Makan-makan

Menu Petang-Petang

10:00 PG


Petang rabu lepas, hari yang ibu EL. Petang lebih kurang jam 3 kot. Terasa nak makan pisang goreng.
Bila tekak dah ada keinginan, jangan ditahan-tahan. Berdezup lah drive viva bersama Aisyah di sebelah.

Pergi gerai yang selalu ibu singgah. Tapi, keropok lekor tu sangat-sangat liat. Sakit gigi. Aisyah suka makan sampai teleng-teleng kepala. Sakit gigi, dia diamlah tak minta lagi.


Suka sos tu..sedap cecah dengan kopok lekor.



Saja nak basahkan tekak dalam cuaca panas terik, singgah di gerai berdekatan kawasana perumahan. Dari jauh dah nampak banner bapak besar warna merah 'Coconut shake'. Giler kalau tak singgah dah haus-haus ni. Macam biasa, hak milik kekal terpelihara oleh Aisyah juga. RM3. So, beli satu je. Buat rasa-rasa.

Dah tinggal separuh baru bagi ibu..



Pelam ni beli kat Pasar Borong Pandan. Ayah yang kopek, melayan karenah ibu. Ayah kata muda lagi. Ahhh..nak jugak. Manis tau. Sedap. Ibu suka cecah pelam dengan kicap berlada + gula. 
Pergghhh..terangkat.






Nota Kaki : Musim pelam, makan pelam lah..

Cenderahati

Kisah Teladan : Kuburnya Bercahaya Menjulang Langit

9:00 PG


Kisah sedih ini diceritakan dalam sebuah tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Di suatu malam yang sunyi, ketika seorang lelaki berjalan melalui kawasan perkuburan, dia terpandang satu cahaya yang terang benderang dari sebuah kubur dan terus menjulang ke langit. Melihat kejadian itu, dia terkaku kerana ketakutan. Terfikir, mungkin itu adalahkubur seseorang yang sangat istimewa. Samada kubur seorang waliyullah atau ulama' atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Lalu, dia memacakkan sebatang kayu di atas kubur tersebut.

Keesokannya, lelaki itu datang ke kawasan perkuburan itu lagi bersama beberapa orang kampung. Dia ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Dia bertanya kepada orang kampung tetapi orang kampung kehairanan kerana apa yang mereka tahu, itu adalah kubur seorang lelaki tua yang pernah mendiami sebuah pondok di hujung kampung bersama isterinya.

Lelaki itu nekad berkunjung ke rumah si mati dan bertemu dengan isteri si mati lalu menyatakan kedatangannya serta menceritakan tentang apa yang telah dia lihat.

Isteri si mati terkejut dan kehairanan. Suaminya bukan siapa-siapa. Hanya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai. Bukan seorang ahli ibadah. Bukan orang soleh. Bukan muazzin. Bukan guru Quran, apatah lagi bukan seorang imam. Malah, suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

Hal ini menimbulkan kehairanan kepada lelaki itu dan isteri si mati. Dalam kehairanan, lelaki itu bertanya pula apakah perkara-perkara aneh yang si mati selalu lakukan dalam kehidupan sehariannya? Si isteri teringat satu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap malam sebelum tidur.

Setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wuduk. Kemudian, masuk ke satu bilik lalu diambilnya Al-Quran dari atas rak, dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Dia akan duduk dan membelek Al-Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membacanya, sedangkan dia seorang yang buta huruf. Dia akan meraba-raba ayat Al-Quran itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Isteri si mati pernah mendengar rintihan dan esakan suaminya. Menangis dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. 

Isteri si mati menyambung lagi. Kadang kala suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Quran. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.

Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Quran kesayangan si mati. Sangat mengharukan tatkala dia melihat naskah Al-Quran itu kerana ianya lusuh dan helaiannya kelihatan seolah telah dibelek berulang kali. Terdapat juga bekas airmata di kertasnya. Sesungguhnya, si mati sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan roh Al-Quran. Si mati sangat mengasihi kalimah Allah, tanda dia sangat mengasihi tuhannya.

