Kredit to Google

Mengingat kembali pengalaman ketika berada di sebuah kedai runcit berdekatan rumah. Ibu singgah ke kedai tersebut bersama Aisyah yang berada di dalam dokongan untuk membeli biskut ketam timbang yang berwarna oren.

Aisyah yang terlihat gula-gula mula meminta. Ibu cakap dengan lembut, nanti ye. Walhal dalam hati tiada niat untuk membeli kerana gula-gula yang dia minta.

Ibu capai sekotak biskut yang bergambar koala. Biskut berinti jem strawberi. Belum sempat bayar, kotak dah koyak. Ohhh..

Ketika itu, ada seorang pelanggan yang berpangkat kakak tersenyum-senyum melihat telatah Aisyah. Aisyah tidak henti-henti menyebut gula-gula. Haihh..lambat pula orang kedai ni mahu menimbang jajan oren tu.

Pelanggan berpangkat kakak itu tiba-tiba memberikan RM1 kepada Aisyah.


"Nah dik...Acik kasi..beli gula-gula ea.."


Ibu tersipu-sipu dan mengucapkan terima kasih. Mahu menolak pun segan. Aisyah pun terpinga-pinga.


"Bu..impan..impan"

"Ok, ibu simpan.."


Rezeki Aisyah. Sampai rumah, terus masuk dalam tabung.



Nota Kaki : Duit terpijak