Ada yang dah pernah rasa? Produk keluaran bumiputera dan bertempat di Kota Tinggi Johor dan mula mendapat tempat di pasaran.



Untuk maklumat lanjut sila layari
 Facebook : Deli Taste

Menikmati sos kacang bersama jemput-jemput bilis kegemaran ayah. Kali ini ibu buat banyak sedikit walaupun hanya makan bertiga. Aisyah turun join mencicah. "Dass..." tapi tetap cicah.


 =============================================


Juga keluaran bumiputera yang bertempat di Kulai Johor. Karipap yang pelbagai jenis intinya. Yang menjadi kegemaran ibu ialah karipan inti kentang daging.

Pada ibu, memang sedap. Last beli hari tu di Pasar Borong Pandan. Baru je minggu lepas. RM7.50, naik RM1. Agak kecewa sebab harganya tidak ubah seperti beli di gerai jualan pagi-pagi, RM1 dapat 3 ketul. Oleh kerana ibu suka rasanya, sanggup juga melabur.






Untuk maklumat lanjut sila layari
Facebook : Zainita Karipap



Nota Kaki : Berangan nak bukak kedai frozen lepas ni..hahahah