~Sumber : Facebook~


===================================================

Hari tu ibu ada join giveaway di blog www.mamaniza.com. Mesti ramai yang kenal mamaniza kan?
Rezeki ibu. Menang senaskah tafsir Al-Quran. Alhamdulillah..


hadiah yang ibu dapat warna hijau


Jutaan terima kasih ibu titipkan buat mselim atas hadiah ini. Hadiah sudah selamat sampai hari selasa lagi. Memandangkan ibu EL 2 hari, hari khamis baru dapat tengok hadiah tu sebab beralamatkan di tempat kerja. Lebih selamat kan.


Senyum sendiri bila tengok hadiah ni...




Nota Kaki : Ayah pun takde rajin nak bungkus cantik camni tauu...huhu..




Aisyah Humaira

Brek Emergency

9:06 PG


Perkara yang paling ibu takuti sejak Aisyah tidak mahu duduk di car seat adalah emergency brake! Dan perkara itu berlaku juga akhirnya. Selalunya, bukan tidak pernah brek emergency tetapi masih dapat dikawal dan kereta juga tidak laju mana.

Jalan pun tidak sampai gear 5, asyik tukar gear 2, 3. Membelok, jalan tidak rata. Kalau kereta korang auto, korang tak pernah ambil pusing pasal gear kan? Kan..kan.. Jangan tipu..hehehhe..



Betul kata Kak Zakie. Pagi ini ibu diuji dengan kejadian yang paling ibu tidak mahu lalui.


Di simpang 3, kereta ibu bergerak terus seperti selalu dan siapa sangka sebuah kereta proton wira hitam meluru keluar dari simpang ke arah bertentangan. Maunye tak brek emergency kan? Terkejut mak nak...

Aisyah yang sedang enak berdiri di seat sebelah, jatuh terpelosok ke bawah dashboard. Kereta pula memang automatik matilah sebab gear masih ada. Terkejut sangat-sangat. Marah giler kat pemandu wira hitam tu. Dasar K. Kereta proton saga di hadapan pula siap berhenti dan menghulurkan bantuan andai perlu. Tapi, anak ibu tidak ada apa-apa cuma meraung lah dia. Mengadu sakit sambil menunjuk kakinya.

Ibu gerak terus ke rumah pengasuh sebab pengasuh lebih arif tentang budak-budak. Sampai di rumah pengasuh, nampak berbekas kesan calar di dahi Aisyah. Pengasuh segera melakukan apa yang patut. Harap ibu? Emm..kurang arif.




Nota Kaki : Balik kerja petang ni, pasang balik car seat.. Mood ke laut hari ni..

Aisyah Humaira

Take a Leave

11:00 PG


Entri-entri ibu sebelum ini adalah autopublish. Memalam buta gagahkan mata update entri dan buat schedule dengan harapan blog ini tidak terus sunyi.

Semalam dan hari ini ibu ambil leave. Emergency leave sebab Aisyah demam secara tiba-tiba.

Hari isnin tu Aisyah sudah muntah-muntah ketika bersama pengasuh. Malam itu, Aisyah seperti biasa bermain, bergurau senda dan menonton channel kegemarannya (Disney Jr) sampai ibu boleh terlelap di atas sofa. Ibu tidur-tidur ayam je sebab masih lagi mendengar suara Aisyah ketawa riang.

Ada satu masa ibu terlelap lama juga dan terjaga apabila peha ibu dikuis orang. Ibu tidak rasa itu tangan Aisyah. Tak kan pula tangan secomel itu terasa berat. Mungkin ayah kot. Tetapi, keesokannya bila ibu tanya kepada ayah, ayah menggelengkan kepala sebab dia tidur di dalam bilik. Ibu juga dengar akan dengkuran kasar ayah dari ruang tamu.

Pagi selasa, ketika ibu bangun sahur (niat puasa ganti), Aisyah bangun dan sempat bermain-main dengan ibu, Senyum-senyum. Manis. Tiba-tiba.."Ibu...akit..."

Ha? Mana sakit? Dia merengek-rengek dan tidak lama kemudian badannya mula panas? Puas juga mendodoi dan memanjakannya. Akhirnya dia tertidur dan ibu melakukan rutin pagi seperi biasa.

