Taman Sierra Perdana
Lokasi : Deretan kedai baru sebelah highway.











Me

Kalau Dah Nama Perempuan

8:32 PG


Perempuan dilahirkan dengan 1 akal dan 9 nafsu. 9 nafsu itulah yang tak boleh nak tahan. Salah satu, perasaan nak cantik lebih-lebih lagi bila usia menginjak 30-an.

Sepert mengandungkan anak pertama dahulu, saya mengalami alahan kulit. Mengandung kali kedua ni pun, lebih kurang. Bila en.suami tegur muka saya berjerawat, mulalah tarik muncung sedepa.

Perubahan hormon katakan. Ditambah pula pengambilan pil-pil untuk kandugan sihat. Mulalah rajin mengadap cermin, belek sana belek sini, dan tertanya sendiri. Ishh, banyak ke jerawat? Kulit muka dah kusam tak berseri ke?

Tapi, bak kata en.suami juga, ia merupakan pengorbanan seorang ibu.

Saya tidak membiarkan ia berterusan. Bila acapkali baca entri review produk bio essence di blog lekatlekitgurl, mulalah gedik mahu mencuba. Cari maklumat lain juga. Dan akhirnya saya terjebak.


Mudah-mudahan serasi ~ Bio Essence Bird's Nest








Aisyah Humaira

Terima Kasih Ibu

8:33 PG


Dia tidak agresif seperti selalu. Ada masanya dia main. Ada masanya dia diam. Maghrib sudah berlalu, malam kian pekat.

"Sakit perut ibu, sakit perut" Sambil menekan-nekan bahagian yang sakit.

"Itulah ibu suruh makan, Aisyah tak mahu. Makan tengahari je tadi tau. Meh ibu sapu minyak"

Dia baring sambil menunjuk di mana sakitnya.

"Ubat panas ibu? Sakit perut ibu..sakit" Dia mengadu lagi.

"Sabar, nanti baiklah" Ibu memujuk lembut.


==========================

Malam itu, Aisyah tidur awal. Petanda dia tidak sihat badan. Badannnya sedikit dedar, kondisi yang tidak merisaukan. Cuma perlu pantau agar suhu badannya tidak naik.

Jam menunjukkan 2.30 pagi bila Aisyah tersedar dan meminta susu. Ibu minta dia minum ubat. Dia berpaling tanda protes.

Ibu suakan juga ubat demam. Dia nganga dan senyum meskipun kelihatan terpaksa menelan. Dia telan ubat demam sirap itu hingga habis.

"Habis!!! Terima kasih ibu.."

Susu ditonggak sikit-sikit hingga dia tertidur.





NotaKaki : Touching kan bila anak sebut ayat keramat tu.. "terima kasih ibu.."




Kereta

Viva Kesayangan

8:00 PG


Bila kereta kian dimamah usia, mulalah dia meragam. Macam-macam halnya.

Minggu lepas saya singgah di sebuah bengkel kereta, minta mereka buat allignment balancing je. Macam dah lari sikit bil drive di jalan yang lurus. Dah lama tak buat. Tapi, cina tu tegur, "You mau buat ka? You tengok you punya tayar".

Siap tunjuk ada benang keluar di tayar belakang. Bab benang tu memang saya agak was-was. Ermm.. Rasanya tayar ni baru tukar tak sampai 2 tahun lepas. Running pun tak jauh. Mileage baru 90K walaupun sudah lebih 5 tahun. Saya rasa tawar hati nak bertanya, almaklum saya perempuan. Meskipun saya tahu serba sedikit tentang kereta, tapi saya malas!

Bermula hari khamis, pintu sebelah driver pula buat hal. Tidak boleh dibuka dari dalam. Haishh...lepas satu, satu pula.




En. Suami check masalah yang dihadapi Cik Viva. Bila dibuka, emmm...kabel putus. Memang tak boleh buat apa lah. Perlu mendapatkan perkhidmatan luar. Tapi, beberapa buah kedai je kami dapat singgah. Ada yang takde barang.

