Gara-gara baca entri cikviva mengenai ujian KPP dan baca juga komen rakan-rakan lain mengenainya. Oh..baru ibu tahu ujian KPP semakin susah. Eh? Tak sama macam dulu-dulu eh?

Nak tahu apa itu ujian KPP? Korang klik je perkataan cikviva di atas tu.



==============================================

Teringat kisah silam sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah memandu, niat hanya untuk mengambil lesen B2. Ada siapa tidak tahu apa itu B2? *lempang kang*

Ujian KPP memang lulus dengan jayanya tetapi kantoi bab ujian menunggang motorsikal. Awal-awal lagi dah gagal sebab part meniti atas papan dah kantoi.

Bila dah gagal, diam dulu lah. Malas nak ambil lagi. Hinggalah, emak sponsor sedikit wang untuk mengambil lesen D. Terus terang ibu katakan, sewaktu ibu mengambil lesen D, ibu dikelilingi dengan adik-adik yang baru tamat zaman persekolahan. Rata-rata berumur 17-18 tahun. Ibu? Sudah berusia 23 tahun. Waktu tu baru sahaja berhenti kerja.

Cikgu yang mengajar sangat baik, mungkin sebab ibu panggil dia "sis" berbanding adik-adik yang memanggilnya "auntie". Dia berbangsa cina. Tidaklah tua sangat hingga mahu dipanggil auntie. Sangat pelik bila "adik-adik" bercerita dengan ibu, yang cikgu tu garang.

Tidak ada banyak pengalaman sepanjang belajar memandu hinggalah menjalani ujian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tipulah jika tidak ada rasa gementar langsung. Tetapi, segalanya dipermudahkan dan berbangga juga setelah berjaya memperolehi lesen P sebab dah boleh drive kereta abah. Hehehe..


Dan dan tu cari lesen P dalam purse. Terasa diri ini comel..^__^


Pinjam dari Google ~ Kereta pertama yang ibu drive. Eh yeke?
Pinjam dari Google ~ Ke ini kereta pertama yang ibu drive.. Lupa..



Nota Kaki : Ada yang nak share pengalaman korang tak?