====================================

Ayah : Jom kita gi klinik terus lah..

Aisyah melekat dalam pelukan ibu. Tidak mahu lepas. Merengek-rengek. Sudah dimandikan, sudah diberi ubat demam.

Dengan beruniform kerja, ibu terus siapkan barang Aisyah dan kami ke KK Masai, jam 8 pagi (kurang lebih). Jam 11 pagi baru selesai. Doktor? Of course kerek, tanya sepatah, jawab sepatah. Doktor sebelum ni ok je kot..

Aisyah yang merengek seharian..ibu..ibu..ibu..tak henti-henti..


Bawa ke taman permainan berdekatan, ambil angin, tetap tidak ada feel nak main..orang tak sihat..


 ===========================================

Pagi ni (Rabu) Aisyah minum susu. Susu dumex dugro. Dia muntah juga. Semalam seharian ibu beri Pediasure tetapi cuma habis 4 auns tetapi syukur juga dia minum tidak muntah.

Bila Aisyah muntah tiba-tiba ibu bertambah risau. Tetapi walaupun badannya masih panas, setelah makan ubat demam, dia diam sahaja menonton kartun.

Bubur sudah ibu tanak seawal pagi. Ketika menonton kartun, Aisyah minta susu dan ibu bancuh susu pediasure. Alhamdulillah tiada muntah malah habis sebotol.

Ibu tinggalkan Aisyah menonton kartun, sesekali menjengah dan memantau suhu badannya. Dan dia mula mahu makan. Bubur bertambah-tambah meskipun bubur kosong + lobak lenyek.




Saat entri ini ibu karang, Aisyah tengah kusyuk menonton kartun dan suara kecilnya mula keriangan..


Amanah yang KAU titipkan kepada kami sudah berusia lebih 2 tahun..
Tempoh waktu yang cukup lama untuk membuatkan kami sangat sayang padanya..
Wajah suci ini terlalu tenang ketika dia tidur..
Membuatkan airmata tidak henti-henti mengalir..
Saat itu, diri ini mengingat kembali kemarahan, membengiskan muka apabila dia tidak dengar kata..
Kenakalan yang seiring usianya kadang kala menguji kesabaran kami..
Tika dia terlantar sepi, kami mula tidak keruan..
Hakikatnya, amanah yang KAU beri ini tidak semua orang KAU beri..

Wallahuaklam

Aisyah Humaira

Car Seat ~ Tinggal Kenangan

9:00 PG




Car seat yang ibu beli itu bukan setakat untuk bayi kecil tetapi boleh menampung hingga 13kg. Tak ingat. Ketika Aisyah masih bayi kecil, ibu lapik dengan tilam kecil. Bagi lebih selesa. Dan ada belt di bawahnya sesuai untuk bayi kecil. Al maklum sajalah, car seat ini harga tidak sampai RM200 (harga promosi). Lagi pula perjalanan ke rumah pengasuh hanya 5 minit.

Selang beberapa bulan, Aisyah juga sudah kuat pinggangnya, ibu pakaikan belt (yang dari bahu tu, apa ntah). Aisyah menurut sahaja, tidak pandai melawan lagi.

Tetapi, sejak Aisyah sudah berumur 2 tahun, dia sudah tidak mahu duduk di car seat itu. Bila ibu pakaikan belt, Aisyah marah-marah, meronta sebab tidak boleh bangun sesuka hati.

Satu hari dalam minggu lepas, Aisyah buat perangai. Dari depan (car seat) dia melangkah ke seat belakang dan ibu tetap memandu seperti biasa dengan perlahan-lahan ( 5 minit sahaja). 

Esok harinya, sewaktu mahu menghantarnya ke rumah pengasuh, ibu letak Aisyah di car seat seperti selalu. Tidak mahu. Dia duduk di seat belakang juga.

Akhirnya, ibu tanggalkan car seat tersebut dan Aisyah terus ke seat hadapan, tidak mahu lagi duduk di belakang.

====================================================

Pagi tadi, ibu mahu memasang semula car seat kerana Aisyah tidak mahu duduk di kerusi. Lebih banyak berdiri. Tetapi, awal-awal lagi Aisyah meraung.