Bertahanlah...



Nota Kaki : Leceh wooo nak buka pintu..













Celoteh Je

Berdisiplinkah Kita?

9:04 PG


Bercakap tentang disiplin, tak semua akan ikut kan? Undang-undang pun boleh langgar, ini kan pula disiplin diri.

Zaman sekolah dulu, wajib ikut peraturan sekolah. Pakai tudung kena lipat, berpin, kasut kena putih, berstokin. Baju sekolah pun tak boleh terlebih nila, warna terlebih biru sikit pun tak boleh.

Bila masuk alam universiti, tak ubah macam zaman sekolah juga cuma tidak perlu beruniform. Tak boleh berpakaian menjolok mata, berpakaian biar longgar, yang tidak bertudung dilarang mewarnakan rambut. Kalau guard nampaka rambut karat, baju ketat, kenalah 'saman'. Masuk bengkel pun perlu berjaket dan memakai kasut sukan. Semua bersebab.

Masuk alam pekerjaan, beberapa tempat kerja yang pernah saya kerja. Perlu bersolek agar muka tidak tampak pucat, memakai uniform yamg disediakan dan tidak boleh memakai seluar jeans. Wajib berseluar slack. Sebab tu sampai sekarang saya tak selesa memakai jeans.

Saya ni pantang ada peluang MC, mesti saya MC. Dasar pemalas. Tapi, tetap jaga waktu masuk dan balik kerja. So far, kedatangan takde merah-merah sebab lewat. Tapi tabiat MC ni selalu terjadi bila saya takde mood nak bekerja. Rasa badan lemah sikit, demam je mesti MC. Rugi rasanya tak MC. Jangan tiru perangai saya ni.

Displin paling mudah, yang kita selalu tak perasan. Sudah ambil barang, tak pandai letak kembali ke tempatnya. Letak je sembarang, ikut suka hati dia.

Ada rak kasut tapi tak gunakan. Sanggup biarkan kasut bergelimpangan, macam takde perasaan sedangkan rak kasut terbiar kosong.

Sudah gunakan telekung wakaf, lipat elok-elok, bukan lipat asal boleh je, janji bergantung. Bila lipat cantik kan, sejuk mata orang yang mahu gunakan selepas tu.

Belum bab di atas jalanraya. Itu kalau nak cerita, seminggu pun tak habis.








Nota Kaki : Semalam saya MC sebab sakit kepala sangat-sangat dari malam. Takkan sebab makan daging kambing? Nak telan pil takut sebab saya mengandung. Tapi, akhirnya telan juga dan tidur. Baru lega.










Luahan Hati

Penama Rumah - 3

8:00 PG


Cerita penama rumah yang belum habis, selagi belum selesai. Kelihatannya mudah, hanya perlu sediakan duit dan menanti panggilan dari pejabat peguam untuk proses seterusnya.

Ketika membayar deposit 1K, staff yang en.suami berurusan mengatakan proses dalam tempoh 4 minggu. Minggu lepas, saya telefon pejabat guaman, saja follow-up proses. Ermmm... tempoh 4 minggu jadi lebih pula. Staff yang memberi kenyataan kepada saya kata, mungkin "middle of next month". Wait and see, how long you take time to settle down the such thing.

Berurusan dengan pihak bank, kemudian dengan pejabat tanah, mungkin memakan masa hingga 3 bulan. Ok, fine! Kenapa tak cakap awal-awal. Tapi, oleh kerana kami ni client, dan kami bayar mereka, kami ada hak untuk kerap follow-up, nak tau juga lembab mana proses tersebut.


Saya : Boleh bagi estimated time tak? Berapa lama proses ni?

Staff : Masa bayar deposit, staff yang handle tak terangkan ke?

Saya : No ~ En.suami pergi seorang, memang lah. Kalau saya ikut sekali, mahu A-Z saya tanya.

Staff : Jangam risau pasal denda. So far, takde client yang pernah kena denda.

