Kredit to Google

Taharah ertinya bersuci.


Taharah dari segi bahasa ialah bersih dan terhindar daripada kekotoran sama ada kekotoran itu dalam bentuk;

  •  Hissiah - kekotoran yang boleh dirasa seperti najis.
  • Ma'nawiyyah - kekotoran dalaman seperti sifat-sifat yang mengaibkan seumpama hasad dan dengki.

Taharah dari segi istilah fiqaha' ialah sesuatu perbuatan seperti berwuduk, mandi, tayammum dan menghilangkan najis yang dapat mengharuskan pelaksanaan solat atau apa-apa perkara sahaja yang berkaitan dengah hukum solat.


Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah SWT kasih kepada orang yang suka bertaubat dan kasih kepada orang yang suka mensucikan diri."


Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, "Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman." (Riwayat Muslim)