"Nanak..nanak..tepi..tepi..."

Bila sudah meraung begitu, dari dia tidak mahu naik kereta langsung, ibu biarkan sahaja car seat di dalam rumah. Mujur aisyah duduk diam. Baik. Sambil memeluk 'baby'.






Nota Kaki : Mana ada ibu yang tak risau dengan keselamatan anaknya kan...



Blog Janji Kita

CPUV #3 2014 - Lactacyd ~ Bold pHantasies

2:00 PTG



CPUV yang masih berstatus on going. Sila jangan malu untuk klik ye..
Jutaan terima kasih kepada pihak penaja. Siapa lagi kalau bukan en. Nuffnang.
Juga kepada rakan-rakan yang support blog ini.

==========================

Lactacyd adalah produk pencuci bahagian intim wanita. Produk ini dihasilkan dari bahan-bahan berasaskan susu ringan termasuk lactoserum dan asid laktik yang wujud secara semulajadi di kawasan tersebut (miss V). Bahan-bahan tersebut mampu mengimbangi tahap pH di kawasan itu.



Facebook : Lactacyd Love
Jika berminat untuk join contest yang dianjurkan..sila lah terjah ke laman sosial mereka.


Pilihan produk Lactacyd



Mahu sample percuma? Boleh isi form di website lactacyd.




Nota Kaki : Dengan harapan Nuffnang baik hati terus memberi lagi..dan lagi..


Islam Agamaku

19 Hadis Rasulullah SAW Tentang Wanita

9:00 PG

 Doa orang perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifar penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia."

 Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan daripada 1000 kejahatan.

 Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

 Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti ibunya melahirkannya.

 Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan.

 Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

 Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan haramkan api neraka ke atas tubuhnya.

 Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

 Apabila perempuan solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia ke pintu syurga di mana-mana sahaja yang dikehandakinya.

 Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

 Aisyah r.a berkata,"Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah,"Suaminya." Dan "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah "Ibunya.

 Apabila dipanggil akan dikau oleh kedua-dua orang tuamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

 Wanita yang taat akan suaminya, malaikat beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pitu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia ke mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.

 Barangsiapa mempunyai 3 orang anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 orang anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

 Daripada Aisya r.a, barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjagi penghalang baginya daripada api neraka.


Wallauaklam

Cenderahati

Mungkin Sukar

2:53 PTG


Bila dah berbulan-bulan berlalu, tidak juga kunjung tiba, hati mula terasa.

Sibuk sangat kot.

Susah sangat kot.

Mungkin lama kelamaan akan lupa akannya.


===================================

Ini pula hal yang lain tapi ibu sangat suka. Hehehe.. Siapa tak suka bila terima hadiah kan? Best sangat-sangat.

Terima kasih ye atas kiriman korang. Hadiah-hadiah ini sangat bermakna bagi saya. Tak rugi rasanya support each other bila blogger-blogger buat segmen atau giveaway.

Kalau ada kelapangan pasti saja join. In sha Allah..


Biskut raya dari Diana Rashid pemilik Blog Senyum Senyum



Keychain dari Kak Fuza pemilik Blog Sulaman Lace Heaven

Hobi

Pengaruh Sains & Fantasi

2:00 PTG


Melangkau ke alam sains fiksyen, menjadikan ibu tidak tentu arah. Teruja tidak semena-mena dan otak mula memetakan angan-angan.

Eh? berangan itu suatu yang sihat bukan.

Hakikatnya, sejak kelahiran Aisyah, sifat berangan semakin menipis. Ini kerana, penghayatan dalam sains & fantasi memerlukan ketajaman akal untuk mengolah keterbalikan normal dan realiti. Mencari punca yang adakalanya tidak masuk akal tetapi dikira logik dari segi penerimaan sains.

Tiba-tiba mengimbau minat sendiri yang semakin menyusut. Ada masanya mencuri masa untuk mengadap minat saat si kecil sudah tidur dan segala kerja-kerja rumah telah selesai.

Konsentrasi tidak boleh tersasar, seolah sesuatu yang sudah terikat dan menjadi persoalan hingga masuk waktu tidur. Selagi tidak habis, hati berbolak balik ingin mengetahui penyelesaian dan pengakhirannya.

