Pulang ke rumah semalam terasa kesunyian tanpa Aisyah. Anak pengasuh berpesan agar ambil Aisyah malam sikit lepas isyak. Dia mahu bermain dengan Aisyah kerana dia sibuk bekerja. OT. Ibu hantar Aisyah sebelum jam 8 pagi dan dia sudah ke tempat kerja. Ibu jemput pula jam 6.15 petang (keluar kilang jam 6 petang), dia belum balik lagi. Seminggu juga dia tidak berjumpa dengan Aisyah.

Bila berdua dengan ayah ibu gatal mahu makan diluar. Bila lagi mahu berdating. Kan..kan..

Kami ke tanjung langsat mencari mee bandung udang. Sudah lama tidak ke tanjung langsat. Mahu makan besar, lain kali lah, bila Aisyah ada bersama.

Sebelum ni ayah bekerja di sekitar sini, dia tidak hairan makan kat situ. Makanya, semalam ibu sengaja mengajaknya ke mari, mengimbau kenangan silam. Mana tau, berkat doa seharian ayah bekerja semula di sekitar situ. Hehehe..


Gegar..tangan ayah le ni..


Menu pilihan kami


=============================================


Jam 4 pagi, mata terkebil-kebil tidak boleh tidur. Cuba melelapkan mata semula tetapi tetap tidak mahu tidur. Ok..bangun. Cuci muka. Gosok gigi. Ke dapur dan bersahur. Makan roti dan minum hot chocolate.

Ibu memang suka minum hot chocolate tapi tidaklah sampai hari-hari. Benda mahal ni kena jimat-jimat. Minum air masak banyak-banyak takpe. Tapi ibu tidak gemar makan coklat seperti ayah.



I loikeeee


Sedang asyik melayan hot chocolate, terpandang roti. Terus teringat pula Puding Roti Kukus Kak Yatie. Terus laju-laju sediakan bahan. Boleh buat untuk berbuka petang nanti kan.

Ni je yang teringat nak snap..



Nota Kaki : Puasa ganti merangkap puasa sunat.