Saya : Saya tak cakap pasal denda. Saya nak tahu estimated time je, segala proses patutnya settle berapa lama. Setiap kerja mesti ada target. Ok, kami dah bagi deposit early on March, so boleh proceed kan? Saya nak tau target dokumen tu siap. Sebab janji dalam 3-4 minggu akan call, panggil sign agreement. Ni dah masuk 4 minggu ni.

Staff : Ok procedure macam ni. Kami perlu submit ke bank dulu. Lepas dapat MOT, baru dapat submit ke pejabat tanah.

Saya : Owhh...proses memang lambat ke?

Staff : Yang buat ni bukan Taman SP je, taman-taman lain pun buat juga.

Saya : Ok, itu bukan masalah saya. Saya cuma nak tahu estimated time.

Staff : Macam rumah puan ni, bayar deposit awal bulan 3, mungkin in middle of April kita akan panggil. Ada yang dari Januari belum selesai.

Saya : Eh, yang januari pun belum selesai. Saya yang bulan Mac ni, lagi lambat kot. Macaman awak boleh janji pertengahan bulan April pula.


Tapi, saya malas nak membebel panjang-panjang. Bagi chance dia siapkan kerja dia. Nanti kerja tak siap pula kan. Apa ntah yang menyebabkan prosedure segala ni lambat. Di pihak manakah yang lembab ni.




Nota Kaki : Minggu depan takde call, aku telepon lagi. Follow -up ni penting, sergah sikit mana yang buat kerja hegeh-hegeh.






Aisyah Humaira

Proses Bercerai Lampin

8:00 PG


Alhamdulillah, bulan lepas Aisyah menunjukkan positif dalam usaha menceraikan lampin. Ketika usianya 2 tahun 10 bulan. Syukur sekali lagi, ia mampu mengurangkan pembelanjaan bulanan lampin pakai buang.

Bukanlah saya terlalu terdesak gara-gara GST. Owhh tidak. Tapi, ia memang satu perancangan sebagai seorang ibu. Mendidik anak meskipun sibuk bekerja. 3 hari memantau sudah berjaya. Dan seterusnya kerjasama dari pengasuh. Alhamdulillah.

Tapi, bercerain belum sepenuhnya. Waktu tidur perlu memakai diaper dan ketika berbelanja di pasaraya besar dan dalam perjalanan jauh juga. Dia belum pandai tahan kencing lama-lama. Banyak kali juga dia 'nak kencing' sewaktu kami sedang membeli belah. Memang akan kami pakaikan diaper. Tak dan nak ke toilet.

Setakat ke kedai tidak mengapa, jarak perjalanan yang tidak merisaukan. Kalau perjalanan berjam-jam lama ditambah pula terpaksa beratur panjang, mana mak nak cari toilet nak oii..

Ketika dia tidur, sudah beberapa kali saya terlupa memakaikan diaper. Penyudahnya habis tilam lencun. Aisyah jenis kuat minum susu, dan kalau sudah tidur, tidur lena sangat-sangat aka tidur mati! Memang WAJIB berdiaper.

Sekurang-kurangnya, dia sudah pandai rasa bila 'nak kencing' dan tahu untuk memberitahu kami. Tapi, buang air besar belum pandai mencangkung di jamban duduk. Ermmm...berdiri sambil meneran dan menyorok ntah mana-mana. Kelakar pun ada.


Cik Aisyah yang suka makan bakso..









Aisyah Humaira

Diari Cik Aisyah

8:00 PG


Bila nenek dan atuknya ada di rumah, Cik Aisyah duduk dengan mereka di rumah. Dia pun sudah besar, sudah pandai membawa diri.


2 April 2015, Khamis - Saya tinggalkan Cik Aisyah bersama nenek dan atuknya di rumah. Waktu lunch, saya tidak balik sebab takut dia melalak, mahu ikut saya. Suami saya balik, melekat dia dengan ayahnya hingga tertidur. Petang, jam 6 saya baru pulang. Nenek kata, dia sangat baik.