Terus terang, ibu gemar Blog Kubu Buku. Pemilik bernama Fadli Al-Akiti. Tiap kali membaca entrinya, seolah jiwa ini terikut sama dalam khayalan dan maksud terjemahannya.


Kredit to Google

Kredit to Google

Beberapa novel yang pernah ibu hayati. Tidak termasuk hampir kesemua karya RAM. Gemar novel sebegini kerana memerlukan otak bergerak aktif mengolah dan menggambarkan maksud disebalik ayat. Dalam masa yang sama cuba membayangkan situasi yang penulis cuba sampaikan.



Nota Kaki : Novel cinta terlalu simple untuk digambarkan..


Islam Agamaku

Air Untuk Bersuci

9:00 PG


Sebelum ini telah diberi penerangan mengenai maksud Taharah<--klik untuk baca.

Kali ini mari kita lihat jenis-jenis air yang boleh digunakan untuk bersuci. Air yang boleh digunakan untuk bersuci adalah air hujan, air laut, air sungai, air perigi, air mata air, air salji dan air embun.

Untuk pengetahuan semua, air terbahagi kepada 4 bahagian di mana pembahagiaan dari sudut hukum, iaitu sama ada ia boleh atau tidak digunakan untuk bersuci.


Kredit to Google

Air yang suci lagi mensucikan

Air mutlak iaitu air yang kekal dengan sifat kejadiannya. Ia ialah air yang suci pada zatnya serta boleh menyucikan sesuatu yang bernajis dengan membasuhnya dan boleh mengangkat hadas dengan berwuduk dan mandi.


Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh

Air musyammas. Kerana air tersebut terjemur di bawah pancaran cahaya matahari lalu menjadi panas. Tetapi apabila air tersebut telah sejuk, hukum makruh pada air tersebut akan hilang.

Dihukumkan makruh di sisi syarak apabila memenuhi 3 syarat berikut:
1- Berlaku di negeri yang sangat panas.
2- Diletakkan di dalam bekas yang ditempa selain daripada emas dan perak seperti bekas besi, tembaga, timah dan bahan galian yang lain.
3- Digunakan pada badan bukanlah pada pakaian, bekas, tanah dan sebagainya.


Hikmah kemakruhan dari segi perubatan : Apabila cahaya matahari memancar pada bekas tersebut, ketajaman pancarannya akan menimbulkan berlemin di permukaan air. Sekiranya ia terkena pada badan dalam keadaan panas, maka ia boleh menyebabkan saluran darah tersekat dan terhasilnya penyakit sopak (vitiligo)
.


Air yang suci tetapi tidak menyucikan yang lain

Air musta'mal iaitu air yang sedikit yang sudah digunakan untuk menunaikan taharah yang wajib dan ia terbahagi kepada 2 jenis:-
1- Air yang telah digunakan pada basuhan yang pertama untuk mengangkat hadas kecil/ besar.
2- Air yang digunakan untuk menghilangkan najis tetapi dengan syarat bukan najis mughallazah dan air tersebut tidak berubah dan tidak bertambah sukatan asalnya selepas bercerai dari tempat yang dibasuh.

Air mutaghayyir ialah air mutlak yang berubah salah satu daripada sifat-sifatnya (rasa, bau dan warna) disebabkan bercampur dengan sesuatu yang lain.


Air mutanajis

Air yang terjatuh najis ke dalamnya.
1- Air yang sedikit iaitu yang kurang daripada 2 kolah, ia akan menjadi najis walaupun najis yang terjatuh adalah sedikit walaupun sifat-sifatnya (bau, rasa dan warna) tidak berubah.

*Ukuran 2 kolah ialah : 1 1/4 hasta panjang, lebar dan tinggi = 200 liter air.

2- Air yang banyak iaitu air yang sampai ukuran 2 kolah atau lebih. Air ini tidak akan menjadi najis dengan hanya semata-mata terjatuh najis di dalamnya tetapi ia akan menjadi najis apabila telah berubah salah satu daripada sifat-sifatnya (rasa, bau dan warna).