Penama Rumah - 3

By Mar Mansor - 8:00 PG


Cerita penama rumah yang belum habis, selagi belum selesai. Kelihatannya mudah, hanya perlu sediakan duit dan menanti panggilan dari pejabat peguam untuk proses seterusnya.

Ketika membayar deposit 1K, staff yang en.suami berurusan mengatakan proses dalam tempoh 4 minggu. Minggu lepas, saya telefon pejabat guaman, saja follow-up proses. Ermmm... tempoh 4 minggu jadi lebih pula. Staff yang memberi kenyataan kepada saya kata, mungkin "middle of next month". Wait and see, how long you take time to settle down the such thing.

Berurusan dengan pihak bank, kemudian dengan pejabat tanah, mungkin memakan masa hingga 3 bulan. Ok, fine! Kenapa tak cakap awal-awal. Tapi, oleh kerana kami ni client, dan kami bayar mereka, kami ada hak untuk kerap follow-up, nak tau juga lembab mana proses tersebut.


Saya : Boleh bagi estimated time tak? Berapa lama proses ni?

Staff : Masa bayar deposit, staff yang handle tak terangkan ke?

Saya : No ~ En.suami pergi seorang, memang lah. Kalau saya ikut sekali, mahu A-Z saya tanya.

Staff : Jangam risau pasal denda. So far, takde client yang pernah kena denda.

Saya : Saya tak cakap pasal denda. Saya nak tahu estimated time je, segala proses patutnya settle berapa lama. Setiap kerja mesti ada target. Ok, kami dah bagi deposit early on March, so boleh proceed kan? Saya nak tau target dokumen tu siap. Sebab janji dalam 3-4 minggu akan call, panggil sign agreement. Ni dah masuk 4 minggu ni.

Staff : Ok procedure macam ni. Kami perlu submit ke bank dulu. Lepas dapat MOT, baru dapat submit ke pejabat tanah.

Saya : Owhh...proses memang lambat ke?

Staff : Yang buat ni bukan Taman SP je, taman-taman lain pun buat juga.

Saya : Ok, itu bukan masalah saya. Saya cuma nak tahu estimated time.

Staff : Macam rumah puan ni, bayar deposit awal bulan 3, mungkin in middle of April kita akan panggil. Ada yang dari Januari belum selesai.

Saya : Eh, yang januari pun belum selesai. Saya yang bulan Mac ni, lagi lambat kot. Macaman awak boleh janji pertengahan bulan April pula.


Tapi, saya malas nak membebel panjang-panjang. Bagi chance dia siapkan kerja dia. Nanti kerja tak siap pula kan. Apa ntah yang menyebabkan prosedure segala ni lambat. Di pihak manakah yang lembab ni.




Nota Kaki : Minggu depan takde call, aku telepon lagi. Follow -up ni penting, sergah sikit mana yang buat kerja hegeh-hegeh.






  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. isk..ape ke payahnya urusan tu ek..akak pun tak faham la diorang ni..nak kena jolok dulu ke baru boleh buat kerja cepat..adeh...takpelah mar,bawak bersabar.follow up je selalu supaya mereka tak ambil kesempatan kalau kita tak follow up nanti...harap semua dipermudahkan mar...

    BalasPadam
  2. salam kak mar... mmg kena follow up baru cepat sikit buat kerja... hihi

    BalasPadam
  3. mmg kena follow up selalu..bagi depa ketaq sikit org uataq mata.rumah sy pun dh lulus tp lmbt lagi ada proses lagi katanya dalam tempoh dua bulan.tunggu je la..huhu

    BalasPadam
  4. Assalam mar,
    deme ni memang cakap berbelit3 kan3

    BalasPadam
  5. salam, memang proses untuk pindahmilik dan gadaian ini kadang-kadang memakan masa bergantung kepada pemaju dan pihak bank memulangkan kembali dokumen pindahmilik dan gadaian. selepas itu dokumen-dokumen tersebut dihantar ke pejabat lembaga hasil dalam negeri untuk nilaian duti setem dan pembayaran di LHDN. selepas itu baru lah didaftarkan di pejabat tanah.
    Sepatutnya staff terangkan dengan lagi detail. suami awak dah tandatangan MOT dan Gadaian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sepatutnya kami diberi penerangan terperinci. Tanya, baru nak jawab kot. Kalau tak, mereka ambil mudah. Cuma cakap, bayar deposit 1K, nanti kami selesaikan. Baki bayar masa sign agreement.
      Terima kasih atas perkongian. Inilah sebab-sebab makan masa.

      Padam
  6. bila libatkan byk pihak , proses mmg jadi lambat sbb x tau setiap pihak tu buat kerja cepat atau lambat ...

    BalasPadam
  7. semoga dipermudahkan semua ye mar

    BalasPadam
  8. proses ni mmg makan masa, so rajin2 la follow up n garang sikit. hihihi

    BalasPadam
  9. Jawapan yang diberi tu macam takda kena mengena pun dengan soalan yang kita tanya. Jawab ajelah berapa lama masa diambil. Roughlykan, kalau tidak memang hari-harilah kena follow up. Soalan senang pun teragak-agak nak bagi jawapan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.