Ibu akui yang ibu tidak aktif dalam bermedia sosial. Blog ini pun baru dicipta pada tahun 2012. Motif? Suka-suka.

Facebook, dah lama ada sebelum ada blog, sewaktu awal-awal kewujudannya. Tetapi tetap tidak terlalu aktif. Paling-paling kuat, baca news feed dan like gambar kawan-kawan dan status mereka.

Instagram, dah uninstall dari handphone. Yang tinggal hanyalah whatApp dan WeChat. 

WeChat, tempat ibu meluahkan rasa a.k.a meroyan. Lepas tu tinggal, lantak merekalah mahu komen apa. WhatApp, mudah untuk berkomunikasi dengan adik beradik dan rakan-rakan lain. Grouping not allow. Please respect my privacy. Grouping hanya wujud bagi adik beradik ibu sahaja.

Call juga hanya betul-betul emergency. Kalau setakat telefon nak ajak borak bukan-bukan, please go thru whatApp or mesej. Calling molling hanya untuk orang terdekat, kot sedara mara atau kawan-kawan nak singgah rumah ke atau untuk dipanggil temuduga. Yang itu ibu sangat suka. Huhu..

Kalau upload gambar, dengan niat nak kongsi kegembiraan dan momen-momen yang indah bersama. Itu pun bertapis, 3, 4 keping cukuplah. Malulah banyak-banyak. Hehehe.. Niat untuk menunjuk tu memang tidak ada. Kadang-kadang tu terpaksa upload sebab ramai pula yang bertanya akan perihal sesuatu itupun prefer menggunakan whatApp.

Sebelum upload gambar, ibu teliti dahulu gambar tersebut dikhuatiri ada bendasing yang mengganggu pandangan mata.


Contoh 1 :
Ambil gambar anak sedang melalukan aksi yang sangat comel tetapi berlatar belakangkan sebakul kain yang tidak berlipat. Ohh..kalau ibu, gambar itu hanya akan disimpan sebagai simpanan peribadi.
Malu doh..kalau niat kita nak kasi tau semua orang yang anak kita comel tapi orang tetap nampak dan lihat apa yang ada dibelakang anak tu. Kain sebakul tak berlipat? Dasar pemalas ko nih..asik berfesbuk jek. T__T  Boleh upload tapi kaburkan bahagian yang tidak wajar.


Contoh 2 :
Ambil gambar nenek dan atuk riang ria bersama cucu tetapi ketika itu di dalam rumah dan nenek pula yang selalunya bertudung, tidak bertudung ketika itu. Gambar begitu juga tidak akan ibu upload, cukuplah sekadar simpanan peribadi. Kesian dekat nenek tu, tidak pasal-pasal dapat dosa. Kita yang mengupload pun dapat bahagiannya.
Secara tidak langsung, secara macam benda dalam gambar tu, walaupun seekor semut akan kelihatan di mata-mata orang yang dikenali sebagai stalker. Eh betul ke?
Boleh upload tapi kaburkan bahagian yang tidak wajar.


Contoh 3 :
Pasangan yang sudah bertunang sedang kemaruk berkasih sayang. Up moment di WeChat dengan ayat jiwang karat dan penuh madah berhelah, " Rindulah pada abang..bla..bla..bla..sayang musyuk..bla..bla..bla.."
Sampai yang jadi pembaca akan rasa mahu muntah hijau.
Ohhh...tetapi pandai pula menyusun kata, " Jangan cemburu dengan kebahagiaan orang lain..bla...bla..bla.."
Kalau pun mahu berindu dendam, cakap direct kepada empunya diri tidak boleh kah? Ni nak heboh satu dunia macam kau sorang yang tengah bahagia. Ohohoho..
Boleh tulis apa sahaja, asalkan berhemah.



Yang baik, kita contohi. Yang buruk, kita tinggalkan dan jadikan pengajaran. Takkan pulak antara baik dan buruk pun tidak kenal? Memang nak makan penampor tu..



Kredit to google
sumber