3 April 2015, Jumaat - Waktu lunch saya balik ke rumah, sebab saya rehat lama. Sempat bermain-main dengannya. Dia peluk saya seolah benar-benar merindui saya. Senyumannya menawan hati. Usai zohor, saya bergegas masuk kerja semula. Aisyah di dalam bilik bersama neneknya. Nenek saja melekakannya, agar saya dapat kembali ke pejabat. Lewat 8 minit, tak punch, takpe.

Dia cuma sedar bila dia lihat saya tidak ada di rumah. Berkejar ke bilik belakang, difikirnya saya solat, belum keluar lagi. Tapi, nenek kata ibu kerja. Berkejar pula di ke pintu depan. Kereta saya sudah tiada dan dia tahu dia kena tinggal.

"Aisyah nak ikut ibu keje.." Tidak menangis, kembali menonton kartun.


4 April 2015, Sabtu -  Turn saturday off. Pagi-pagi, saya sudah keluar mencari lauk. Tapi, kedai belum buka lagi. Adeiii.. Terpaksalah saya beli sarapan pagi di gerai berdekatan.

Rupa-rupanya Cik Aisyah terjaga ketika saya menekan alarm buka pintu kereta. Nenek cerita, Cik Aisyah mengadu sambil menangis teresak-esak. "Ibu tinggal.."
Sedih dan kasihan melihat wajahmkecil itu.

Jam 10 pagi, saya keluar ke kedai bersama Cik Aisyah. Ke kedai pun sudah buat dia gembira.

"Bye nenek, Aisyah nak jalan.."


5 April 2015, Ahad - Saya bangun pagi seperti biasa. Buka pintu bilik air, Cik Aisyah sudah duduk menanti saya di birai tilam. Patung 'baby', beg kecil hello kitty sudah siap di tangannya.

"Ibu nak ikut..."

Tersentuh hati saya.

"Ibu tak gi mana. Ibu nak solat, pastu buat sarapan kat dapur"

Dia diam tetapi masih tidak melepaskan tangan saya. Saya ajak dia ke ruang tamu dan dia saya tinggalkan dia sebentar. Dia leka menonton kartun.


Menu petang ahad bawa ke malam
~ laksa penang




Nota Kaki : Satu hari hujan turun membasahi bumi pada hari ahad. Tak dapat berjalan ke mana pun.





Aisyah Humaira

Peminat UKE

8:33 PG



Tu dia peminat tegar UKE. Motif tengok tv dekat-dekat? Kalau ugut tutup televisyen, baru dia duduk di sofa diam-diam. Adalah dalam seminit dua diamnya.




Nota Kaki : Lupa apply watermark. Jangan curik ye..





Blog Janji Kita

Cara Meninggalkan Komen Bila Akaun Gagal Login

8:00 PG


Sejak kompeni menggunakan Hangout sebagai medium pengantaraan sesama staff, saya tidak boleh log-in ke akaun peribadi saya.

Buka akaun blog memang tak boleh la. Nak online melalui tab terlalu kerap nanti kuota cepat larap. Sekadar mengarang entri, jenguk kejap-kejap, boleh la. Wifi U-Mobile di rumah tidak banyak membantu. Kalau tidak, rajin juga saya menaip.

Sudah beberapa minggu hanya mampu membaca entri kawan-kawan dan klik iklan tanpa meninggalkan kata. Entah macamana godek-godek, dapat juga saya meninggalkan komen bila blogwalking. Bila dapat drop komen, semangat untuk blogwalking tu wujud kembali. Yelah, kawan-kawan alam maya yang sering kita bertegur sapa kan. Bila tidak dapat tegur, rasa sesuatu kekurangan.


Saya hanya mampu drop komen di blog lawan-kawan kalau ada camni.


Agak leceh sikii, tapi kena rajin juga.


Kalau macam ni pun, boleh drop komen.


TAPI..


Kalau takde Name/Url, saya gagal meninggalkan komen. Sob..sob...